Thursday, May 31, 2012

apam polkadot terbaik...

salam,
ni kisah semalam.. order apam polkadot daripada cikgu yuzie.. untuk kesekian kalinya aku order apam bagi pihak kawan opis si zaza untuk majlis pertunangannya sabtu ni dan tie gadies yang nak bawak balik kampung. sebenarnya ni yang terakhir cikgu yuzie ambik tempahan .. dah boring buat apam kot sampai dah nak resign. dia kata tempahan boleh dibuat mungkin tahun depan kot.

dah alang2 kan,, aku dapat free gift dari yuzie.. boleh bagi Dinie Irsyad katanya.. lagipun Dinie Irsyad suka sangat makan apam. ada apam dot dot, ada apam angry bird. kemain suka lagi..

balik je rumah nampak apam terus ambik makan tak hengat orang lain.. pah 1 , 1 dibukanya.. aku sempat makan 2 je.. ala makan 1.. yang lain semua dibedal oleh Dinie Irsyad..

ni semua ordernya... aku amik dari fb dia

ni khas untuk Dinie Irsyad sekeluarga..

kat bawah ni aksi2 dia makan apam.. kasut angry bird tu baru beli yer.. kat pasar malam ..hehe masuk jugak dalam blog aku.. beli baru pun gara2 kasut oren kesayangannya telah terlupa letak kat mana masa di klinik hari selasa baru ni.. orang lalai selalu rugi..kena belikan yang baru..yang ada gambar pampers diapex tu baru beli kat giant sabtu baru ni.. ada sales RM29.90 jer.. selalunya RM36 lebih..hehe







 so dah abis makan.. pahni klu nak makan kena wat sendiri .. tapi tak segebus cam achik yuzie buat..hehe

Monday, May 28, 2012

Dinie Irsyad pakai pijama GAP daa..

Salam,,

Jumaat baru ni barang yang diorder melalui Deela guna online dah sampai.. dah lama mengidam nak pakaikan Dinie Irsyad pijama GAP.. so bila Deela kata dia nak order online aku pun memakukan diri sekejap kat www.onlinebabywear.com  memilih design dan color yang nak.. alih2 1 ikut pilihan Deela, 1 lagi nak carik warna merah so ambiklah warna merah. Harga pun oklah..murah sangat.. kat booth dlm Giant jual RM28, kat pasar malam jual RM25  kat online ni jual RM19.. murah sesangatlah kan..

Balik tu try kat Dinie Irsyad.. warna merah jer boleh pakai.. tu pun longgar.. salah pilih saiz lah.. ingatkan kena ambik klu umur 3 tahun ambik yang 5 tahun nyer..rupanya kena ambik yang 4 tahun baru ok. warna hijau kuning tu sangatlah besar.. yang merah tu oklah.. walaupun besar tapi boleh lipat.. heran kan..saiz umur sama tapi baju ngan seluar berbeza kebesarannya..alih2 aku pelawa kak ina jiran sebelah rumah.. dia ambik nak kasik anak dia Irfan..boleh lah.. anak dia dah 4 tahun..so boleh kot.. janji terjual..boleh beli lagi nanti yang baru ikut saiz yang betul.. tak delah rasa rugi sangat..

 baju merah dan baju kuning

kat bawah ni model baju tak bertauliah..
lihat aksi2 yang digayakan..



Friday, May 18, 2012

sate besar sate kecik

Salam,

Pasar malam baru ni bawak Dinie Irsyad. lepas meronda PM singgah beli sate.. tu pun bukannya sate yang macam sate kajang tapi boleh lah makan..beli laksam , beli sate, beli air, beli buah terus balik. balik tu tengah dok sedap makan Ala letak lah sate kat dalam pinggan Dinie Irsyad...

Dinie Irsyad:  Abah nak sate sikit.
Abah:  Nak sate,,nah makan,,,
Dinie Irsyad: Dinie tak nak sate kecik,, nak sate besar tu..
Abah:  Sate besar?? mana?
Dinie Irsyad:  tu dalam tu..dalam plastik tu

Tergelak aku,, rupanya sate besar tu buntut ayam yang dicucuk macam sate.. tahu pulak dia sate kecik sate besar.. last2 sate ayam yang biasa tu tak sentuh pun. membazir jer.


 bontot ayam makan ngan laksam..best..
 good

 peace

Hasil rembatan kat pasar malam ari tu..


Wednesday, May 16, 2012

Tetiba ngidam nak makan kat keni rojes..

Salam,

Jumaat baru ni brkumpul kat keni rojes MV.. dah orang ajak pergi je lah kan.. dah makan ari tu tapi tetiba je ari ni teringin lagi nak makan.. nanti boleh lah pegi lagi. ari tu kitaorang beramai2 sekali ngan 3 org ex-TSSSB kak Iza, Zuria ngan Suzana jumpa kat situ.. berborak panjang sebab lama tak jumpa, sekali jumpa nah macam2 cerita ada. pasal anak, pasal keje, pasal artis semua ada lah.. tapi no gosip gosip tau.. kita makan saja.

makanan aku kak ros tolong order.. aku ni setahun sekali belom tentu dapat makan .. klu teringin tu mungkin lah.tak pun orang ajak.. klu aku suka2 nak pegi tak lah kot. tu yang ada cikgu tolong ngajor nak order camner.. kelakar kan. kepada cikgu ros,, selamat hari guru ye..last sekali makan masa sehari sebelom nissa masuk hospital ampang.. penangan keni roges..keesokan harinya terus bersalin..

untuk yang kuarkan duit... thanks bebanyak.. budimu ku kenang..terima kasih Afne.. moga rezeki bertambah2 walaupun dah nak tinggalkan TSSSB tak lama lagi..huhu

tak ajak tak pergi..

dah ajak terus berjalan ke pameran barang2 baby.. tak beli pun.. sekadar cuci mata..anyway.. seronok sangat dapat kuar ari tu jumpa kawan2 lama wlaupun sekejap saja..

 harus ada gambar mula2 smpai MV

 mula2 tengok menu..

 serius tul cikgu ros kan..

 ngan bakal pengantin baru


 ni lah geng2 lama TSSSB.. dah masuk TM sekarang

 ni bos belanja

 orang2 kaya

bergambar beramai2 untuk kenang-kenangan

so apa kaitannya dengan mengidam nak makan keni rojes.. takde kaitan pun.. tajuk semata2..jngn salah sangka..hehe

Tuesday, May 15, 2012

malam kenduri kesyukuran makan kambing..

salam,,

hutang entry first siang ari tu punyalah lama. ini kisah waktu malam plak. lepas maghrib turun bawah sebab diorang pasang khemah.. ramai jugaklah jemputannya.. yang tak dijemput pun ada gak..biasalah. bila open camtu orang tak kenal pun turut join sama2. salah sorangnya orang gila yang berkeliaran kat area blok kitaorang. siang dia merayau tapi malam dia tido kat surau..nak kata gila mcam tak gila.. pakaian dia tak berbau busuk mcam orang gila. lagipun dia tak kacau orang. apesal plak citer psal orang gila ni

waktu malam camni lepas solat isyak lah orang datang. siap ada baca doa selamat kat bawah kemah tu. lepas tu apelagi beratur lah ambik gulai kambing. malam tu ada lauk gulai kambing, sayur campur, kek2, buah tembikai, timun+ sambal belacan dan jugak papadom. papadom tu kak ani mintak tolong aku gorengkan.hehe










tamat sudah siri makan kambing..

Friday, May 4, 2012

Joging kat Tasik Metropolitan

Entry 2nd untuk ari ni..untuk ari Ahad punyer..

Kitaorang bertiga berjoging kat Tasik Metropolitan.. sebab 1 untuk buang lemak kambing semalam punyer.. sebab 2 saja nak bawak Dinie Irsyad berlari kat tempat yang terbuka dan luas.. biar dia puas hati dapat berlari.. klu tak terkawal pun takpe..boleh kejar dia klu dah pergi jauh dari kiter.. pahtu ajak main kat playground. Dah puas 1 pusingan tasik tu ,, minum plak air 100 plus free.. ayuh balik.. pi kenduri kawen plak..





Ni dia ..lepas berlari suruh dukung plak.. ajak jalan dah tak nak..dia kata letihlah mama..nak tido lah ape lah... semua ada..

 Pi kenduri plak tak bleh nak ambik gambar.. Dia mengamuk nak hepon mama.. ni je sempat ambik..


Kenduri tu kat Bukit Rahman Putra.. area Sungai Buloh.. pah makan terus balik..puas hati lah kenduri kali ni..pnyalah banyak lauk yang diorang masak..

kenduri kesyukuran makan kambing..

Salam,,

kejadian ni berlaku sabtu 28 April baru ni....kak Ani pengasuh Dinie Irsyad buat kenduri kesyukuran sempena anak sulung dia menamatkan latihan tentera kat Port Dickson.. Sekarang ni posting kat Kuantan. So ari tu dia berniat nak makan kambing klu anak dia dapat masuk tentera darat. tu lah yang dia buat untuk menunaikan niatnya. pagi2 lagi kitaorang ramai2 sibuk kat depan pintu rumah dia dok prepare bahan2 nak masak kari kambing.. kambing plak dikorbankan masa tengahari tu. Ramai plak yang datang tolong siapkan.. lagipun kan disediakan breakfast sekali..so kira oklah tu.. jimat tang breakfast pagi kan..

oklah.. for now u ols tengok je lah gambar masa time siang tu.. gambar malam nanti update semula..kenduri kan malam.. so malam karang je lah update..

 Dinie Irsyad & Firdaus dengan along--pahlawan negara ni.

 menunggu ajal

 lepas korban,, ni agenda seterusnya..melapah kambing

 Dinie Irsyad klu dah kena lepas camnilah lagak dia.. 
tak terkawal

 kesana kemari berlari

nilah baju kenangan di Port Dickson ari tu..