Sunday, December 29, 2013

Jemputan kawin Ofismate kiter dn lawat baby

Assalamualaikum...

Sabtu 2 minggu lepas, dpt jemputan kenduri ofismate kitaorang Hafiz ngn pasangannya Zainah. Majlis kat Ampang Pecah Kuala Kubu..

Janji ngn Aidil kat Stesen Komuter Batu Caves..amik dia then berdesup ke majlis..lgpun memang dah lmbat sebab Ala keje aritu..ikut jalan lama Ulu Yam..rasa dekat jer sebab x jem pun..

Sampai kat sana jumpa Has..makan sesama..seb baik ada byk lauk lg..hehe..lg plak hujan turun lebat sangat masa tu..lepas makan kitaorang masuk jumpa Hafiz..bergambar bagai..terus balik






Anyway Hafiz dn Zainah, 
SELAMAT PENGANTIN BARU..Moga bahagia ke akhir hayat..

Balik tu hantar Aidil kat Stesen Komuter Rasa.. Dia nak ke Puncak Alam ghumah pk cik dia..

Kitaorang plak balik tu singgah kat rumah kawan Ala lak tgk baby baru lahir.. Tp baby dah 2 bulan pun..maknyer pun dah lepas pntang pun..inilah dia Muhammad Rayyan Ziqri...






Tuesday, December 17, 2013

sambut besday mama kat Subway selayang

Assalamualaikum

Sempena besday mama baru ni abah sudi belanja mama makan kat subway. Inilah kali pertama kita makan kat sini dan inilah first time kita order..abah sudi belanja sebab dia dh banyak kali makan. Asik asik balik dok citer kat umah. Dia kata besday aku nanti dia bawak aku makan subway..

So bila sampai sana aku dah blur nak makan aper..nak order camner..last last aku follow jer. Aku amik set subway melt. Ala amik chicken teriyaki. Org tu suruh pilih roti. Aku ckp ikutlah dik yg mana sedap. Letaklah sayur semua ngn sos cili +thousand island+mayonis. Siap..tapikan.. Ala punya lagi sedap set dia..



  





Bersungguh dia makan..siap dinie pun makan. Aku??? Terkulat2 nak abiskan set aku tu..last makan subway.. X kena ngn selera aku. Ni nak try jer pun. Klu lah dapat makan burger prosperity kan best..huhu

Monday, December 16, 2013

besday parti dinie irsyad keempat

Assalamualaikum..

Semalam tergerak hati nk wat makan makan sempena besday dinie keempat.. Tahun lepas tak wat so tahun ni kira ganti tahun lepas jugaklah.

Balik kenduri hafiz singgah siap kat Nsk Selayang beli barang nak masak. Malam tu rebus ikan siap sebab nak wat kuah laksa.. Bawang pun dh kupas siap.. Alah bukan masak benda besar pun setakat laksa penang, pulut serawa durian dan goreng bihun. Pahtu beli kek. Ajak jiran yg kenal jer pun. Pahtu Ala ajak sepupu dia yg baru kawin aritu. Tp penuh rumah jugaklah..

Lepas sesi makan kita potong kek plak. Excited tul dinie masa tu..siap dia plak dok nyanyi hepi besday to dinie. Org lain x beria sgt pun. Tpi memang nampaklah dia gembira sgt aritu.








Close up sikit...
Ada juga mama ngan ibu...sebab mama dn ibu pun besday sma ngn dinie..dinie 10/12, ama dn ibu syer tarikh sama 14/12.








Gambar kat bawah ni masa dok tunggu org dtg umah.. Dah bosan. Majlis start kul 4. Dia releks jer kuar pi ketuk lg pintu rumah jiran nak ajak dtg umah. Siap ckp lg arini besday dinie..hehe x malu betoi.

semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan baik dan kegembiraan dlm hidupnya. Semoga bahagia dunia akhirat. 


Wednesday, December 11, 2013

Puding roti semudah ABC..

Assalamualaikum..

Testing puding roti.. roti plak banyak tak abis.. rugilah kan.. so jalan mudah.. google resepi puding roti.. jumpalah yang sedap ni... siap ada kuahnya sekali.. tak makan dengan kuah pun tak per.. makan saja pun dah sedap.. jadiklah puding roti menggunakan pemanggang ajaib.. ajaib sungguh pemanggang ni.. malas nak bukak oven guna jer pemanggang ni..

BAHAN BAHAN

Gula : 1 cawan
Majerin : 5 sudu besar
Fresh milk : 500ml
Roti : 15 keping
Telur : 1 biji
Esen vanila : 1 sudu kecil
 
Cara caranya...
2. Pastu gaul ratakan gula dan majerin dalam bekas.
3. Tuang fresh milk kedalam acuan.
4. Carik-carikkan roti, masukkan kedalam acuan and gaul sebati.
5. Then masukkan telur dan esen vanila. Macam biasa, gaul gaul gaul
6. Tuang acuan ke dalam loyang. Kalau ada roti lebih, boleh carik-carikkan, tabur dan tekan2 sikit atas acuan so nanti atas puding tu jadi garing sikit dan nampak ciri-ciri kerotiannya.
7. Tabur kismis sesukahati..
8.  bakar sampai masak.. sebab guna pemanggang ajaib..

klu malas campur jer semua..blend pahtu bakar.. abis citer..
 
ni hasil puding roti aku wat..
 

 
 

   

 

Tuesday, December 10, 2013

Selamat hari lahir anakku Dinie Irsyad

Assalamualaikum..
Hari ni tanggal 10 Disember 2013..
4 Tahun lalu pada tarikh inilah,, Muhammad Dinie Irsyad telah dilahirkan..
Semoga Abang Dinie semakin matang dan berjaya dalam dunia dan akhirat.. 
Tahun ni Dinie menyambut ulangtahun kelahirannya bersama adik Darwisy..Jadik abang yang baik untuk Darwisy ye..

Doa ibu untuk anak ibu...

YaAllah Ya Tuhanku..
Kau panjangkanlah umur anakku..
Kau kurniakanlah kesihatan yang terbaik kepadanya
Kau peliharalah akhlaknya, agamanya, dan sejahterakanlah jiwa dan raganya
Kau murahkanlah rezekinya yaAllah, Kurniakanlah kepadanya kecergasan akal dan kesucian hati
Kau Bantulah aku dalam mendidiknya supaya menjadi insan yg berguna kelak..
berjaya dunia akhirat,taat kepada kedua ibubapanya serta taat kepadaMu yaAllah..
Sesungguhnya dialah anugerahMU yang tak ternilai yaAllah..
amin yaRobbal A'lamin~
 


 
 
Dinie,,
 
Kelahiranmu amat dinanti suatu ketika dahulu..kaulah penyeri hidup abah dan mama.. walaupun sekarang berkongsi kasih dengan adik,, kasih sayang mama dan abah kepada Dinie masih macam dahulu.. masih menjadik anak manja kami.. semoga menjadi anak yang soleh dan mendengar kata..
 
Selamat Hari Lahir Sayang..

Monday, December 9, 2013

Bengkang pandan tumis..hurmm wanginya...sedapnya..

Assalamualaikum...

Aritu teringin sangat nak makan bengkang tumis mak buat... tapi camno..mak cek jauh di sana.. so aku belek belek resepi jumpa lah.. dah buat pun.. wangi jer bengkang aku..

sekali lagi pemanggang ajaib menjadi hero utama..


BENGKANG PANDAN TUMIS
Bahan-bahan:
1 Cawan gula
1 Cawan jus pandan (Kisar 4 helai daun pandan bersama 1cawan air tapiskan)
2 Cawan tepung gandum 
2 1/4 cawan santan 
2 sudu besar mentega
3 biji telur
1/2 sudu teh garam 
Pewarna hijau
Bawang goreng

Cara-cara:-
1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
2. Masukkan 2 sudu teh minyak masak dalam loyang dan oleskan rata.

3.  Masukkan adunan yang di blend tadi.
4.Taburkan bawang goreng dan bakar  guna pemanggan ajaib..
dan hasilnya...
tadaaaa...

Wednesday, December 4, 2013

the making of Kek Coklat Moist Kukus..


Assalamualaikum...

Sekali lagi entry resepi..tapi blog ni bukan blog resepi ok dan orang yg tulis dalam blog ni bukan chef yer semua. Jangan salah anggap.. teruskan kesudian follow blog ni..

Kali ni aku lampirkan resepi Kek Coklat Moist versi kukus.. kebetulan ada lagi lebihan tepung coklat cik mid budak opis kasik.
Semalam baru buat kek ni..fresh from oven tau..


RESEPI KEK COKLAT
resepi oleh : hanamemories.blogspot.com
loyang 8inci

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair + 3sb lagi
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1 sk esen vanila
  • Topping : Coklat Ganache dan Keju Cheddar parut
 Cara-cara
  • Pukul telur dan gula hingga kembang berkrim.
  • Masukkan tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bicarbonat. Pukul sebati.
  • Masukkan susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan minyak masak. Sebatikan.
  • Panaskan kukusan. Sapu loyang dengan butter dan tuang adunan.
  • Kukus 40minit. Kemudian sejukkan dan tuangkan topping coklat dan taburkan coklat cheddar yang telah diparut. Potong dan hidangkan.


dan inilah hasilnya kali ni...







Tuesday, December 3, 2013

kenduri kawin malam

Assalamualaikum

First time dengar ada majlis kenduri kawin sebelah mlm. Biasanya klu sebelah mlm ni kenduri tahlil ker atau kenduri doa selamat kan..

Tapi hari sabtu baru ni 23/11 budak ofis aku bersanding kat Wisma Sejarah sebelah Pusrawi dengan Library Negara..dia buat sebelah malam. Eryn nama ofismate aku tu. Budak lagi br umur 20 tahun..kawin muda la ni. 

Ramai jugak jemputannya sampai bertindan tindan menunggu meja mkn. Org yg smapai awal kenalah mkn cepat cepat sebab dh ada org dok menunggu kat belakang..x selesa dlm tu. Padat sangat. Mcm aku, has, abg cik ngn hafiz kitaorng lewat sikit..so meja dah bnyak kosong..siap boleh mkn bertambah tambh..sempat tgk pengantin potong kek lagi.

Dlm kul 9.30 mlm br rasa nak beransur. Masa tu dah best sbb ramai dh blk. Tp lepas jumpa eryn ngn suami kitaorng pun blah..











Anyway selamat pengantin baru eryn dn suami zaid. Semoga bahagia ke akhir hayat. Aminn...

Monday, December 2, 2013

kek karamel coklat moist yang sedap

Assalamualaikum...

Aku dah gila...gila wat kek..hehe.. bila nak cuti jer.. bersemangat waja nak buat tu nak buat ni...
so minggu lepas jadiklah kek karamel coklat moist..nampak mengiurkan mula2 masak... tapi memang sedap tiada tandingannya...

Resepi : ciplak jer dari mana2 blog... tambah sikit2 lebih kurang...
 
BAHAN KARAMEL:

STEP 1:
2 sudu besar gula pasir ditabur dalam loyang

STEP 2:
Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas

STEP 3:
( Bahan B )

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur ( putih & kuning )

STEP 4:
Kacau perlahan semua bahan B dan tapis ke dalam loyang gula hangus tadi

STEP 5:
Bakar karamel secara steam bake pada suhu 180c selama 15 minit

BAHAN KEK CHOCOLATE MOIST

Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair 
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA PENYEDIAAN:

Satukan semua bahan dalam periuk, kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dengan api perlahan sambil dikacau hingga sebati. Padamkan api dan rehatkan sekejap.

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan diatas di ayak

Bahan C
4 biji telur- pukul dgn whisk atau blend

CARA PENYEDIAAN:
Satukan BAHAN B dan BAHAN C ke dalam BAHAN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk.
Tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi
Bakar secara steam bake pada suhu 180c selama sejam atau hingga masak..bergantung kpd oven masing2.
Dah masak, biar kek sejuk atau hingga kek merenggang baru diterbalikkan kek.
Sedia dihidangkan
 
 
tapikan... resepi atas untuk bakar kan... aku hanya kukus jer...mula2 puding karamel tu kukuk dlm 15 minit..pahtu bila dah tuang adunan kek coklat tu kukus lagi dalam 45 minit ...jadik jugak...


Tengoklah hasilnya kat bawah ni...




Ni model berbayar aku...dia siap kata pandai mama..lain kali wat lagi tau...hehe