Tuesday, December 29, 2009

Dah botak anak ibu...

Hari yang ke-17, Irsyad telah selamat dibotakkan... rambut yang panjang telah dicukur licin.. cian anak ibu..terpaksa lah suap puting, bagi tidur baru boleh cukur rambut.. kalau tak mengeliat susah jugak nak cukur.. tak buat majlis pun cuma bidan kampung je yang cukur.. rasa cam tak berapa cekap jer.. cukur sampai 3 pisau.. ngan gunting pun ada.. nak kata baru jadi bidan, dah lama rasanya.. Irsyad pun cam tak selesa jer..
Masa ari ke 24 baru buat pulut kuning sikit.. sembelih ayam 2 ekor.. jamu budak2 makan.. orang tua pun makan sekali la.. Ala jadik pelik plak.. dia bagitahu kalau kat kampung dia ada majlis cukur rambut di mana baby akan diselawat dan di bawak sekeliling.. orang2 tu lah yang akan cukur sikit-sikit.. selebihnya kita akan cukur sendiri.. biasanya akan diketuai oleh imam kampung kalau anak lelaki.. lepas tu buat majlis makan-makan... Aku tak tahu pasal ni.. tapi kat kampung aku memang macam ni jer.. lepas pantang baru buat makan2 besar.. jamu sedara mara dan jugak penduduk kampung.. takpelah yang penting lepas luruh pusat, baru cukur rambut.. mungkin setiap tempat lain adatnya..
Irsyad ketika rambut lebat dan rata
Dah botak dan tenang sekali sebab tak berat kepala dah..

Ni lepas dibotakkan.. ai tengok badan cam dah lepas pantang... bersemangat..

Tuesday, December 22, 2009

Rentetan kelahiran Muhammad Dinie Irsyad





Alhamdulillah.. akhirnya doa kami diperkenankan Allah..



Setelah 5 tahun lebih menunggu akhirnya rasa cam mimpi jer... Aku buat UPT awal pagi Jumaat 10 April 2009. Tanda... ada double line..rasa bersyukur sangat2..yelah selama ini buat UPT asyik 1 line jer.. maksudnya tak mengandung lah.. tapi berbeza pagi tu.. rasa gembira tak dapat aku luahkan.. sampai je opis terus pi jumpa doktor..period ku selama ini kan tak regular so susahlah doc nak bagitahu berapa minggu sebenarnya aku mengandung.. malam tu lak pi klinik Kita kat Wangsa Maju.. Doc tu scan dan beritahu usia kandunganku baru 5 minggu..lepas seminggu aku pi scan lagi sekali kat Klinik Seri Indah di Taman Samudra.. Doc Zulailah confirmkan masa tu aku mengandung 9 minggu.. due date 4 Disember 2009.. tapi dalam masa yang sama perkhabaran yang tak sedap aku dengar ialah ada cyst plak menumpang dalam perutku ni.. kena buat operationlah.. mcam2 lagi.. kena rujuk hospital Selayang plak..


Masa 11 minggu aku kena tahan wad sebab kering air dalam badan.. masuk air lebih kurang 8 botol.. alahan teruk masa mengandung..tapi syukurlah.. sekurang-kurangnya merasalah pengalaman orang mengandung camner..




camner lah kan boleh mengandung selepas hampir 5 thn menunggu..semua orang bertanya.. tapi yang pastinya aku pernah berurut.. banyak kali gaklah.. yang last sekali aku cuba pakai Biodex.. 3 kali gak lah berurusan dengan Narz melalui online kat WanitaMelayu.com.. start bulan 12 2008.. dalam bulan April dah lekat.. mungkin rezeki melalui penggunaan Biodex kot..



oklah .. sedikit coretan megenai pengalaman bersalinkan Muhammad Dinie Irsyad..


-hari sabtu 4 Disember 2009 aku balik kampung..tapi masa tu dah keluar skit air tapi masing2 tak tahu.. buat tak tau je lah.. hari berikutnya pun sama gak.. setiap hari macam tu.. sehinggalah melepasi due date baru iaitu 8 Disember.. pi checkup ibu mengandung kat Klinik Desa Pinang Tunggal.. bagitau kat nurse.. terus dia suruh pi Hospital Kepala Batas.. 2 hari gak aku kat situ..



-Esoknya aku kena naik ambulance pi Hospital Seberang Jaya.. lebih kurang pukul 7 malam sampai kat sana.. mak, ayah dan adik ikut dari belakang ke sana.. terus masuk jumpa doc.. doc scan dan beritahu kena operate malam tu jugak.. berdebar gaklah.. lepas terang lebih kurang, doc tanya nak tunggu ke nak bincang ngan suami dulu.. masa tu baru bukak 3 cm.. Ala lak baru nak naik bas balik Penang... Doc kata kalau nak tunggu suami takut baby tak dapat diselamatkan..pendek kata lemas dalam perut.. air ketuban dah kurang.. tak boleh nak tunggu lagi.. lepas doc terang risiko operation ni, aku pun dengan rela hatinya sign borang pembedahan tu.. sendirik tau... ambik keputusan.. doc akan maklumlah kat suami lepas ni..



- lebih kurang kul 10.30 malam aku ditolak ke OT.. bilik pembedahan... dalam bilik tu ada 2 doc bedah, yg selebihnya pemerhati.. sejuk tak terkata masa dalam bilik tu.. lepas kena suntik ubat bius kat belakang badan, dah tak rasa apa2..alih-alih dengar suara baby menangis..masa tu lebih kurang pukul 11.30 malam..



- baby ditunjukkan kepada aku.. dia tanya lelaki ke perempuan.. aku tengok... aku cakap lelaki.. doc tu kata.. inilah anak awak.. aku ucap syukur masa tu... tak terkata tengok anak sendiri..bersyukur sangat2.. lepas tu mulalah doc tu ambik proses menjahit...



-Lebih kurang 3 hari gak aku dok kat wad 10.. anak plak dok kat ICU.. sebab doc nak pantau baby takut terminum air ketuban.. kena masuk antibiotik.. 6 hari kena dok ICU.. sape-sape datang melawat pun boleh melawat mak jer...aku ngan Ala je dibenarkan masuk wad SCN ICU tu.. hari2 pi tengok..



-hari ketiga aku dibenarkan balik rumah.. tapi pagi esoknya plak masuk balik wad 4 sebab tak boleh nak kencing langsung.. cam tersumbat je pundi kencing.. masuk wad diajar cara kencinglah.. macam tak logik tapi tulah 6 jam sekali dia ikat tiub.. bagi rasa nak terkucil, dia bukak balik tiub.. 3 hari plak dok wad.. bila boleh balik, kena dok kat wad ICU plak teman baby..kalau baby boleh menyusu, ibu dan anak boleh pulang sekali.. syukur lah Dinie ni pulun menyusu sehingga aku tak tido semalaman.. dari kul 9.30 malam sampailah 7 pagi.. dok kendong dia jer.. esok tu baru bali..



-nasib baik Dinie takde kuning.. lepak je kat rumah tido, bangun, menyusu, aktiviti harian Dinie dan ibunya..hehehe..

Saturday, December 19, 2009

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah...memperkenalkan....

Salam..

Dah lama tak update blog... almaklumlah bizi sikit akhir2 ni.. Actually aku baru je keluar dari hospital.. Hospital Seberang Jaya..kena operate masa nak bersalin.. lepas tu ada masalah plak... kencing tak lawas.. kena tahan wad plak 3 hari.. untuk first ni aku just nak perkenalkan our new baby yang lahir pada 10 Disember 2009 baru ni.. tak dapat nak tunjuk gambar first lahir sebab baby kena tahan dalam icu.. dalam 6 hari jugak sebab doktor syak baby tertelan air ketuban.. lagipun baby aku ni bleh tahan jugak kgyer.. 4.03 kg.. takpelah yang tu nanti aku cite next entry..
Inilah wajah kesayangan aku dan Ala kini..
MUHAMMAD DINIE IRSYAD BIN IBRAHIM



tido je kan Dinie

satu-satunya gambar ketika dia bukak mata..

Friday, December 4, 2009

Debaran menanti ..


Hari ni dah 39 minggu 3 hari... lagi 4 hari akan sampai due... 8 Disember 2009.. tak sabar rasanya menanti saat itu..

"Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada didalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu...Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu... "

"Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal...Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam...Amin..."


Kepada kawan2 yang mana mengenali diriku.. ampunkan segala kesalahan yang pernah aku lakukan samada secara secara sengaja ataupun tidak sengaja.. doakan semoga aku selamat melahirkan bayiku ini.. . halalkan makan minum.. sori ye semua... sehingga jumpa lagi..

Friday, November 20, 2009

Training HSBB..

Semalam 19 Nov 2009 ada training kat Menara PKNS Tingkat 15.. join jugak sebab wajib untuk dihadiri oleh semua staff TM.. Aku tumpang kak Ros ke sana.. Abang Chik ngan Zaidy Marketing pun ikut sekali.. dalam kul 9 sampai kat bilik training tu.. Trainer ari tu ialah En. Azizun Abdul Karim.. Orang Penang.. syok jugak dia bagi training sebab banyak aktiviti sampingan.. kejap2 kena bangun buat exercise sikit tak bagi mengantuk.. tapi takde mengantuk pun.. dan tak sempat mengantuk.. kul 10.30pg dah keluar sarapan, kul 12.3o dah keluar makan tengahari.. kul 3 lebih dah abis.. manernya nak mengantuk..

exercise lagi..ramai woo masuk ..

Training HSBB ni ialah memperkenalkan High Speed Broadband.. tapi aku rasa orang kaya jer mampu nak guna HSBB ni.. orang biasa cam aku ni kena tunggu kaya sikitlah.. tapi orang kata kalau dah berduit tu buat ape tak gunakan.. lagipun sekarang ni dah zaman moden.. semua nak mudah.. takyah beratur kat pasaraya nak beli barang.. tekan jari jer semua jadik.. check kesihatan pun tak yah pi hospital, doc check guna internet jer.. macam2..
Dalam dok training tu sempatlah jugak ambik gambar.. layan jer lah..

sarapan pagi.. tu baru sikit aku makan... kuetiaw lupa plak nak snap gambar

makan tengahari.. saja tak ambik gambar.. malu sebab makan banyak..

Kul 4 dah sampai stesen lrt Bangsar... balik awal... nak tidolah kononnya..

Monday, November 16, 2009

happy belated birthday my old friend..

Happy belated birthday my old friend... 14 November.
Moga ceria selalu dan dilimpahi rahmatNya..
Moga diberkati olehNya..
Semoga persahabatan kekal ke akhirnya...

Aku ingat birthday dia sebab tarikh nya sama 14... tahun yang sama 1979 cuma bulan berbeza.. tapi berbeza sebulan jer.. adik beradik pun sama ketika tu lima orang.. dia pun lima jugak..... sekolah sama,, dari sekolah rendah hingga menengah.. masuk U berbeza tapi tetap di KL.. itulah namanya persahabatan... walaupun masing2 dah kawin harap2 masih ingat aku...

Thursday, October 22, 2009

Kalau dia masih ada...

22 Oktober merupakan tarikh yang bermakna bagi keluargaku.. Pada tarikh inilah adik ketiga aku Zul Fadli dilahirkan.. tetapi sayangnya pada usia 15 tahun dia pergi meninggalkan kami semua.. Pada tahun 2001 ketika 12 hari menyambut Syawal, dia telah terlibat dalam satu insiden yang tak dapat aku lupakan..

Aku masih ingat lagi pagi tu aku naik bas nak balik KL sebab universiti dah nak bukak balik.. tak sempat nak jumpa adik2 yang masih tidur terutamanya Fadli.. mana nak tau yang ari tu dia akan pergi selama2nya.. sampai je KL.. petang tu dalam kul 5 petang lebih baru aku tergerak hati nak telefon rumah.. nak bagitahu yang dah sampai.. adik kedua aku Ilham yang angkat telefon.. dia bagitahu yang Fadli excident.. masuk hospital kat Seberang Jaya tapi kemudian kena hantar pergi Hospital Besar Pulau Pinang.. serius je dengar.. aku telefon ayah.. ayah kata dia masih dalam ICU.. tak yah balik lagi.. tapi aku dah tak senang hati.. dok asrama pun hanya ada dua orang kawan yang dah balik dari kampung.. yang lain tak balik lagi.. dalam kul 8 lebih mak telefon bagitahu yang Fadli dah tenat.. dia suruh balik... aku dengan 2 orang lagi kawan pergi ke Pudu Raya carik tiket bas.. terpaksa gak balik malam tu.. naik bas pun ntah ape2..janji dapat balik..

Dalam pukul 6 pagi aku sampai stesen Butterworth.. Pak Dak ngan Pak Long yang ambik aku.. terus pergi ke Hospital Seberang Jaya sebab dia dah dihantar balik ke sana.. sedih tengok keadaan dia.. dah tak sedar pun.. petang tu dalam kul 7 lebih dia pergi meninggalkan kami semua..

Lepas tu baru aku tanya camner citer sampai boleh jadik macam ni.. mak cite pagi yang insiden tu berlaku dia ngan kawan2 dia dok kat belakang lori angkut barang2 untuk majlis kawin.. budak2 katakan.. seronoklah naik lori ramai2..berdiri kat belakang plak tu.. smpai je satu tempat, ada palang tinggi untuk tak bagi lori besar lalu kawasan tu.. dia berdiri kat belakang.. dah lah tinggi.. budak2 lain lepas tapi kepalanya terhantuk kat palang besi tu.. tercalar sikit jer tapi darah beku kat dalam.. mungkin kena otak dia kot.. mak kata yang bawak lori tu budak jugak.. muda setahun dari dia.. bayangkan budak 14 tahun bawak lori.. laju lak tu.. sampai kat palang besi tu pun dia laju gak.. sampai berbuih bibir adik aku tu.. budak tu plak anak jiran kat sebelah rumah aku..

Kawan2 dia angkat dia balik rumah tapi tak berani nak bagitahu mak ayah aku.. diorang letak dia kat kawasan ladang kelapa sawit depan rumah aku.. nasib baik ada orang nampak.. lepas tu baru beritahu ayah ngn mak dan bawak adik aku ke hospital.. bawak naik kereta, tak boleh nak bagi dia duduk..kalau duduk mulutnya keluar buih lagi banyak.. jadik bawak naik van yang boleh lunjurkan dia.. tapi nak buat camner kan.. dah nasib dia kot.. mungkin sampai hari tu jer dia boleh lihat dunia.. Doktor pun kata kalau dia hidup pun mungkin sifat dia dah tak sempurna.. tapi tu lah.. kita pun tak tahu kan apa akan jadik pada nasibnya sekarang kalau dia masih ada..

Walaupun dah beberapa tahun dia pergi, dia masih diingati..sampai bila2..

Kalau dia masih ada..pada hari ni, usianya kini menjangkau 23 tahun.. tapi itulah ketentuanNya.. kami sekeluarga menerima hakikat yang dia hanya dipinjamkan hanya sebentar kepada kami... Al-Fatihah..

Friday, October 9, 2009

Baby baru Finance...

Semalam tanggal 8 Oktober 2009 member opis aku Zack telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang cukup comel... tahniah buat Zack ngan suaminya Faizal.. hari ni kitaorang seperti biasalah beramai2 melawat Zack ngan anaknya itu kat Hospital Ampang... bersemangat tul baby tu.. berat lahir 3.37 kg.. pegang sikit dah banyak bagi feedback.. syok tengok Zack dah selamat... lepas ni giliran sorang lagi plak.. next.. next.. ramai lagi baby baru kelahiran staff Finance nanti.. hehehe

Baby ni katanya diberi nama Siti El Zafreesya.. tapi ejaannya tak pasti... nanti kalau nak double confirm lawatlah blog dia...

Thursday, October 8, 2009

Makan makan kat Opis sempena raya 09..

Sekarang kan musim perayaan.. kat opis aku pun masih lagi sambut raya... hari Selasa baru ni kitaorang beramai2 buat makan2 kat opis.. hanya group Finance TSSSB jer.. tak open kat unit lain.. awal-awal lagi sampai opis bersemangat nak tolong menolong kat pantry.. siap2 je keje lebih kurang terus ke pantry potong tembikai siap2..letak dalam peti... baru sedap nak makan kul 1 tu..

Banyak jugak makanan disediakan.. seperti sate, nasik impit, kuah lontong, biskut raya, buah-buahan, dan tak ketinggalan yang paling aku tunggu-tunggu sejak awal berbadan dua ialah spageti buatan Hajar... hehehe.. dan airnya plak amat special... air ribena maria tunku sabri...

VIP ari tu ialah en. Hatta CFO kitaorang yang turut sama sponsor kek resepi rahsia... cepat abis dari kek biasa.. tapi kek biasa pun dah abis jugak.. lepas makan2, aktiviti biasa dilakukan iaitu aktiviti menapau.. boleh lah bawak balik...

Ok, now mari kita tengok gambar-gambar yang diambil ari tu..


suasana raya di opis... berbaju baru..


aku berebut makanan ngan en. Hatta CFO sebab spageti punya pasal..jngn marah..

banyak betul spageti aku ambik.. sate lak 10 cucuk untuk aku..


cedapnya...hahahahaha

masing-masing kenyang makan...

ni lak sesi bergambar... bersama-sama Act AGM FO...

aksi2 ibu mengandung di musim perayaan..

ni lah aktiviti paling best... aktiviti menapau makan

sudah selesai jamuan raya opis... tunggu next year lak..

Friday, October 2, 2009

Raya..raya...raya... 2009

Raya tahun ni kat Penang. Balik hari Jumaat pagi.. awal2 pagi dah bertolak.. sampainyer kul 1 tengahari... lambat... tu pun sebab ikut jalan lama... keluar ikut jalan Ulu Yam, masuk tol kat Jelapang.. keluar balik kat Juru... Kitaorang balik kali ni dengan adik aku Hairi yang belajar kat Politeknik Sabak Bernam tu.. sekali dengan kawan dia si Izzat budak Desa Murni, Sg Dua.. Sampai je Sg Dua pi hantar Izzat sampai pintu rumah dia..

Sampai je rumah, terus je pi jalan2 rumah tok, mak jang ngan rumah dua pupu aku.. tanya kabar sikit2 balik lepak kat rumah.. tidur sampai kul 5 petang.. baru siapkan juadah berbuka puasa... ayah ngan mak aku masa aku tidur tu keluar pi pasar ramadan kat Padang Serai.. beli tepung talam, kuih bingka bawang, air tebu.. petang tu goreng mee goreng basah.. buat cucur udang siap ngan kuah kacang..

Sampai jer waktu berbuka, aku makan tak hengat dunia.. lepas tu mulalah sengkak perut lah.. nak muntahlah.. lepas tu mak pulak ajak buat popia simpul kasih tu.. sampailah pukul 1 pagi baru boleh tidur.. nasib baiklah ada yang bantu.. kalau tak, takdenya aku nak susah2 simpul popia tu..
Tahun ni aku hanya tinggal posa 1 hari jer.. kalau lah aku tak tinggal ari tu, mungkin dah dapat nikmat mcm posa setahun.. Esok petang tu.. ayah, pak jang ngan Ala sibuk jer bakar lemang..

Ala ngan Pak Jang sibuk menyediakan buluh lemang..


Mak dengan ketupat palas nyer...

Selepas solat raya, dua2 adik bongsu aku ni sibuk ler nak bergambar lak..

Mak ngan dua orang anak perempuannya..


Mak ngan ayah yang hampir sedondon di pagi raya..


bergambar beramai2 satu keluarga..tahun depan tambah lagi.. hehehe

1 lagi gambar close up...

4 beradik yang masih ada... kalau lah ada Fadli kan best...mesti duduk tengah antara Am ngan Hairi..

sepasang suami isteri yang paling last dapat bergambar di pagi raya... suami nyer jadi photographer ari tu.. sebab tu banyak gambar dia tak de..

On the way balik Kelantan...

Sori ye.. gambar kat Kelantan satu pun aku tak ambik... ari raya ketiga pagi lagi balik Kelantan sebab ada buat kenduri.. sembelih lembu lagi.. lepas tu buat majlis solat hajat ngan lenggang perut.. tak ambik gambar sebab orang terlalu ramai.. aku plak jadik perhatian lah masa tu... menantu hantu... sampai pun masa orang tengah makan... jimat tenaga dan masa aku... selama beberapa hari kat Kelantan tu pun tak beraya mana.. semua adik beradik ada kat rumah Ala.. berkumpul kat situ.. Ala plak sibuk memanjang dengan projek meracun kat kebun dia... potong pokok dokong lah.. macam2.. ari Jumaat tu baru dapat pi jalan kat Bachok sebab ada kenduri rumah bapa sedara dia..

tengok tu pokok buah dokong dah dipotong daun..

pokok getah dah besar.. lagi 2 tahun dah boleh upah orang menoreh.. tak sia2 kumpul duit beli lot getah ni...

Hari Sabtu tu barulah kitaorang balik KL.. tu pun kena ikut Terengganu sebab nak hantar adik Ala yang belajar kat IKM Pekan tu.. hampir 14 jam jugak lah dalam perjalanan.. sempat singgah Kuala Berang beli keropok losong.. sakit pinggang tapi puas hati sebab dapat makan keropok losong yang siap dengan sos nyer yang sedap..

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri Seribu Kemaafan

Pagi esok aku akan berangkat pulang ke Pulau Pinang... negeri yang ku cintai...beraya bersama-sama keluarga yang sedang menantiku di sana...Tahun ni merupakan tahun keempat aku menyambut raya pertama di Pulau Pinang.. bukan permintaan aku tau... ini Ala punya planning... Rasanya baru sekali aku raya kat Kelantan.. tahun ni sepatutnya raya kat Kelantan tapi raya ketiga baru balik sana..sebab ada kenduri member dia kat Machang pd raya kelima.. so aku ikut jerlah..


Oleh kerana esok pepagi lagi aku dah mula menyusuri tol PLUS so, hari nilah dah kener ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin... seandainya ada kesilapan selama ini, harap kalian dapat maafkan.. walaupun ada kata-kata 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa' tapi kitakan manusia biasa bukannya malaikat... maafkan lah sesama insan.. semua orang melakukan kesilapan, tak ada manusia sekarang ni sempurna,, sentiasa ada kesalahan... so maafkanlah... Semoga lebaran kali ini membawa seribu makna dalam hidup kalian..

Salam Ikhlas Aidilfitri dari IFa dan Ala..


Tuesday, September 15, 2009

Scan lagi...

Lama tak update blog...rasa malas...

Hari ni ada follow up kat Hospital Selayang... pasal kes cyst aku tu lah... pagi2 lagi dah berangkat ke sana... Bayar RM5 kat kaunter pendaftaran dapat no 0008... yahooo awal tul aku datang... sekejap jer dah panggil... masa doc scan tu, Alhamdulillah cyst tu dah tak nampak langsung.. yang nampak cuma baby jer... baby takde masalah... bila time aku nak tanya pasal jantina dia kata scan kat situ tak leh nampak..frust pun ada...

Balik je dari hospital singgah kejap kat Poliklinik Zazali kat Pinggiran Batu Caves... Ala pun excited nak tahu jantina... sebab tu sanggup singgah jap kat klinik tu.. kena charge lak sebab medical tak cover scan.. RM30 jer...tapi sebab baby punya pasal kitaorang bayar jugak...

Jeng..jeng...jeng... lepas bagitau pasal keadaan baby,... doc kata sekarang kita check pulak jantina nyer.. tekan sana tekan sini... nampaklah 'telur'nya dan juga 'punai'nyer... so..


kalau doc tu tipu aku, tipulah yer... at least aku nampak juga dua benda yang dia tunjuk tu... kalaulah betul jantinanye a boy, inilah cucu lelaki pertama dalam keluarga Ala kerana kakaknya ada 5 orang anak perempuan dan abangnya pulak ada sorang anak je..tu pun perempuan jugak...Famili aku tak kisah sebab ni cucu sulung... tak kisah lelaki ker perempuan... Actually aku ngan Ala pun tak kisah lelaki ker perempuan.. dah lama tunggu kan..

Thursday, August 13, 2009

Oh Indahnyer perasaan ini...

Perasaan aku sekarang diminggu ke 23..




Sekarang dah 5 bulan.. Minggu depan dah 6 bulan..

Aku dah dapat rasa pergerakan baby! Seronok... tapi camne nak cite ek.. tak boleh nak citer..
Dah lama rasa bila perut aku sekejap rasa cam ada angin... rasa cam ada benda dok main dalam perut.. cite kat Ala dia plak tak dapat nak rasa.. bila sentuh jer.. senyap... cian dia...

Saiz perut aku still tak jelas sangat. Bila aku naik lrt pegi balik keje, kompem orang takkan bagi seat kat aku sebab tak nampak macam pregnant pun. Nampak cam perut buncit jer.. Teragak2 orang nak bagi duduk.. dia ni pregnant ker buncit hahahaha..Tapi pada aku besarlah jugak dah sampai terbonjol macam tu takkanlah tak perasan..

Aku masih tak perlukan baju mengandung ketika ini... masih pakai baju kurung pergi keje.. tengoklah 6 bulan nanti mungkin dah kena start kumpul baju mengandung.. Malam2 pulak kat rumah panas jer memanjang.. tanya member2 lain diorang pun bagitahu time pregnant ni memang panas.. kipas tu on je 24 jam..

Perkembangan baby dalam perut
  • Janin menjadi lebih aktif, berpusing dari sisi ke sisi dan kadangkalanya kepalanya ke atas badan.
  • Janin akan tidur dan terjaga dalam selang masa tertentu.
  • Kukunya telah turut tumbuh, begitu juga dengan rambut dan keningnya.
  • Dalam bulan ini, anda boleh mula melihat jantina bayi melalui ultrasound kehamilan
  • Janin membesar dengan cepat dan diakhir bulan kelima, panjangnya menjadi 8 hingga 12 inci dan berat menghampiri 1 paun.
  • Yang menyeronokkan semasa ini, anda telah mula merasa pergerakan bayi di dalam perut bermula dengan rasa ibarat ada rerama sedang terbang di dalam perut anda. Gerakan ini akan semakin ketara apabila bayi semakin membesar - sumber: ratuhati.com

Thursday, July 23, 2009

Kiriman dari mentua..

yea,yea,yea.. baik sungguh mentua aku...

Baru2 ni... ada kiriman lagi... padahal baru je minggu lepas aku balik kampung makan buah2..tapi tak pelah.. buah durian 15 biji, rambutan, petai, buah salak... banyak nyer... puas aku makan... harap2 minggu depan ada lagi...adik ipar aku nak balik kampung.. so mesti ada lagi lah untuk anak menantu dia makan walaupun musim buah dah hampir habis..


ni pencuci mulut...hahaha

durian kuning.. best tau...

letak dalam bekas kemudian dalam freeze.. makan sejuk2 best jugak..

banyak tul aku makan...

puas hati tul aku rasa...

Jawab TAG lagi..

Adoi.. malas sungguh nak menjawab tag ni... kak Ros lah ni... tak pasal2 aku kena curik masa jawab tag dia.. nah ambik ko...jawab jangan tak jawab...jangan malu jangan segan..

1. sila ambil gambar beg yang anda bawa ke kerja


Ni beg aku... takde jenama pun... beli kat Uptown Danau Kota... rasa cam dah nak masuk setahun.. masa beli tu harga dia RM20.00.. saje je aku rembat satu masa pi tu.. lagi pun beg yang ada tu dah tak best pakai.. beg ni pun sama.. aku rasa cam dah tak best pakai sekarang.. nampak gayanya lepas ni kena beli yang lain plak.. beg ni sentiasa dalam drawer aku... time balik baru bukak drawer..


2. kemudian, sila ceritakan sedikit ape yang terkandung dalam beg kerja anda itu. sila sertakan gambar sekali..(tak payah la kemas beg tuh semata- mata nak go public...:D) kemudian terangkan secara detail isi bag anda.

Dalam beg ni ada memacam tapi malulah nak tunjuk semua... paling penting sekarang, ubat2, payung kalau kebetulan hujan, dan juga buku merah.. buku merah pun aku baru je bawak sebab mak sedara aku ari tu dah marah2 sebab tak bawak buku merah bila keluar.. tu yang aku tekad bawak buku ni ke mana2..

Dalam ni juga ada beg duit, beg kecik letak handphone veteran aku tu..pass card, lrt card.. kalau tak bawak mahunya aku kena turun dari lrt..

Actually dalam beg aku tu ada juga kunci kereta spare, kunci rumah, plastik beg merah(if muntah dalam tren ), minyak cap kapak, asam, gula2.. tapi tak naklah ambik gambar... setakat cakap jelah..


3. nyatakan sebab- sebab anda suka beg kerja anda itu.

Rasanya takde lah cantik pun beg tu.. sekadar dapat isi apa yang patut.. balik rumah, aku sangkut belakang pintu gak.. nak pegi keje pagi esok baru pegang balik..hehehe..beli pun yang murah2 jer..

4. sila nyatakan kenangan manis atau apa yang istimewanya pada beg itu pada anda.


Kenangan manis.. erm... dalam beg aku ada semut.. banyak.. penangan letak gula2 dalam beg.. semut pun datang menghurung..

5. sila tag 10 orang yang lain.

Takde sapelah nak tag... sebab semua orang dah kena tag kot... kalau rasa nak wat.. watlah... aku pun boleh tau jugak ape ada dalam beg korang.. hahaha..


Tuesday, July 7, 2009

Aku ada laptop.. yea yea..

Hari ahad baru ni, aku ngan Ala begitu bizi sekali pi lowyat.. saje jer... sebenarnya aku malas sangat nak pergi sebab ajak naik monorel.. bila sebut nak naik kete baru aku rasa bersemangat sikit.. jalan tak ler jem parking pun ok jer.. so dalam kul 12 kitaorang pun sampailah kat pintu gerbang lowyat..

model aku lagi.. depan pintu masuk... abaikan kekurusan laki aku sekarang ni.. bini dia dah malas masaklah..

saja jer ambik gambar bangunan ni...

keluar masuk lowyat.. banyak duit tul depa ni..

Tujuan sebenar nak carik laptop.. tapi bukan untuk aku.. adik ipar nyer.. aku tumpang jer guna untuk seminggu sebelum hantar pulang ke kampung hujung minggu ni.. carik punya carik nak harga murah.. dah berjam2 barulah berkenan laptop jenama COmPaq.. malas nak memikir lagi terus je rembat 1.. oklah tu untuk adik yang masih lagi student.. kalau nak canggih, canggih carik sendirik..

Nilah hasil rembatan...

games nilah aku main tiap2 malam ataupun waktu opis...hehehe

Dalam beberapa hari ni aku lah yang guna.. pasang cd, main game, main game dan main game.. tu je keje aku malam2.. suruh masak aku malas, suruh main games akulah paling rajin... untung adik ipar aku nanti, laptop dia penuh ngan games jer..lantaklah.. seminggu ni compaq tu aku pnyer tau.. tak boleh marah nanti aku kasik rosak itu ko punya laptop.. abe ala, mu bilo nak beli laptop kat aku pulok ni...

Friday, July 3, 2009

Nur Kasih...

Tiap2 Jumaat di TV3 kul 9mlm... bersiaran Nur Kasih..


Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.
Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.
Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang.
Malah jadi layu.
Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.
Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…” (Hajjah Khadijah)

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina... tak sabar nak tunggu kisah lanjutnya...

Tuesday, June 23, 2009

Kena TAG pulak dah..

Thanks ye kak Ros sebab sudi TAG aku...tak pasal2 aku kena ringankan tangan menaip ari ni.. tapi takpelah.. aku kan ada Sijil Perdagangan Malaysia (Menaip) 1996.. ok ler tu..dengan bangganya aku umumkan disini..hehehe

NAMA - NAMA TIMANGAN ANDA

Nama aku ada 10 huruf jer.. tapi memacam gelaran diberikan... famili aku tak kira mak, ayah, mak or bapak sedara, kawan sekampung, orang sekampung semua panggil aku Pah.. ada orang kampung aku tu nama dia Pak Ngah Mat selalu ajuk aku dari kecik lagi.. 'mana butang baju Pah'.. alah dia ajuk cite P. Ramlee 'Madu Tiga' tu.. sampai sekarang pun kalau aku balik kampung mesti dia ajuk aku jugak.. Tapi yang paling menarik, sepupu2 aku panggil aku Adik Pah tau.. sampai sekarang umur dah masuk 30 tahun pun diorang tetap panggil aku Adik Pah.. masa aku tingkatan 6, aku sekelas dengan sepupu aku.. panggilan dia pada aku membuatkan cikgu2 kat sekolah tu turut panggil aku Adik.. malu tu memang malu sampai aku tegur dia,, "hang ni kak cik takyah lah panggil aku adik kat sekolah. Tengok cikgu semua panggil adik"..
Masa tingkatan 5, aku masuk Sekolah Teknik Kulim, cikgu ngan member sekolah panggil Zatul.. sebabnya dalam kelas aku tu ada sorang orang panggil Pah... kat Blok asrama plak ramai jugak gelaran tu.. so diorang panggil Zatul.. Zatul pun Zatul lah.. sedap jugak..
Ex-Boyfriend aku lak panggil aku Baby... jangan tak caya..kalau nak muntah stop baca blog aku..kah,kah, kah... Suami aku Ala lak panggil aku Ifa.. nama glamour tu.. Kat opis lagi best, cam2 diorang panggil.. Ifa lah, Epa lah, Effa lah.. ikutlah.. Tapi aku tetap orang yang sama.. Sebab tu blog aku nama Alifa.. gabungan Ala dan Ifa..

ANDA SEORANG YANG :

Aku ni lemah lembut orangnyer.. ayu, sopan santun, kaya dengan adat2 ketimuran.. tul ker????
Korang describelah sendiri.. takkan aku nak puji diri sendiri lak..


INSAN TERISTIMEWA?? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA ISTIMEWA DI MATA ANDA:

Ramai.. semuanya istimewa.. Tapi yang pastinya tentulah mak ayah aku.. adik2 aku, suami aku, ex-boyfriend aku (boleh letak ker??), kawan2 aku, sebabnya dioranglah orang yang paling bermakna dalam hidup aku..tanpa mereka siapalah aku... hidup tak bererti tanpa orang2 yang disayangi..

LAGU -LAGU KESUKAAN ANDA:

Aku paling suka lagu Laguku UntukMu.. nyanyian Hasnol... bila dia nyanyi lirik "Kembalilah kasih kepada diriku Hidupku sepi tanpa kehadiranmu" membuatkan aku jadik seram sejuk.. almaklumlah kekasihku pergi tanpa kabar berita.. dush,dush,dush.. geram tul aku.. Masa sekolah aku suka sangat lagu UKAYS Disana Menanti Disini Menunggu. Kumpulan Exist pun aku minat gak.. Masa tu minat gila lah ngan si Mamat tu.. sekarang... hampeh langsung aku tak minat..Kiranya aku ni peminat lagu 80'an dan juga 90'an mcm Kak Ros.. bukan tiru ok tapi secara kebetulan..

MAKANAN KESUKAAN ANDA??

Semua aku bedal..janji halal..dan juga benda free..

WARNA KESUKAAN ANDA??

Semua kaler aku minat.. sekarang ni minat hijau.. esok2 tak taulah plak.. ntah2 warna hitam kot.. peminat Black (Mentor 3)..

SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS

aku tak nak stress2 sekarang.. nantilah bila aku jadik cikgu nnti.. baru aku stress sebab gaji sentiasa banyak.. tak tau nak soping aper..

TIGA BENDA YANG MESTI ADA DLM BEG ANDA

1. handphone Sony Erricson yang dah veteran tu..
2. beg duit yang sentiasa kekeringan duit..
3. kunci kereta walaupun tak bawa kereta..

KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA??

Aku menangis kegembiraan pada pepagi Jumaat 10.4.2009 bila first time aku buat pregnant test keluar double line...tak pernah ku sangka Allah telah memakbulkan doa kami suami isteri..

TAG 6 RAKAN ANDA

Aku terpaksa TAG korang... ada masa buatlah..
1. kak Roshaniza (ni kak ros yang suruh letak tau)
2. Kak Pah
3. Syazadina( ko lah eera)-jgn lupo
4. Mimie
5. Mariah
6. Intan

Tuesday, June 16, 2009

musim durian datang lagi..

semalam aku cuti.. ambik cuti ganti YDA ari sabtu baru ni.. kebetulan plak kena first checkup kat klinik kerajaan Selayang Baru.. balik dari klinik, aku membongkang sampai petang.. tetapi tengahari tu.. Ala balik bawak bekal nasi bungkus untuk isteri dia ni.. petang tu baru makan..dalam kul 7 Ala call tanya nak makan durian tak.. kalau nak makan dia akan beli kat tepi jalan masuk kawasan rumah aku tu.. tapi dengan syarat tanak pulut ngan masak air gula merah dulu.. kiranya kalau balik dah boleh terus makan.. balik je rumah, siap dengan santan dan juga buah durian 4 biji.. beli 3 RM10 percuma sebijik.. Jeng,jeng, jeng nilah hasilnya...

ini baru bukak 2 biji.. isi dah berlambak2..

pulut tanak...

makan malam yang mewah...


kakak kat sebelah rumah siap sound lagi... jangan makan banyak sangat.. nanti panas.. aku rasa aku makan dalam 3 -4 ulas jer.. tapi malam tu, memang tak dapat nak tidor... panas giler.. sampai ke dalam aku rasa panas..rasa cam dah tak nak makan durian lepas ni.. tapi 2 biji lagi kat rumah tu sapa plak yang nak abiskan.. camno ni..