Thursday, April 22, 2010

****Sambutan Hari Bumi 22 April...

Ini hari adalah Hari Bumi.. mari sama2 menghijaukan bumi kita..

sikit sejarah Hari Bumi..

Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.

Disebabkan itulah di TM ari ni ada sambutan hijaukan bumi...hari ni kena pakai baju warna hijau.. sape yang nak pakai pakailah..tak kisahpun.. so sampai je kat opis tengok semua orang pakai baju warna hijau termasuk lah bos besar.. kitaorang pun ambiklah gambar beramai2.. syok juga.. semangat menghargai alam sekitar..

tengoklah meriah kan.. semuanya berpakaian serba hijau.. yang lelaki pun baju hijau gak.. abang Shah nampak je baju hitam tapi lengan warna hijau..

Tuesday, April 20, 2010

Contest "Tidur Paling Comel"

Join contest lagi..harap2 ada yang menang..
Yang ni plak contest tidur paling comel.. link dia
nak join klik sini..


Nilah gambar yang dipertaruhkan...

Gaya tido masa beberapa ari keluar wad.. pertama kali tidur di rumah...syok nyer.. kalau tak asik tido atas lampin yang dilipat dok dalam balang.. balik rumah dapat tido atas tilam ngan bantal...


Nama anak: Muhammad Dinie Irsyad B. Ibrahim
Umur: 4 bulan
Tarikh lahir: 10 Disember 2009
Warna kegemaran : mama dia pilih color biru jer memanjang..

Shopalistic anjur contest Baby Comot Mamam plak..

Shopalistic anjur Contest Baby Comot Mamam. Tarikh tutup pada 30 April 2010. Sesiapa yang berminat boleh masuk link ni.. sila klik sini ye;

Nilah gambar yang dipilih untuk dipertandingkan...


Masa ni baru 2 bulan kot.. try bagi suap biskut Farleys tu.. first time bagi makan.. tu yang abis comot.. sekarang ni letak dalam botol bagi dia hisap..lagi mudah dan bersih..

Ape ye makanan kegemaran baby ni... susu lah kot.. sekarang ni bagi Dumex Dulac.. biskut Farleys plak jarang2 bagi.. baby kecik lagi.. tunggulah besar sikit nak buat bubur nasik ker ape ker..


Nama Anak : Muhammad Dinie Irsyad B. Ibrahim

Tarikh Lahir Anak : 10 Disember 2009

Nama Ibu / Bapa : Zatuliffah / Ibrahim

Email : zatuliffah@tsssb.com


tu jelah.. harap dapat menang contest...buleh ker tak buleh ni...

Contest Muka Garang si Kecil

Nak mencuba masuk contest.. Puan Lina anjur contest.. sebelum ni dok tengok member jer asik join dan asik menang jer.. nak kata jeles tu tak lah tapi nak juga nak try nasib..mana tau dapat hadiah dari Australia..


Kalau ada sesapa yg nak join tu klik kat sini..

http://mylittleone-danish.blogspot.com/2010/03/my-first-ever-contest-muka-garang-si.html

Aku pun check ada gambar Isyad muka yang amat garang macam harimau belang..so try lah join..



Nama penuh : Muhammad Dinie Irsyad Bin Ibrahim
Nama manja : Isyad or Dinie
Tarikh lahir : 10 Disember 2009
Nama Ibu : Zatuliffah Binti Kasim
Nama Bapa : Ibrahim Bin Abdul Salam
emel : zatuliffah@tsssb.com

Harap2 pihak penganjur dapat menerima saya masuk contest ni.. hehehe

Monday, April 19, 2010

****Afdlin oooh Afdlin..

Masa lunch kat NST hari ni terjumpa artis feberet. Afdlin Shauki.. mula2 ushar dari jauh..lepaih makan terus pergi minta nak bergambar.. yang bestnyer dapat lak bersalam ngan Afdlin.. Ingatkan Afdlin ni gemuk tapi rupanya kurus cam aku gak.. hahaha.. ayat tak hengat dunia.. bila bergambar baru tau aku rupanya kurus cam Afdlin..sama kecik jer.. kalau orang kampung tau ni heboh satu kampung..

macam pinang dibelah dengan kapak...

Itulah tujuan asal pergi NST tiap kali waktu lunch.. kot2 dapat jumpa artis.. ari tu jumpa Fizz Fairuz.. tapi malu nak mintak bergambar.. Jumaat lepas jumpa Imuda.. tak bergambar jugak.. ari ni tengok Afdlin terus nak bergambar..mula2 malu.. tapi bila Nissa dan kak Za dah nak bergambar, aku ngan kak Pah terus je menyelit.. ambik gambar sorang2.. yang bestnya jurugambar kita iaitu Kak Pah dan Nissa bergilir2 tapi terketar2 nak ambik gambar.. almaklumlah berdebar-debar.. nampak Adibah Noor tapi dia dok sorang2 kat hujung sana tu.. nak pergi memasing malu.. takpelah lain kali lah.. banyak masa lagi..ni lah gambar kedua aku ngan artis .. dulu masa tingkatan 3 ambik gambar dengan Sabri Yunus.. tu pun dah excited giler...

****Check up 4 bulan..

Sedar tak sedar dah 4 bulan Muhammad Dinie Irsyad wujud dalam hidup aku dan Ala.. Minggu lepas check up Isyad kat Klinik Kesihatan Selayang Baru.. baru bertukar dari Penang ke sini.. sebelum ni check up kat kampung jer.. bila dah bawak Isyad ke Batu Caves baru lah kena pergi sendiri check up anak.. sebelum ni tok nyer yang bawak.. Nak update carta terkini Muhammad Dinie Irsyad...

Berat: dah 6.0 kg
Panjang: 64 cm
Ukur lilit kepala: 40 cm

Bulan ni tak cucuk lagi.. tunggu bulan depan cucuk tiga serangkai tu.. cucuk masa 5 bulan..masa tu mungkin cuti kot..mana tau demam ..lagi pun boleh gak nak rehat2 kat umah..

air liur masih meleleh bak mutiara gugur ke bumi.. ni orang kata masa mengandung ada lagi makanan yang tak dapat..

Dalam usia 4 bulan ni, Isyad dah boleh meniarap tanpa bantuan..dah boleh jerit2 kuat2, nak pegang botol susu sendiri, dah boleh sebut bah, bah,bah.. tapi tak selalu lah..malam sabtu baru ni, sedar2 tengok dia dah meniarap sorang2.. pukul 3 pagi lak tu.. entah lama mana dok atas lantai tu.. mama tidur tak sedar diri.. anak dok atas lantai kesejukan.. salah aku jugak tak letak bantal tepi dia tidur.. nasib baik sempat sedar..kalu tak sedar ntah, ntah dok bawah meja..ari tu letak dia tidur tengah, bangun jer tengok kaki dah masuk bilik, badan dok kat lantai.. dok tarik2 kain langsir pintu bilik.. aku kan dah tidur kat ruang tamu.. atas toto lak tu.. kalu tidur atas tilam kat bilik mungkin dah jatuh ke bawah..

****semuanya lah baru..

Apelah tajuk ni.. semuanya baru.. semuanya untuk Isyad tersayang.. beli je lah.. walaupun ongkosnya kureng tapi tetap kena beli.. untuk masa depan gak.. ape yang aku beli? first mama belikan baju baru untuk Isyad.. beli kat online.. syok jugak beli online ni.. dah ler sekarang ni takde masa nak pi pilih kat kedai... hari cuti asyik sibuk melayan si Isyad tu..



Nilah baju yang mama belikan untuk Isyad.. tantik kan.. aku beli online ni dengan Adda.. harga pun berbaloi.. RM43 termasuk charge penghantaran.. set rompers ni ada 5 helai.. so bolehlah ulang2 Isyad pakai kat umah pengasuh.. berbaloi baloi.. kain pun cantik.. aku beli yang saiz untuk 9 bulan.. kaler macam-macam..walaupun besar tapi boleh lah pakai.. pakai sampai koyak pun boleh.. selagi boleh pakai, kita pakaikan.. dah koyak nanti order yang baru.. hari Jumaat baru ni aku order lagi romper kat Adda.. jenama Nike.. ambik yang set juga.. tapi bahagi 3.. aku , nissa dan juga zack.. aku ambik 2 helai, nissa 2 dan zack 1..


ni baru 2 helai pakai.. belang oren ngan putih.. yang lain tak sempat ambik gambar.. tu pun asyik melonjak2 kononnya marah kita dok tukar2 baju..

dan satu lagi mama pergi Manjaku hari sabtu baru ni..belikan car seat.. sweet cherry..harga pun murah jugak.. RM159.. tengok kat Giant RM200 lebih.. tu yang beli kat Manjaku tu.. design sama harga lain2.. takpelah janji boleh letakkan Isyad dalam tu.. senang bila nak balik jauh dan nak bergerak sorang2 dengan kereta.. ye ker.. leh caya ker ayat ni..

warna oren menjadi pujaan hatiku..


Nilah 2 perkara yang baru dalam hidup Isyad.. harap2 bila dok dalam carseat baru tu selesa.. ape lagi ye barang baru untuk Isyad.. rasanya lepas ni nak beli ape ye.. ada juga niat tapi tunggu 6-7 bulan dulu kot..

Tuesday, April 6, 2010

sedihnya...

Tetiba je ternampak kat blog kawan aku dugaan Allah yang maha hebat... aku terus jer nak terjah blog dia apa maksudnya.. bila kat situ terus tengok blog supermom.. sedihnya... takziah kepada supermom atas kehilangan anak tersayang beliau Dzafri.. walaupun tak kenal siapa supermom tapi kesedihannya amat dirasai dan moga2 beliau sekeluarga tabah menghadapinya..

Friday, April 2, 2010

Melawat baby baru Finance..

Semalam tanggal 1 April 2010, maka lahirlah seorang lagi baby baru kat Finance ni.. Tahniah buat mama Dilla dan juga Papa Jai atas kelahiran Miqail Eyrfan.. dan sebab itulah semalam kitaorang sekali lagi beramai2 menuju ke Al-Islam Specialist Hospital Kg Baru melawat Dilla dan juga babynyer..boleh jugak kitaorang keluar lagi waktu keje..tu yang best tu sambil melawat sambil cuci mata..

Mamanya yang pakai baju pink tengah2 tu.. tetap maintain bila ajak bergambor.. selamat berjaga malam yer..

Balik tu decide makan kat McD.. disebabkan jem kat jalan pulang pukul 3 lebih jugaklah sampai opis dengan hujan yang lebat.. sib baik tak basah kuyup..