Monday, March 2, 2009

Majlis kenduri kawin kat Rembau

Hari Ahad semalam aku pergi kenduri kawin Dilla kat Kampung Mungkal, Rembau.. Nilah majlis perkahwinan member paling jauh aku pergi.. tu pun sebab ada masa ..takde nak buat ape2 Ahad tu.. lagi pun pelan nak pi dah lama..kalau tak takdelah nak pergi jauh2 tu.. tapi ok gak dapat pergi rumah dilla ni.. tak rugi tau.. masuk je daerah Rembau.. rasa cam best jer.. Aku sebenarnya malas nak berayat-ayat ni .. tengok jerlah gambar kat bawah ni..

Gambar ni masa tengah tunggu Nissa kat depan D. Donut kat tol Sg. Besi.. asalnya dah ada 3 kereta kat situ..alih2 tinggal 2 je yang masih setia tunggu Nissa.. kete dia buat hal lak masa ni.. dugaan,dugaan..sempatlah snap gambar masa dok tunggu2 tu..

Tengoklah daripada kete depan tu sampai ke belakang kete aku ada lagi 2 kete yang nak pi umah Dilla.. kitaorang berkonvoi.. semua pakat tunggu lepas tol Pedas.. syok gak pi ramai2 sebab tak akan sesat nyer sebab abang Zenol tahu jalan nak pi sana.. so follow jerlah..


Sampai jer terus naik ke atas rumahnye pengantin perempuan ni.. nilah Dilla.. dah berubah menjadi permaisuri yang ayu... aku curik peluang bergambar ngan permaisuri Tengku Puan Dilla..cantiknyer ko Dil, bulat mata ko tak macam selalu..hehehe

Nilah gambar Tengku Puan Dilla ngan Tengku Ezally..sehari je tau gelaran ni kak ifa bagi.. tak tahan aku tengok Dilla cover muka nak senyum... tema pink..hari pink sedunia.. orang dah cantik pakai warna ape pun cantik gak..

Lepas makan2, tengok Dilla bersanding sesi bergambar ngan kawan2 bawah pokok manggis...

Tak ketinggalan nak juga letak gambar Ala dalam blog ni..karang kata laki aku tak pi lak.. tapi biasalah lepas makan takde nyer nak tunggu lama2.. tengok tu dah kat luar pagar.. gelisah nak balik...


--------------------------------
Window shoping kat Nilai 3


Balik jer dari rumah Dilla, aku ngan Ala singgah kat Nilai... saje je nak pergi Nilai 3.. dah lama tak pergi.. saje pusing2..singgah solat Zohor kat Surau tu..kitaorang masuk kedai keluar kedai sampai jemu.. survey harga.. konon nak beli, pegang2 je..last2 aku rembat kain pasang sehelai.. ingat nak buat pakai raya nanti..tengoklah camner.. nak beli tudung ekin tak jadi sebab tak tau nak pilih kaler ape.. boleh ke gitu? last2 dalam kul 4.30 petang kitaorang pun balik.. sampai kat rumah dalam kul 6 lebih.. lepas solat Asar, aku tertidor dalam kesejukan hujan petang..

1 comment:

dilaOHdila said...

lawo pengantinnya
kenduri pun nampak meriah gak ni:-)