Friday, February 27, 2009

Mari Berkunjung ke Maidin Mall

Pergi maidin ler ari ni.. baru balik dari Maidin ni.. saje keluar.. ari ni kan ari gaji.. so soping ler apelagi.. tapi dah lama aku tak jalan Maidin.. so ari ni mari kita enjoy.. keluar dalam kul 12.30 tengahari kul 3 baru sampai opis.. soping tak hengat dunia.. keluar bertiga jer naik teksi.. dalam Maidin terjumpa lagi 2 opismate tengah soping.. lagi banyak diorang beli.. yang syoknyer masa bayar 5 orang tu berbaris di kaunter yang sama.. Lepas soping apelagi dah rasa lapor.. nak masuk McD malas lak.. so bertapak lah ke Restoren Shukran sebelah Maidin tu.. lepas soping kat pasar maidin, makan kat kedai Mamak baru best.. satu port..
Aku, kak Sherry ngan Nissa ambik gambar kat Restoren.. malu beb.. aku pnya kamera hpon bunyik kuat sangat sampai semua orang heran apesal lah dok makan pun nak bergambor..tapi pedulik hapa kitaorang kan nak update dalam blog..

Nissa pun order spesial punya... nasik goreng USA..cedapppp .. orang sibuk nak makan dia dok sibuk nak ambik gambar..


Ini aku punya makanan.. nasik putih gulai telur ngan kentang goreng.. papadom tu free jer.. nak mintak 2 keping malu.. tambah teh o ais limau..terasa kenyang sampai ke malam tu..


Ni Nissa punya.. nasik goreng USA..aku saja ambik gambor sambal daging tu dekat sebab nak bagi nampak banyak padahal piring kecik jer..

Dok tengah makan tu.. heran bila tengok kat dinding restoren tu ada platinum Safura.. anugerah khas pulak tu.. siapa Safura tu.. pemilik Restoren Shukran tu ker... ke diorang kat situ peminat setia Safura..

Hentian Pudu betul2 bertentangan ngan tempat makan... teringat zaman dolu2 naik bas kat situ.. bercintan-cintun pun kat hentian Pudu tu ler.. berpegangan tangan masa nak melintas jalan bermain2 di mataku...mane ler ex pakwe aku tu ye..hehehe

Sampai jer opis, check plastik ni jer aku beli... yang penting aku dah tak pakai colgate.. Fresh& White ni boleh pakai ker? entahlah beli jer... lagipun murah...colgate mahal sangat..

Thursday, February 26, 2009

biziii

busylah aku arini... stock take dah bermula... aku akan bizi sepanjang seminggu dua ni... semalam dah balik lambat.. hari ni pun balik lambat... cian kat Ala.. kena tunggu kat rumah sorang2.. aku dah suruh dia tengokkan cite Anak Betong untuk aku 2 hari ni.. nanti karang bila balik keje dia kena cite balik ape yang dia tengok.. lagi kesian kat laki aku tu..isteri kan wanita berkerjaya..so suami kenalah tolong ape yang patut..bukan suruh kemas rumah pun.. suruh rehat kat rumah jer..

Wednesday, February 25, 2009

Minum air masak boleh kurangkan berat!!!

Minum air masak boleh kurangkan berat!!!

*air dalam badan akan hilang jika kita minum banyak air.~perumpamaan yang pelik dan kurang masuk akal, tapi jika difikirkan mempunyai banyak kelebihan. Perhatikan contoh yang aku dapat seperti di bawah.


minum air banyak = tambah air dalam badan

tambah air dalam badan = buang air banyak[buang mineral yang badan tak perlukan]

buang air banyak = pergi tandas banyak

pergi tandas banyak = senaman ringkas

senaman = bakar kalori

bakar kalori = turun berat badan

oleh sebab itu, minum air banyak = turun berat badan
TUL Ker Ni!!!!!!!
caranya mudah sahaja, pundi kencing kita hanya mampu menampung 750ml air. Minumlah banyak air [berliter-liter air kosong] dalam masa sehari. Mudah dan cepat. Tapi minum air tu pula, janganlah air yang bergula. Air masak jer tau..!!!!!

Tuesday, February 24, 2009

Jom makan rojakkkk

sedapnya makan rojak.. tambah plak rojak yang dibeli orang... thanx ye Emi ngan Zila..walaupun kak ifa tak beli tapi boleh merasa ler tadi.. aku pun bosan gak ari ni.. asyik bukak blog tutup blog.. tu je aku buat ari ni..jangan mare bosssss..

Nilah rupa rojaknyer.. harga RM3.00 jer tau.. siap ada keropok lagi ditambah.. sekeping RM1. Kalau nak datanglah depan NST kat Bangsar ni jer..tapi jual hanya ari Selasa..Kalau ari lain korang datang tengok tempat parking jer..



Nilah orang yang makan free ari ni...jangan marah.. bab makan terserah padaku..


berseleranye dia.. berhentilah budak woi.. aku nak makan plak kata tuannya.. jangan dok perabih sorang harta aku tau.. aku rasa Emi ngan Zila kata gitulah dalam hati diorang kot..

Tengok tu bukan aku je yang makan... yang bertudung kuning tu pun makan free gak.. tuannya tengok jer..

Monday, February 23, 2009

Murah rezeki dikala tengahari

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".
Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa.. buat baik dibalas baik buat jahat di balas jahat.. so kesimpulannya.. di waktu tengahari sabtu baru ni time aku tengah memikir apelah nak masak untuk suamiku tetiba je terdengar ketukan pintu.. ai sapelah datang umah plak time ni.. fikir aku.. jeng-jeng-jeng.. rezekiku dan Ala ari ni.. ikan keli masak lemak cili padi..
Rupanya Kak Ani, jiran sebelah rumah aku ni masak lebih kot ari ni.. lagipun dia nak pulangkan semula bekas yang aku bagi ari tu.. aku hantar bubur asyura dah lama tapi mungkin dia malu nak antar bekas kosong.. so ari tu dia bagilah lauk ni kat aku.. Kak Ani ni orang Kelantan so masakannya begitu menambat ati Ala.. Ari tu aku just tambah ikan masin iaitu "ikan sebelah nabi" yang dibuat jeruk dan juga sambal terung macam nissa buat tu..masak nasik seperiuk abis tau.. ni penangan ikan keli masak lemak cili padi tu ler..
Nasib baik kak Ani tak bagi ikan keli yang hidup kat aku.. mahunyer aku letak je ikan keli tu dalam baldi.. Ala balik baru dia tolong siangkan.. Suami kak Ani ni penjual ikan.. Oklah kat sini aku letakkan resepi untuk masak ikan keli ni.. bukan saja buat masak lemak sedap, goreng berlada pun sedap.. goreng ngan kunyit tu pun lagi sedap..
Ikan Keli Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan :
1 kilo ikan keli
3 ulas bawang putih
9 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
1 mangkuk santan pekat
Sedikit santan cair
Sedikit daun kunyit
belacan
Sedikit garam
Sedikit perasa

Cara-Cara :
1. Tumbuk cili padi, bawang putih, belacan sehingga lumat.
2. Masukkan ikan keli dalam periuk. Campurkan dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk.
3. Masukan santan cair. Kemudian didihkan pada api yang sederhana.
4. Apabila sudah mendidih masukkan pula santan pekat, garam dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih.
5. Akhir sekali taburkan dengan daun kunyit yang dipotong halus tadi.

Friday, February 20, 2009

Erti Kawan

Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??

Mereka berkedip bersama ..........,
Bergerak bersama ..........,
Menangis bersama ...........,
Melihat bersama dan .........,
Tidur bersama ...........

Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain..... PERSAHABATAN seharusnya seperti itu......... .... Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN ............

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Tazkirah di pagi Jumaat..

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah
ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar
motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a
- Ini adalah salah satu kaedah
yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan
hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur
- Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa
diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat
- Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran
- Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari
- Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif
- Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri
sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok
belaka)

7) Program minda/cuci minda
- Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak
aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum
tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH!!)

8) Berpuasa
- Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan
- jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar
orang mengumpat."

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
"Ya Allah... jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"........

...Amin...

Wednesday, February 18, 2009

Luahan hati

Teringat luahan yg pernah dibaca di dalam blog VP..

""Setiap pasangan yang berkahwin secara sah pastinya inginkan kehidupan berumahtangga mereka disulami dengan hiruk-pikuk kelakuan anak-anak. Tidak semua dari pasangan yang berkahwin itu menikmati kehidupan tersebut. Ramai yang berusaha untuk memperolehi anak, namun ramai juga yang gagal. Mereka ini tidak henti-hentinya untuk terus berusaha bagi memperolehi zuriat mereka sendiri. Bagi aku… anak itu merupakan satu kurniaan Illahi dan bukannya satu keistimewaan yang boleh diperolehi sebaik berkahwin!. Aku terpanggil untuk merakamkan detik-detik Allah menyempurnakan kurniaanNya itu kepada aku dan isteri.
Kami tergolong dalam kumpulan pasangan yang telah dirahmati Allah dengan kurniaan berupa amanah itu… Aku mengakhiri zaman bujangku agak lewat, memasuki alam 30an, dan isteriku baru sahaja tamat konvokesyennya tika itu. Lama kami berusaha untuk mencari kurniaan Allah itu. Berusaha hampir 2 tahun! Pelbagai kutukan dan kata-kata sinis telah kami telan selama itu. Alhamdulillah, akhirnya Allah menyempurnakan rahmatNya dengan mengurniakan kepada kami Alesha Abriza sebagai amanah pertama untuk dipelihara.


Namun perancangan Allah, Dia ingin menguji kemampuan kami memelihara kurniaanNya itu hanya selama 5 bulan. Alhamdulillah, kepercayaan Allah kepada kami rupanya tidak berakhir setakat itu. Sekali lagi Allah menyempurnakan keyakinanNya kepada kami dengan mengurniakan An-nisa Abriza. Detik-detik kelahiran kedua kurniaan Allah itu adalah amat bererti bagi ku. Merekalah ubat lelah, menghibur rindu aku selama ini. Aku kira, rugilah bagi sesorang lelaki, seorang suami, seorang ayah sekiranya tidak bersatu didalam menyambut kelahiran kurniaan Allah ini. Alesha Abriza adalah anak yang paling mudah dilahirkan. Pada petang Rabu sebelum Lesha dilahirkan, kami masih lagi boleh berjalan-jalan di sekitar Taman Perdana Putra sekitar bukit Istana Melawati, Putrajaya. Berjalan turun naik bukit tanpa ada sebarang tanda-tanda isteriku sakit untuk melahirkan. Malam khamis itu, kami masih boleh ke pasaraya membeli-belah dan pulang dengan merebus beberapa tongkol jagung yang kemudiannya dinikmati di hadapan TV.

Sekitar 3 pagi, isteri ku terjaga dan menyatakan yang dia terasa ingin ke tandas untuk buang air besar. Namun tiada apa bahan buangan dikeluarkan… kami tidak mahu mengambil sebarang risiko, terus ke Hospital Putrajaya. Kami tidak Hospital Putrajaya sekitar jam 5 pagi.. Nah!!! Rupanya pintu rahim sudah terbuka 2 cm. Tetapi kata jururawat, masih awal lagi untuk melahirkan kerana belum ada tanda-tanda sakit melahirkan dan kemungkinannya isteriku bakal melahirkan sekitar lewat petang atau malam nanti. Beliau mengarahkan aku pulang terlebih dahulu kerana nanti sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda untuk melahirkan, mereka akan menghubungi aku. Tika aku berjalan ke kereta, dek kerana azan subuh telah berkumandang, aku terus ke surau Hospital untuk bersolat subuh terlebih dahulu. Sebelum ku mulakan solat subuh, aku bersolat sunat terlebih dahulu memohon untuk dimudahkan isteriku bersalin serta menyatakan kepada Allah yang aku mengampunkan segala dosa-dosanya kepadaku. Aku kuatir nanti isteriku susah pula untuk bersalin.

Belumpun sempat aku menyarungkan kasut, pihak Hospital telah menghubungiku dan memohon aku segera ke hospital semula. Mujur aku masih di surau Hospital tika itu. Sesampainya aku di wad bersalin, mereka menyatakan bahawa isteriku telah dibawa ke labor room. Aku diminta untuk menandatangani dokumen untuk bersama isteri ketika melahirkan serta diberikan penerangan berkaitan dengannya. Sesampainya aku di labor room, ku lihat isteriku berseorangan dan dia berada didalam kesakitan. Baru seminit dua di situ, ku lihat ubun-ubun kepala baby sudah mulai tertolak keluar!! Allah!! Isteriku sedang melahirkan… apa nak buat ni!! Mana semua doctor dan jururawat!!...panik benar aku saat itu. Alhamdulillah, disaat-saat aku panik itu, seorang jururawat yang secara kebetulan masuk ke bilik kami itu untuk mengambil sesuatu dari almari terlihat situasi isteriku yang hampir melahirkan itu. Keadaan terus menjadi kelam kabut dan didalam suasana itu Alesha selamat dilahirkan… begitu pantas! Tidak sampai sejam iseriku di dalam labor room. Disaat aku meng'iqamahkan ke telinga kiri Lesha itu, serentak dengan itu air mataku berjuraian jatuh. Buat pertama kalinya, air mataku berjatuhan!!.. Menangis bukan kerana sedih, tetapi menangis kerana terlalu gembira. Dan ketentuan Allah jua terjadi. Sekali lagi aku iringi kepergian Alesha dengan iringan juraian air mata pada tanggal 13 Mei 2006 ke alam barzakh.

Sekali lagi Alah menyempurnakan rahmatNya pada 25 Mac 2007 dan sekali lagi juga juraian air mata ini mengalir disaat aku meng'iqamahkan An-nisa Abriza. Nisa lahir dengan penuh perjuangan. Isteriku telah mulai ditahan di wad semenjak 6 Mac lagi akibat pelbagai masalah ketika mengandung. Beliau telah ditambah dengan 2 beg darah, terpaksa menerima suntikan insulin 3 kali sehari dan bertarung di dalam labor room selama 6 jam setengah. Proses kelahiran bermula dengan pemeriksaan bagi membolehkan prosedur induce dijalankan pada 22 Mac. Walaupun telah diberikan ubat untuk mematangkan pintu rahim (apa nama ubatnya ntah!) pada pagi 23 Mac, namun masih tiada sebarang tanda atau sakit bersalin kelihatan. Pada 24 Mac, sakit mulai datang sekejap-sekejap tetapi pintu rahim baru terbuka 2 cm. Sehinggalah pada pagi 25 Mac, kata doktor pintu rahim telah terbuka 3 cm dan isteriku di bawa ke labor room jam 10.30 pagi. Di sana, ubat cecair bagi proses induce dimasukan. Aku telah bersedia di luar labor room mulai jam 11 pagi setelah dimaklumkan oleh pihak hospital. Setia menanti signal dari jururawat untuk menerjah masuk ke dalam labor room. Benar kata pujangga… penantian itu satu penyiksaan. Aku mundar-mandir dalam kegelisahan di luar labor room dari 11 pagi hingga 4 petang! Hanya menanti dan tertanya-tanya keadaan isteriku dan apa yang berlaku di dalam sana. Akhirnya, jururawat memanggil aku masuk tepat jam 4.10 petang. Setelah siap diterangkan prosedur dan menandatangai borang, aku terus bergegas ke bilik no. 4.

Sepanjang perjalanan masuk ke bilik no. 4 itu, aku jelas mendengar suami seseorang di bilik berhampiran sedang muntah-muntah, mungkin kerana tidak tertahan bau hanyir darah dan air ketuban dan lantas kedengaran jururawat mengarahkan beliau keluar. Di bilik yang lain, aku mendengar jururawat menanyakan sang isteri yang sedang sakit… "mana suami kau dik? mana suami kau dik?... entah lah, mungkin sang suami keluar dek kerana tidak sanggup melihat penderitaan si isteri…. Situasi itu menyebabkan aku berharap untuk dikuatkan semangat bagi membantu isteriku di saat-saat beliau bertarung di medan kesakitan yang telah digambarkan sebagai kesakitan yang kedua paling sakit selepas kematian!! Tidak sanggup aku melihat isteriku kesakitan. Tiap kali contraction berlaku, setiap kali itu juga isteriku mengengam lenganku, mencakar-cakar tangan yang satu lagi. Adakalanya ditarik-tariknya kolar bajuku sehingga aku pula hamper menjadi sesak nafas! Malahan hamper saja ingin digigitnya lenganku itu… Ingin saja aku mohon diputarkan kesakitan itu kepadaku. "Allah… ringankan kesakitan melahirkan yang ditanggung isteriku, dan aku mengampunkan segala dosa-dosanya…" berulang-ulang kali aku ucapkan kalimah itu. Setelah hamper sejam aku di dalam bilik no. 4 itu, dek kerana sudah tidak tertanggung aku melihat kesakitan isteriku itu, sedangkan pintu rahimnya masih baru terbuka 4 cm kata jururawat yang memeriksa sekali-sekala! Dikala itu juga kedengaran isteriku mengomel-gomel mohon aku nyatakan pada doktor hasratnya untuk di operate sahaja dek kerana beliau sudah tidak tertahan lagi sakitnya.

Timbul suatu kesedaran untuk aku melakukan sesuatu. Entah dari mana datangnya ilham itu, disaat-saat kesakitan yang ditanggungnya itu, aku letakan tangandi perutnya dan… ku bacakan ummul kitab, al-Fatihah 3x, ayatul Qursi 3x dan lantas aku azankan pada perutnya!!! Allah Maha Sempurna, Maha Besar… di tika itu juga, tidak semena-mena, isteriku menyatakan yang dia terasa ingin membuang air besar! Beliau mohon untuk dimaklumkan kepada jururawat dengan segera! Mungkinkah saat-saat kelahiran itu telah tiba. Aku beranikan diri untuk mengintai… Nah!! Kepala budak sudah keluar… biar betul!! Kepala baby sudah keluar… dan kebetulan pulak saat itu seorang doktor berbangsa cina masuk untuk memeriksa keadaan isteriku… beliau terus berbicara kepada kami didalam bahasa mandarin kerana pada anggapannya kami ini dari keluarga berbangsa cina! Ah!!! Sudah… apa dicakapnya nie… "I'm malay.. I'm malay… my wife also malay…" ku nyatakan pada doctor itu. Terus doktor tersebut menjerit! "baby coming out… baby coming out… mungkin tujuannya untuk memanggil jururawat dating bergegas. Sekali lagi aku minta isteriku untuk meneran… dengan sekali teran sahaja… Annisa Abriza terperosok ke luar dan jatuh di atas katil didalam keadaan kelam kabut tanpa disambut! Disaat itu, kedengaran pulak doktor cina wanita tadi memeriksa baby dan menjerit.. "it's pink… it's pink…" mungkin menyatakan yang baby itu adalah baby girl dan beliau menyatakan pada isteriku "sabar… baby dah keluar… baby dah keluar…" seterusnya beliau mengepit pusat Nisa dan memotong sebahagian darinya. Kemudian dating 2 orang jururawat membantu.

Seorang dari mereka mengelap Nisa dan bertanya pada ku… sama ada ingin di 'iqamahkan di labor room ini juga atau tunggu dibersihkan dan di 'iqamahkan di wad nanti. Aku terus bagi tahu yang aku ingin meng'iqamahkan Nisa disaat itu juga. Annisa ku 'iqamahkan dengan juraian air mata untuk kesekian kalinya. Cuma pada kali ini, ku panjangkan dengan bisikan 2 kalimah syahadah, dan ayatul Qursi sebelum ku serahkan semula kepada jururawat untuk dibersihkan. Syukur pada Mu Allah, kerana masih menaruh keyakinan kepada aku untuk kau berikan amanah bagi menjaga kurniaan Mu ini… sesungguhnya anak itu adalah satu kurniaan Allah dan bukannya satu keistimewaan""

Sebenarnya, sedihnya....hati cam tersentuh...teringin nak melihat Ala merasai pengalaman seperti ini..memang aku tak pernah dengar dia sebut pasal baby.. tapi takkan lah tak terdetik di hati dia nak anak seperti orang lain.. bukan aku tak pernah tengok reaksi wajah dia bila kawan2 dia yang dah ada anak datang bawak anak, nampak raut wajah dia dah lain.. yelah orang lain baru kawin dah dapat baby, kitaorang ni dah lama masih belum ada..

Ya Allah...mungkin ni dugaan yang Engkau berikan kepada kami.. Ampunilah dosa kami..Kurniakan lah zuriat kepada kami secepat mungkin.. Aku ingin sekali menjadi seorang ibu...suamiku sudah tentu ingin mengetahui mcm mana rasanya menjadi seorang ayah...Ya Allah...aku memohon padaMu...Kau selamatkan lah segala2nya..Kau kurniakanlah keajaiban kepada kehidupan kami...Kau sihatkan la tubuh badan kami...Amin...Ya Rabbal Alamin..

Tuesday, February 17, 2009

Grrr..Geram sungguh

Geram....grrrr sungguh aku hari ni.. bukan pasal lain.. pasal lrt lah.. tak penah2 macam ni.. semalam ok jer .. aku naik lrt kat terminal putra so, kiranya takde masalah lah tren penuh ke ape.. tapi ari ni datang 3,4 tren semua aku tak leh masuk.. tren sampai kat terminal putra semua full.. so camne nak masuk.. selang 1 tren diorang kosongkan.. so bila tren yang sepatutnya ambik orang kat terminal putra sepatutnya aku dah boleh masuk.. mana datangnyer orang ramai2 full kat dalam tu.. aku sampai kat terminal punyalah awal.. tapi dah nasib kot ari ni ada jugak problem camni.
Lepas tu, bila dah boleh masuk dalam kul 7.50 pagi.. manalah sempat nak masuk opis awal klu camni.. tiba2 sampai kat Setiawangsa, tren pulak problem.. pintu tak boleh nak tutup.. dahlah bersesak2 dalam tu.. datang diorang punye technician kot kunci mana2 pintu yang tak boleh nak tutup tu.. dengar jugak technician tu bising 'dah tau tren rosak, kenapa lah bagi bergerak jugak'.. itu kata technician tu.. dah lah dia besar suruh bagi laluan plak.. cubalah korang pikir dah lah manusia dalam tren tu macam dok dalam tin sardin.. nak bagi laluan guano gitu ye.. aku pun dan jadi cam ikan sardin yang dilenyek2 jer.. dah lah lama plak tu.. berhenti.. sampai je satu stesen, masih lagi camtu.. sehingga sampailah ke Ampang Park.. sape2 yang duduk kat gerabak 1-3 (pintu dikunci) yang nak turun kat Ampang Park hinggalah ke Pasar Seni kena bergerak ke gerabak belakang dimana pintu tak rosak.. so setiap kali tren berhenti, lama giler diorang bergerak ke belakang tuk keluar.. sampai je masjid jamek tengok orang beratur punyalah panjang... takpelah biarlah diorang beratur yang penting aku dah kat dalam tren.
Aku dahlah pose ari ni.. kaki dah cramp (kejang)..berdiri dari terminal sampailah dolah hukum.. perutku lak berkeriut.. sebab lapor dan dahaga yang amat sangat..ingat nak kuatkan semangat tak tinggal posa.. tapi sampai je kat opis, aku meluru tingkat 2 beli air limau asamboi ngan roti gardenia ikan bilis untuk majlis berbuka posa.. hehehe tak jadilah aku posa ari ni..

Monday, February 16, 2009

Celebrity Collage by MyHeritage

Ni lah keje aku dari pagi sampailah tengahari ni.. dok sibuk buat macam dalam blog Nissa.. nak tengok muka aku ni cam sape ye.. bila keluar je gambar artis, ingatkan cam artis tempatan rupanya dia bagi rupa artis mat salleh lak.. teruja gak takut keluar muka yang tak sepatutnya.. nasib baiklah boleh pilih.. so apelagi tick je lah artis yang cantik2 jer.. tak aci? takpelah yang penting cantik..hehehe

Dalam banyak2 yang aku buat, asyik muka ni je yang muncul.. so memang tul lah kembar seiras aku semua artis hollywood.. kelakar rasanya bila tang mana lah seirasnya aku ngan Beyonce Knowles tu..asyik muka dia je yang ada..

Aku try letak gambar Ala plak.. tapi kesian kat dia.. kebanyakan artis yang keluar banyak gambar artis kulit gelap.. hehehe tapi yang paling seiras tu Ben Harper.. aku tak kenal pun artis ni..kat mana sama? entahlah.. benda ni bukanlah boleh percaya sangat.. sekadar suka2 leh ler..

Friday, February 13, 2009

Aku dapat award lah

Terima kasih Dilla.. coz bagi award ni.. dah lama bagi tapi baru ari ni nak update.. terlupa plak.. terima kasih sebab membizikan diriku yang memang senantiasa bizi ni..hehehe.

Disebabkan semua orang Dilla dah bagi.. so aku cuma nak kasik kepada semua bloggers di dunia ini.. sudilah terima award dari aku.. awek yang cun ni..jange mare..

------------------------

Thursday, February 12, 2009

Janjiku dah tertunai

Hari ni aku betul2 gembira.. aku dah menunaikan janjiku nak cantikkan blog mimie hari ni.. dah lama mimie mintak tolong.. so ari ni aku selang selikan buat keje dengan tolong mimie.. walaupun tak cantik mana.. ok ler tu daripada mula2 blog ni dibuat.. kat dalam blog aku ni aku promote lagi blog mimie.. kengkawan lain yang baca blog aku tu sudi2 kan lah menjengah blog mimie ni..
-----------------------------------
Nilah hasilnya..jeng-jeng..lain kali kita belajar lagi ye..mie..

Wednesday, February 11, 2009

Kak Za dah bersalin lah..

Pagi tadi dapat berita yang kak za dah selamat bersalin anak keempat di PPUM.. baby boy lagi..So bila dapat berita ni apalagi satu opis lah berbincang nak pergi melawat.. sambil menyelam minum air lagi.. kali ni cuma nak keluar dari opis jer.. tengahari dalam kul 12 lebih kitaorang 11 orang pun pergi ke PPUM.. naik teksi 3 buah.. sampai je PPUM cari wad bersalin yang jauh nun di sana padahal aku dah biasa pergi tapi tak berapa cam sangat tempat tu.. nasib baik ada kak sherry kita.. dialah ketua konvoi kali ni.. hehehe..
Sampai je tingkat 3, kak za duduk dekat dengan pintu masuk.. nampak jer kitaorang tersengih dia tengok member datang.. aku apalagi teruja bila tengok baby baru lahir ni.. takut nak pegang tapi suka cuit pipi pun jadiklah.. comel sungguh baby kak za, cam mama dia jugak.. masa kitaorang pergi ni nama belum letak.. masih memikir katanya.. takpelah kak za, bagilah nama yang baik2 maksudnyer ye.. kata suka nama Azraie mungkin akan dipertimbangkan kot.. anyway, tahniah kak za, mama yang tetap cun walaupun dah beranak 4.. masa nak balik tu sempat lagi usik kak za, kalau nak tambah lagi tahun ni pun sempat lagi, ketawa besar dia.. lawak jer ye...klu betul pun apa salahnye.. nak tambahkan umat Islam..

Tuesday, February 10, 2009

Cuti Thaipusam

Cuti lagi... asyik cuti jer.. tapi dok kat rumah jer.. tak tau nak pi mana lagi.. lagipun adik aku Hairi cuti poli so dia datang lepak rumah aku.. Dari ari Khamis sehinggalah semalam baru balik poli..Nak dijadikan cerita dia je keluar ngan member dia pusing KL... aku je dok lepak kat rumah ngan Ala.. lepas tidur, tidur lagi.. sampai bengkak mata aku.. Ari ahad petang tu barulah keluar rumah pi kat Kuil Batu Caves tu nak tengok sambutan diorang camne.. nasib baik ler keluar naik motor, kalu tak tersangkutlah aku di dalam kesesakan jalan kat situ.. lagi pun rumah aku pun kat Batu Caves so tak ler jauh sangat aku nak pergi.. lepas Giant tu orang dah ramai.. jalan banyak tutup..
Tengoklah jalan nak menghala ke MRR2 bukak 1 jalan jer.. banyak kete parking kat tepi jalan tu.. Ada yang berhenti nak pi kuil ada jugak yang parking tengok orang.. Ramai tul orang kat situ..yang ramai tu tengah buat perarakan..
Tengok kat tangga tinggi tu.. ramai tul orang.. ingatkan pagi je ramai, petang pun lagi ramai.

Dari jauh aku snap gambar jalan yang ditutup untuk kenderaan tu.. jalan nak pi Selayang tu yang tutup jugak..

Pakcik polis ramai dok berkawal kat situ..alkisahnyer kitaorang pun berhenti lah tepi jalan tu.. parking motor kat ada ramai orang Melayu.. aku tengok orang pakai tudung jer aku berhenti.. nak berhenti kat lain tak berapa sedap rasa.. seram sejuk sebab betul2 dengan perarakan kavadi tu.. tengok orang punyalah ramai tambah lagi kat pintu masuk kuil tu.. yang dok panjat anak tangga tu pun ramai gak.. Mungkin ramai sebab orang KL pun datang jugak sebab dah dapat cuti sempena Thaipusam ni..


Tengok ni Ala pun nak ambik gambar juga kat sini.. bukti kata dia pun datang jugak tengok orang sambut Thaipusam..

Aku pun tak melepaskan peluang bergambar jugak..sapalah mamat kat belakang tu.. tak lari pun bila aku tengah berposing..

Dalam sejam kat situ aku pun terus berdesup balik rumah.. balik tak masak pun makan kat luar je malam tu.. belanja adik makan kat luar.. dia kan nak balik poli dah..

Nak mintak ke tidak ni?

Konfius aku.. nak mintak ke tak? DPLI dah keluar tapi malas nak mintak.. sebab selalu mintak tapi tak pernah dapat.. DPLI adalah kursus perguruan untuk yang ada Degree.. belajar kat U.. tak macam KPLI belajar kat maktab perguruan seluruh Malaysia.. tapi yang tu pun tak pernah dapat.. DPLI ni lak tahun ni tawar banyak kursus Pendidikan Islam.. saper2 yang nak jadi ustaz atau ustazah bolehlah mintak.. dan yang penting ada Degree berkaitan Pendidikan Islam atau Bahasa Arab baru layak pohon..
Sapa berminat bolehlah dapatkan nombor pin (Untuk ID) terlebih dahulu di BSN dengan bayaran sebanyak RM20.60. Mahal lah jugak….tapi biasalah kan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih...Aku nak cubalah.. tengok course mana yang berkaitan.. Semoga berjaya untuk aku.. Masuk belajar Julai 2009.. KPLI pun aku nak isi jugak walaupun dah lebih 4 kali aku mintak..

Tetamu kecil


Comelnyer budak ni.. anak sapalah no.. dah lah comel putih melepak lak tu.. ni lah tetamu aku pada hari cuti baru2 ni.. Anak kepada Mamat member sekolah Ala.. saja datang ke rumah.. last aku jumpa parent dia masa mak dia tengah mengandungkan dia 8 bulan.. tup tup dah 3 bulan dia usia dia sekarang... baby perempuan tau.. aku cuit sikit dah tersenyum.. aku pun asyik dukung dia jer.. bersemangat tau baby ni.. Nama pun sedap.. Ala2 Arab.. mana taknyer bapanya ustaz.. Najdah Hadfina- maksudnya Kekuatan dan matlamat kami.. Aku sebut nama dia pun tersasul.. kena sebut betul2 Najdah..tergeliat lidah aku.. tapi tak kisahlah janji comel tau..

Saturday, February 7, 2009

Terima Award dari Eera

Terima kasih Eera sebab bagi aku award.. tak sangka ada juga orang nak bagi award kat aku..Eera ni member satu bilik, satu kelas masa kat Sek Men Teknik Kulim dulu.. So Terima kasih lah bolehlah aku letak dalam blog aku..

Award yang aku dapat ni aku letak dalam frame.. moga persahabatan menjadi lebih erat walaupun kita dah kenal lebih 10 tahun dari semasa zaman remaja lagi.. yang Eera bagi kat aku aku dah frame so kengkawan lain yang aku nak bagi nanti korang gantunglah kat mana2.. nak buang dari frame coklat aku ni tak per..
Sape ek aku nak bagi.. senarai adalah seperti nissa, deela, mimie, rossy, sherry, dan rosha.. klu free letaklah dalam blog korang ek.. Terima kasih..



Friday, February 6, 2009

mat kool pelangi yang sedap

yahooo.. ari ni ada orang belanja makan ais krim. Terima kasih Paiz ngan mamat sebab sudi belanja kitaorang semua makan aiskrim ari ni.. Tahniah sebab menang.. aku pun tak tanya menang peraduan ape.. tapi diorang ada sebut pasal gambar burung.. mungkin fotografi kot.. entahlah janji aku boleh makan aiskrim ari ni..sedekah jariah hari jumaat kot..

Lagipun ramai yang takde kat opis..dapatlah makan banyak sikit. Ada juga yang tak makan aiskrim pelangi.. so yang makan ni lah dapat makan puas2.. abislah diet aku.. makan makanan yang berlemak ni.. karang tak yah lah makan.. minum air je lah.. leh ke ni?


5 peristiwa penting di hari Jumaat

5 peristiwa penting dihari Jumaat
1. Allah menciptakan Adam manusia pertama
2. Allah mengusir Adam dari Syurga ke Bumi
3. Allah mewafatkan Adam
4. Ada satu saat yang bila hamba meminta kepadaNya pasti akan dikabulkan oleh Allah pada saat tersebut.
5. Terjadinya kiamat (HR Ahmad, Abu Dawud)


Tuesday, February 3, 2009

Cuti lagi... Selamat Hari Wilayah..

Untungnyer dok wilayah Persekutuan KL ni.. Isnin ni dapat cuti gantilah plak.. Bila time cuti ni tak tahu dah nak buat ape.. so pepagi ahad tu aku ngan Ala decide nak pi jalan-jalan pusing tasik kat Tasik Metropolitan Kepong.. keluar dalam kul 8 pagi.. So pusing lah 1 tasik tu..puas jugaklah.. mula2 joging.. punyalah laju berlari..sampai tengah terus jalan sampailah kat menara tinggi tu.. Kebetulan tak ramai orang mungkin sebab dah balik kampung kot sebab Isnin kan cuti lagi.. Tak tahu plak kat Tasik Titiwangsa ada sambutan hari wilayah ni..klu tak kat situlah aku tuju awal2 pagi..

Sebenarnya setiap kali ari Ahad aku selalu pi joging kat Tasik Metropolitan tu.. syok tau.. ramai orang.. boleh jugak tengok2 orang.. kadang2 main badminton.. guna raket pun yang harga murah pun bukan nyer nak lawan Lee Chong Wei setakat nak lawan Ala jer.. aku lah selalu menang..

Tengoklah gelagat Ala ni.. bukannyer nak joging.. asyik nak bergambar jer.. Aku ambik gambar dia, dia ambik gambar aku... takdok keje katakan.. nak buek camno..
Dok asyik bergambor dalam kul 11 jugaklah kitaorang balik.. lepas tu nak pi kenduri plak kat Kompleks Sri Siantan kat Selayang..
Janji ngan member Ala jumpa kat depan kompleks tu.. aku tak kenal pun member dia tu..Katanya keje sekali tapi takpelah lepas jugak aku masak ari ni.. tak berasaplah dapur tengahari ni.. tak banyak gambor pun aku ambik.. gambar pengantin pun takde banyak sebab pengantin lelaki ngan pengantin perempuan jalan asing2 jumpa tetamu.. so mana sempat aku ambik gambar yang kat meja aku lah.. tema warna purple..kebetulan aku pakai baju purple. Oklah tu kan..

Aku kena tag lah..

Hari ni aku posa so takdelah nak turun tingkat 2 beli makanan.. tengah syok baca blog kawan-kawan tengok nama aku kena dengan intan member sekolah dulu... bolehlah aku update blog ari ni.. tq ye..

Here are the rules
-List these rules on your blog.-Share 7 facts about yourself on your blog.-Tell 6 unspectacular quirks of yours.-Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.-Link the person who tagged you.-Leave a comment for each blogger.


7 even facts about me:
1. Aku anak pertama dari 5 adik beradik (3 lelaki 2 perempuan.. adik lelaki kedua dah meninggal masa umur 15 tahun)
2. Aku dilahirkan di Padang Serai, Kedah tetapi membesar di Kepala Batas, Pulau Pinang.
3. Aku adalah isteri kepada orang kelantan..
4. Aku suka sangat warna hijau sebab nyaman dan sejuk jer...
5. Aku suka sangat makan laksa dengan teh ais ngan nescafe ais.. paling sedap teh ais kat Kedai Misai tingkat 2 ni..sekarang ni kureng minum ais tau..
6. Umur dah nak masuk 30 tapi masih belum ada anak..camner nak buek ni..rezeki lambat kot.. Usaha lebih sikit ni..
7. Aku suka naik kereta tapi tak suka bawak kereta.. lesen simpan je dalam dompet..

6ix unspectacular quirks about me :
1. Aku ni jenis garang.. tapi bila part2 tertentu aku jadi lembut hati..
2. Aku ni mudah sangat terasa hati dan cepat menangis.
3. Aku suka window shopping.. tempat selalu aku pi Giant Batu Caveslah..takpun tesco takpun carrefour sekarang ni lak asyik coping kat NSK Selayang jer..jadiklah beli ikan pun kira coping gak.. sebab duit banyak abis..
4. Kalau aku suka sesuatu benda, aku akan aim sampai dapat.. kalu tak dapat pun aku carik yang hampir sama gak..jadiklah.. tak dapat jenama adidas, adidos pun jadiklah...
5. Aku suka masak, tapi jarang-jarang sebab takde masa sebab wanita berkerjaya cam aku ni asyik busy jer memanjang..
6. Aku suka tidur tapi ari Ahad jer lah... sebab tu ari Ahad aku selalu keluar malam2 sebab siangnyer aku tidur..tenangkan fikiran lah tu..

Ok sekarang ni aku nak tag senarai seperti dibawah..
1. rossy
2.
nissa
3.
sherry
4.
Dilla
5.
Dilabangi
6.
Mimie

6 jelah.. tak cukup tujuh pun takper kot..So kawan2 yang tersenarai seperti diatas kalu terasa nak buat tag ni.. jangan malu2 yer.. buat jerlah.. tak lama pun..