Monday, July 4, 2011

Joging lagi..aktiviti ari minggu

Semalam kitaorang berjoging lagi.. sekali lagi kat tempat yang sama minggu lepas.. Taman Tasik Metropolitan... lepas abis joging, bawak Dinie Irsyad main kat padang permainan, pekena roti canai terus blah.. sebab hujan dah rintik2.. lagipun kat rumah masa tu tengah ada gotong royong..
Seperti biasa.. hanya Dinie Irsyad jer kan yang joging..so gambar dia lah kita kena masukkan..

setelah penat joging.. kita makan dulu...



tak sabar..

sebijik roti telur tu bahagian yang ada
telur jer dia abiskan..

dah abish...

tak bleh blah.. atas tanah ni pun kitaorang boleh duduk makan2.

Inilah aktiviti semalam.. ari sabtu takde mende pun.. pagipun dah bangun kul 10 lebih.. masak2 pahtu makan.. petang lak..dok lepak2 kat bawah.. ari ahad malam kuar pi Tesco Extra Selayang..pahtu balik tido..abish sudah..

Tul ker...

Apa yang jadi pada akaun facebook kita selepas kita mati?


assalamualaikum..

satu peringatan sebenarnya untuk muslimah-muslimah semua

mari kita renung-renungkan bersama

fikir-fikirkan bersama

jika satu hari nanti kita mati,

akaun facebook ini hanya kita yang tahu password

hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..

apa yang jadi pada akaun fb kita?

mungkin ada yang akan ucapkan takziah

mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu

tetapi..

sedarkah kita

gambar-gambar kita..

akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?

gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna

macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok

dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..

walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..

saham dosa terus meningkat..

macam mana?

pernah terfikir tak?

tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?

legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?

baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini

kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik

tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..

semua itu tidak akan membawa erti

semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup

di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,

saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan

peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah

mati itu pasti

persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini

amin~

Sunday, July 3, 2011

Murah rezeki...

Salam.,

Tajuk murah rezeki... walaupun sehari sebelum kejadian murah rezeki tu aku dapat tau rezeki aku tiada.. takpe.. rezeki ada di mana2.. bukan sesiapa yang tentukan tapi Allah lebih mengetahui ape yang lagi baik Dia nak berikan untukku..sabar itu lebih penting dari segala2nya.. Doa semoga dipermudahkan segalanya untukku..

ok.. berbalik kepada murah rezeki tu.. nak citer lah kan.. pepagi Jumaat tu aku, Iqa ngan Adilah pi breakfast kat NST.. almaklumlah datang awal kan..kul 8 dah terpacak kat depan mesin punch card.. Iqa bawak bekal, aku ngan Dila jer lah yang beli.. pagi tu ambik nasik kerabu.. time nak pi bayar tu tetiba ada plak sorang abang tu.. dia sudi belanja makan... baik tul abang tu kan Dila.. rezeki katakan.. 2 kali plak tu ucap thanks kat dia.. hehehe