Friday, March 30, 2012

Pesanan seseorang...

Salam,

hari ni rehat panjang.. tak pegi mana-mana..so kiter jalan2 masuk keluar blog orang.. ada 1 benda last minute jumpa.. nak syer together dan nak jadikan iktibar dan jadikan panduan kepada kita sesama..


Pesanan dari Shamrulismawi Abah BlackPearl, ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...


Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.

Sedihkan..

sesetengah yang kita lakukan hari ni tanpa kita sedar kita telah abaikan.. banyak yang kita 'buat' daripada tak buat bila dengan anak.. moga ape yang dilahirkan di atas akan cuba kita 'jangan buat' .. Insyaallah kita akan ke arah kebaikan dan lebih hargai masa dan tingkahlaku anak semula..ini peringatan untuk aku... klu orang lain  terima ke tak boleh terima ker terpulanglah..

MUHAMMAD DINIE IRSYAD..mama sayang kamu banyak2..mmuahhh... 


Thursday, March 29, 2012

Perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya..




Salam,
Apesal lak citer pasal bayi ni plak.. adelah kan..teringin pun ada gak kan..
so 1 lagi ada rakan opis kiter Jue dah selamat melahirkan baby boynya semalam..tahniah Jue..
Jadi ari ni aku post kan tentang perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya..

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
...
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

By: Islam Iman Ihsan




Friday, March 23, 2012

Balik kampung>>>Persinggahan 3

Salam...sambungan entry balik kampung..

Ni kisah persinggahan 3...Cameron Highlands

Hari isnin aku cuti lagi.. sebenarnya nak balik ari ahad lagi sebab nak singgah kat Cameron Highlands.. tapi kesian lak bila mentua aku kata tak puas lagi jumpa Dinie Irsyad..so cancel balik ari Ahad.. lagipun dengar citer klu ikut Gua Musang, Kuala Betis tu dah tak jauh dah.. memang pun dalam 1 jam setengah kitaorang dah sampai kat Cameron Highlands.. bertolak kul 9 pagi..kul 10.40 camtu dah sampai Gua Musang.. dari Gua Musang dlm kul 12 lebih dah sampai.. memang best lah dapat pergi Cameron Highlands.. wlaupun berhenti sekejap kat Brinchang, just tengok suasana di situ..pahtu ontheway balik singgah kat ladang teh kejap..pahtu ikut jalan Tapah yang bengkok bengkok macam ular tu..sudahnya aku muntah2 pening dalam kereta..padan muka aku..hahaha

Ikutkan hati nak lagi dok kat Cameron Highlands tu.. tak puas lagi sebenarnya dan banyak lagi tempat tak pergi..just lalu jer tengok ladang strawberry, kebun sayur tapi tak singgah.. tengokklah.. Cameron aku akan datang lagi ..

Sekarang ni korang layan jer lah gambar2 yang sempat aku snap dan juga mat salleh tolong snap kan.. mcm ayam ngan itik bercakap bila nak minta tolong mat salleh ambikkan gambar..last ucap tq jer.. bukan nak tolong dia ambik gambar dia plak.. .








nak komen gambar ni..bukan gimik tau..
sorang lihat depan, sorang lihat bawah sorang lihat ke atas.

tengok Dinie Irsyad ni..klu nak ambik gambar punyalah susah..
ni masa berhenti kejap beli payung..

Dah abis singgah... last sekali singgah kat RnR Tapah berhenti makan tengahari.. pahtu terus balik ikut highway LATAR terus masuk Batu Caves dan sampailah rumah kiter..

Balik kampung>>>Persinggahan 2

Kisah persinggahan semasa pulang bercuti..

Air Terjun Lata Janggut..Jeli..


Info Salah satu daripada kawasan pelancongan yang terdapat di Jajahan Jeli adalah Air Terjun Lata Janggut. Perjalanan menuju ke air terjun ini lebih kurang tujuh kilometer dari Bandar Jeli. Keindahan alam semulajadi yang terdiri dari flora dan fauna ini telah menarik pelancong tempatan dan antarabangsa untuk menikmati alam semulajadi yang lebih dikenali sebagai Eco Tourism. Air Terjun Lata Janggut setinggi tiga tingkat. Air terjun ini telah dimajukan oleh Ketua Jajahan Jeli dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan KESEDAR .


So tanpa berlengah lagi kita teruskan dengan siaran gambar2 semasa mandi hari Ahad tu..orang tak ramai sebab Kelantan dah start keje dan sekolah..













Thursday, March 22, 2012

Balik kampung>>>Persinggahan 1

 Kisah persinggahan semasa pulang bercuti..

Gunung Stong


Dari jauh pemandangan indah Gunung Stong muncul.. selalu menggamit kitaorang untuk menikmati keindahannya. Kitaorang ni balik kampung dari Gua Musang mesti melalui shortcut ikut Dabong.. tak masuklah Kuala Krai ker Machang ker.. so bila dah lalu ikut jalan tu mesti akan nampak Gunung Stong.. so kali ni kitaorang berpeluang singgah dan bermandi manda.. dah lama tak mandi  air terjun kan..

So kali ini aku hanya berkongsi gambar-gambar yang sempat aku rakam semasa singgah di Air Terjun Gunung Stong..













 



Wednesday, March 21, 2012

Sape yang tak suke bila balik kampung kan..



Salam..

alkisahnya 16 Mac baru ni aku bersama Ala dan DInie Irsyad pulang ke kampung..kali ni balik Kelantan.. sape yang tak suke balik kampung angkat tangan.. mesti takde kan.. mesti semua suke bila  dapat balik kampung.. bulan 2 ari tu dah balik Penang.. kali ni balik Kelantan plak.. baru adil dan saksama kan..so tiada perancangan lagipun tengah bulan.. so balik sekadar nak jumpa mentua dan juga sanak saudara sebelah Ala plak..lagi pun awal bulan 6 ni akan ada kenduri kawin adik Ala yang no 6.. dia langkah bendul sebab ada sorang lagi atas dia tak kawin lagi.. mungkin yang no 5 tu tak sampai seru lagi kan..

Sekali lagi balik kali ni adalah jugak pergi jalan sana sini.. pergi Tanah Merah pergi pasar , singgah Zon Ria lah, Pasaraya Pantai Timur..belikan keropok segera member pesan, beli budu, beli kekacang dan makanan ringan... masa tu juga jumpa buah delima yang merah dan isinya yang begitu sedap sekali.. terus jer aku rembat..dah lama mengidam nak makan buah delima merah tu..selalu jumpa yang tak berapa nak merah..

 buah delima

 

 merahnya mak limah...

Hari Ahad tu plak kebetulan mak aku dengan rombongan cik kiahnya melawat Terengganu dan Kelantan..singgah kat Bukit Bunga lepas soping kat Rantau Panjang.. dalam sejam jugaklah melepas rindu dendam dan dapat jugalah berjumpa cucunya yang sorang tu..pahtu plak jumpa orang kampung dlm bas tu.. terkejut diorang bila tengok aku kat Bukit Bunga siap ajak balik Penang lagi..ada yang kenal dan ada jugak yang tak kenal...tapi banyak yang kenai lah....

biarpun sekejap dapat tengok muka dan
 berbual pun dah cukup bermakna


dapat juga peluk cium cucu kan mak..

emak yang tersayang..semoga sihat sentiasa..

 berbual dengan menantu

Hari Isnin plak baru kitaorang berangkat pulang.. tetapi singgah sebentar di Cameron Highlands... so good..biarpun sekejap tapi masih ku rindu kedamaiannya..haha

Wednesday, March 14, 2012

Dinie Irsyad dapat adik baru...Badrul Darwisy

Salam,,,

Hari isnin baru ni Dinie Irsyad gembira sangat dapat adik baru. Sekarang Dinie Irsyad dah jadi abang. memang seronok dapat main dengan adik barunya Badrul Darwisy..jap-jap Dawish dipanggilnya.. comel adik Dinie Irsyad ni.. bila dia senyum comel sangat! Suka sangat senyum..jap jap senyum..Dinie Irsyad plak pantang klu ada orang usik adik dia.. marah.. dia cakap..tu adik saya lah..

 comel si mata bulat..

 Dinie Irsyad ni bukan sahaja tak nak balik rumah malah suruh bawak adik dia sekali.. tak nak tinggalkan.. Darwisy ni baru 3 bulan.. 2-3 hari ni aku lah kena usung si Darwisy ni bawak balik rumah kejap.. kalau tak sampai bila2 Dinie Irsyad tak nak balik rumah.. bila dia dah puas main barulah aku hantar rumah pengasuh balik..  tu Dinie Irsyad.. mamanya pun sama gak.. kalu tak menjengah dan pegang Darwisy ni rasa cam tak best plak.. dapat cium dan pegang kejap pun takpe..nanti jadi rutin plak kat aku.. 

Sunday, March 11, 2012

Dinie Irsyad ada tonsil???

Salam,

Entry malam  ni berkisarkan Dinie Irsyad.. dah  2 hari asik muntah2 lepas makan, pahtu bagi ubat pun muntah.. dah batuk2 dan selsema.. ari ni pun masih lagi macam tu.. tapi aktif macam biasa... tu pun dah tido..dah 2 malam kul 8.30 dah tido.. Ala pulak dah 2 malam ada kecemasan.. tak balik rumah.. so tinggal berdua ngan Dinie Irsyad jer..tadi petang dia balik sekejap untuk bawak Dinie Irsyad ke klinik.. doktor cek kata ada bengkak kat bawah tekak dia..kiri dan kanan..pahtu siap citer akan ada operation untuk buang jika tonsil tu teruk.. apelagi aku pun dah mengelabah camner lah nak operate dengan keadaan Dinie Irsyad macam tu..tak dapat bayangkan kecuali doktor bagi ubat bius ker atau pengsankan dia ..tapi buat permulaan ini doktor bagi ubat.. ada ubat antibiotik, ubat batuk, ubat selsema dan ubat demam.. kita tengoklah camner keadaannya lepas ni..

Tanda-tanda yang doktor bagi tu sama sebijik apa yang dialami Dinie Irsyad sejak 2 ari ni.. susu pun kurang minum..makan nasik muntah2,,pahtu ada batuk2 dan selsema.. tapi klu sakit tekak tu entahlah.. mungkin dia batuk sebab dia sakit tekak..pahtu plak dah bengkak.. tapi takdelah teruk kot.. sebab aku tau ada lagi budak yang kena tonsil asik nangis2 dan mengadu sakit sampai kena bagi ubat tahan sakit..Pahtu ada jugak orang kata dgn mkn eskrem boleh membantu mengecutkan tonsil yg bengkak.. nanti nak kena cubalah.. hrp2 cepatlah susut bengkak tu.. nasib baik Dinie Irsyad suka minum air masak yelah takut karang jadi dehidrasi..kadang tonsil ni akan datang 3in1, batuk selsema demam + tonsil. tapi demam belum kena lagi..harap2 tak kenalah kan..

Info mengenai tonsil

TONSIL

Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.
Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.

Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi orang dewasa, tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya.Untuk kes tonsil yang teruk, tonsil membengkak dengan saiz besar sehingga pesakit sukar bernafas. Jika berdepan situasi sebegini, pembedahan dilakukan menggunakan kaedah ‘hot tonsilektomi.

Tonsilitis boleh berlaku akibat jangkitan:
  • bakteria (perlu rawatan antibiotik)
  • virus (tidak perlukan antibiotik)
  • parasit dan fungus (cendawan tumbuh kat tekak? Tidakkk!! :p) yang agak jarang berlaku.
Tanda-tanda awal jangkitan ini ialah
  • sakit tekak
  • kering dalam mulut dan bibir merekah.
  • demam
  • sakit-sakit badan.
Rawatan awal yang boleh dibuat ialah
  • berkumur dengan air garam
  • minum air kosong atau teh (chinese tea atau green tea, jangan minum teh tarik pulak, tak sesuai).