Wednesday, April 25, 2012

Melawat PD Ostrich Farm


Alang-alang dah sampai PD tu, explore jugak la ketempat-tempat lain seperti PD Ostrich Farm,. Bangun je dari tido makan sarapan pagi nasik lemak free,,terus siapkan diri dan anak..pahtu tunggu tuan rumah datang ambik kunci terus berangkat ke Ostrich Farm.. tak jauh pun dari rumah..dalam 15 minit dah sampai..
 
bergambar sementara menunggu tn rumah
Berkonvoi 5 bijik kete ke sana.. bayar RM8 untuk dewasa dan RM4  untuk kanak2 umur 3-12 tahun. Pahtu puaslah ko menyelongkar kawasan Ostrich Farm tu.. walaupun tak sebesar zoo negara tapi penatlah jugak melawat kawasan sekangkang kera tu.. 

Mula2 masuk ingatkan takde orang,, tengok2 ramai jugak yang datang melawat.. kawasan dia takde lah nampak gah pun..nak masuk  tengok burung unta tu yang menarik2 pegi ke sana.. masuk je bukan sekadar burung unta,, segala jenis ayam, keldai, beruk , kambing, kura-kura, kuda , itik dan ular semua ada.. kira untunglah jugak dapat tengok semua dengan kadar bayaran camtu kan..




merasai pengalaman ngeri bagi makan kat ostrich tu.. takut beb..

 
 berjaya jugak akhirnya..

 memegang telur ostrich..

 kita minum dulu..letihlah mama

 memijak telur

 ni lah kambing yer mama

ni ape mama..ntahlah Dinie mama pun tak tau..

 bergambar dengan sahabat lama

 ni ayam kecik kan  mama..hehe

 kanak2 riang tengok fish..
 bergambar kenangan di pintu masuk waktu nakbalik..

Port Dickson, Here We Come!!

Akhirnya plan yang dirancang menjadi.. kita reramai adakan aktiviti perkelahan kat PD..dari ramai orang tinggal sikit orang tapi rancangan tetap berjalan lancar.. seronok bila ramai2 kuar dari kawasan opis… tambah2 berehat2 menghirup angin pantai.. rasa bebas sangat..dan rasa lapang sangat.. xtvt kami ni saje suka-suka jer.. daripada collection, beli barang, carik penginapan prepared makanan ,, suka2 kat pantai semua sama2.. takde beza jawatan kecik, jawatan besar semua bekerjasama.. tu yang paling best..muafakat membawa berkat… lagi cepat dapat makan..

  Hari sabtu 21 April,, hari yang kitaorang plan.. so pagi2 lagi dah bergerak ke rumah kak Ros kat Ampang.. aku ngan Dinie Irsyad saja yang join.. so aku tumpanglah kak ros yang naik berdua je ngan Adam.. wlaupun di dalam perjalanan berlaku  xcident kecik , ternyata ramai yang ingin membantu.. kereta kak ros dengan viva bergesel.. viva tak teruk tapi keta kak ros abis lah jugak kos nak membaikinya.. daripada nak sampai awal ke pantai purnama, kitaorang 2 bijik kereta berkumpul kat balai polis senawang…pahtu pergi plak balai polis Seremban 2.. baru settle semua.. 




Yang lain semua dah sampai kat pantai dan bila kitaorang sampai dah siap semua dengan bakar ayam, ada yang dah mandi pantai,, yang sedang makan pun ramai gaklah masa tu.. kan tengahari.. semua kelaparan.. pah pekena nasik ngan ayam panggang serta sosej,, terus tarik Dinie Irsyad pergi pantai.. Masa tu angin amatlah kuat,,hujan lak renyai2..tapi xtvt tetap jugak kitaorang buat..




Banyak lah jugak makanan disediakan,, dengan nasik lemak, air kotak, air gas, nasik putih lauk sardin, telor dadar , ayam rendang, cekodok pisang, kek pisang yang sedap, nasik himpit kuah kacang, apam dot-dot, roti lah, dan yang paling best bila ada BBQ ayam, ikan dan sosej.. tambah2 plak ada orang buatkan sambal cili padi yang sedap





kedamaian menarik untuk cepat2 mandi...









Pah mandi,, ada aktiviti lain.. ada games,, cam2 games buat.. tiup belon sampai pecah lah, lari bawak bola pingpong dalam sudu, bola beracun, guna span penuhkan cawanlah.. walaupun tak menang,, semua orang sporting bagi kerjasama join games ni.. tak dapat hadiah pun tapi niat nak enjoy jer..









lastly bergambar beramai2..


anak bujang aku ni plak asik buat hal sendiri jer.. kadang2 aku nampak kadang2 aku tak nampak.. lari sana lari sini..sungguh menakutkan bila tak nampak dia..



Petangnya kitaorang berangkat ke homestay masing2 yang sudah dibooking sebelum tu lagi.. 3 rumah semuanya..tunggu depan pintu pagar politeknik PD.. pahtu semua orang dah penat giler.. aku kongsi rumah ngan Afne, kak ros, ngan hajar..kat bawah ni master bedroom.. sangat cantik..


balik rumah rest2 dan malam baru kuar jalan2 pi pasar malam.. dapatlah souvenier kenangan PD.. aku beli t-shirt kat Dinie Irsyad jer..





Monday, April 23, 2012

Outing PD

Salam sumua,,,

Saya dan Dinie Irsyad di PD...21 April 2012.



Tunggu entry Outing PD nanti yer..


Sunday, April 22, 2012

Makan kenduri anak cik Pengerusi..


Baru-baru dapat invitation dari Kak Mah,,isteri pengerusi flat kitaorang.. anak sulung dia kawin.. dengan orang dekat jugak..Taman Berlian ke ape ntah..kendurinya 14 April buat kat Dewan Koperasi Polis.. Tengah hari tu tunggu Ala balik keje terus pergi.. tak jauh pun klu jalan kaki pun sampai.. tapi baik naik kete kan ..tak berpeluh sangat..sampai je orang dah penuh.. Firdaus ngan mama dia  serta kakak Dinie Irsyad ikut naik dengan kitaorang.. 






Pah makan tengok pengantin bersanding pahtu potong kek.. tengah dok berborak2 dah ada orang ajak balik. Ada keje katanya.. spoil tul lah.. baru je syok2 dok kat dalam dewan tu,, alih2 ajak balik.. kot ye pun tunggulah nak makan nasik kenduri seround lagi ker..haha..Dinie Irsyad plak berlari ke sana sini.. nak makan punyalah susah.. so layan je lah gambar2 masa pi kenduri tu..

Friday, April 20, 2012

Pergi Lagi Cameron Highlands..Part 2


Esok tu,,, kul 8.30 pagi dah chow.. pah breakfast nasik lemak kat pekan Tanah Rata masuk ladang strawberry lagi.. 2-3 ladang strawberry gaklah kitaorang masuk.. pahtu baru singgah ladang teh..siap beli teh ngan minum lagi kat situ.. tapi aku sejujurnya tak sukalah minum air teh campur2 ni.. nak termuntah rasa.. orang lain suka kemain minum teh o plus strawberry lah, oren lah.. macam2.. pahtu baru kitaorang berangkat balik.. ikut Tapah plak.. ingat nak berhenti singgah kat Lata Iskandar..











Nak jadik cerita plak,,, syok2 tengah menghayati belok2 jalan yang mcm ular tu tetiba gang..dum dum… ape tu.. tengok kat cermin sisi nampak kete Lynn dok kat tengah2 jalan. Tapi tak tau jadik ape.. dalam masa yang sama Ala kata “kete Meor, kete Meor kena langgar”..ambik nombor lori tu.. haha  rupanya bukan langgar ngan lori tapi kete Meor suami Lynn tu termasuk line orang,, so berdentum dengan kete Nissan X-trail cina tu yang menghala ke Cameron.. kiranya salah Meor..dia pun memang mengaku salah dia.. Ala ni plak berhenti kitaorang kat tepi jalan dan dia berlari dengan Lokman yang ikut dari belakang.. Lokman sekeluarga langsung tak tau jadik ape dengan Lynn.. bila Ala bagitau barulah dia kata patutlah dengar bunyik macam excident. Kete diorang dah remuk kat depan,, rim kete terbelah dua.. kete dah tak leh gerak tunggu towing jer..Meor suruh Ala bawak Lynn carik klinik dulu..

Kitaorang sebuah kete bawak Lynn carik klinik pasai Lynn dah pengsan dan bila dia sedar dia kata perut dia sakit.. so kitaorang teruskan jugak perjalanan menghala ke pekan Tapah carik klinik.. mula2 berhenti kat klinik TNB tapi tutup,,, jalan lagi tutup jugak;; last2 dah lintas pun Lata Iskandar.. tengok jer lah kan.. yang Lynn pulak tetiba diam jer.. aku pegang dia pangil takut lah kan.. dalam hati;; orang terkejut boleh mati tak??aku cek nafas kat hidung dia,, ada angin lagi.. cek dada ada nafas lagi.. lawak tul time tu.. sampailah ke Pekan Tapah.. ada 1 klinik je bukak dari banyak2 klinik yang ada kat situ.. yang lawaknya budak keje klinik tu kata “kak bawaklah adik akak tu pi kecemasan”.. klu aku nak bawak dari tadi lagi aku bawak.. tapi dah empunya diri tak nak just nak cek je kot2 ada pape. 1 lagi nak bagi Lynn tenang sikit je klu jumpa doctor tu.. last2 kuar camtu jer.. pahtu Meor call cakap diorang pun dah turun  dah sampai pun kat balai polis Tapah.. kitaorang jumpa je kat situ.. towing yang tarik kete Meor plak tak dapat call..kan kawasan bukit situ.. lama gak lah dok tercangak kat balai polis tu..last2 baru dapat call.. ingatkan orang dah bawak larik kete dah..

Lepas tu kawan lama Lokman datang dan ajak kitaorang berehat kat rumah dia sementara Ala ngan Meor tunggu kat balai polis buat report… rumahnya plak tu kat Felda Hot Spring tau.. kat nun di Sungkai sana kan ada Hot Spring yang femes tu.. tapi kitaorang pergi je rumah dia walaupun Hot Spring tu tak jauh pun dari rumah dia.. just pegi rehat2 dan makan2. Takpelah lain kali kita pergi lagi..Bermalam di Hot Spring Sungkai yer plak..Dalam kul 5 lebih berangkatlah kitaorang balik KL.. Lynn ngan Meor tumpang kitaorang sampai Sentul.. cam karangan  je kan.. tulah abis dah karangan untuk ari ni.. dapat A kan..