Saturday, November 29, 2008

Wanita cantik yang suka menangis

Wanita Cantik yg suka Menangis... Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya 'Mengapa engkau menangis?' 'Kerana aku seorang wanita', kata sang ibu kepadanya. 'Aku tidak mengerti', kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, 'Dan kau tak akan pernah mengerti' Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, 'Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?' 'Semua wanita menangis tanpa alasan', hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, 'Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?' Allah berfirman: 'Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan ' 'Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya ' 'Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh ' 'Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ' 'Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ' 'Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu' 'Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.' 'Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.' 'Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya
' tempat dimana cinta itu ada.'

Selami lah hati wanita mu.. dan ingat lah.... Setiap Wanita itu Cantik

Tuesday, November 25, 2008

Kenduri kawen 2 serentak


Hari Ahad baru ni 23 Nov 08 ada kenduri kawen member Ala (Laki aku) kat Taman Melati, Gombak.. Kenduri 2 beradik sekali. Pengantin lelaki nama Helmi. Dia ni lah member Ala. Pasangannya nama Zura.. Kitaorang slalu gak keluar sesama klu ada majlis kat maner2.. Adik si Helmi nama Fatehah. Pasangannya Zulhilmi. Masa dapat kad mula2, memang gelak sakan 2 laki bini bila tengok nama Helmi sama ngan adik ipar dia.

Kitaorang semua konvoi ramai2 pi kenduri Helmi. Memasing bawak anak bini tunggu kat Petronas tepi highway tu. Adalah dalam 5 buah kereta. Nampak cam banyak tapi dalam setiap kereta ada 2-3 orang je. Masa ari kenduri tu meriah gak.. ramai tul datang.. buat kat dewan Taman Melati.
Masa turun tangga ada pula pengiring datang bawak payung iringi kitaorang sampai tempat makan.. memang best giler bila ada orang layan camtu. Gambar tak banyak pun aku ambik.. sibuk benor nak layan member2 yang terjumpa kat majlis tu. Lgpun hari dah nak hujan. Masa ambik gambar tu pn hujan dah rintik. Sorilah gambar tak berapa clear.. almaklumlah guna hset jer.. Yang baju putih tu lah member Ala. Tema diorang ni putih maroon. Hensem orangnyer.
Sekejap je lepas je ambik gambor terus kitaorang blah..

Friday, November 21, 2008

putaran waktu

bila datang hari Jumaat barulah sedar cepat tul masa berlalu.. sabtu dan ahad cuti.. muncul plak isnin.. datang keje... tapi putaran waktu begitu cepat berlalu.. umur semakin menginjak tua,, lama lagikah hidup di atas bumi ini. Apa yang akan berlaku pada kita 10 tahun akan datang. masih seperti begini atau sudah mencapai impian yang pernah dimimpi-mimpikan..

Thursday, November 20, 2008

Misi baru azam baru

Salam perkenalan..
Dah lama tengok blog member.. nak juga ada diari sendiri. Actually blog nie lebih kepada kongsi info, luahan perasaan sendiri, baca luahan rakan dan lebih lagi boleh dapat jengah blog kawan2. Aktiviti seharian dapat dikongsi bersama.. bukan sesi mengumpat tau.. Azam baru tapi tahun baru lambat lagi.. Insyaallah blog aku takkan mengecewakan..