Friday, December 4, 2009

Debaran menanti ..


Hari ni dah 39 minggu 3 hari... lagi 4 hari akan sampai due... 8 Disember 2009.. tak sabar rasanya menanti saat itu..

"Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada didalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu...Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu... "

"Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal...Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam...Amin..."


Kepada kawan2 yang mana mengenali diriku.. ampunkan segala kesalahan yang pernah aku lakukan samada secara secara sengaja ataupun tidak sengaja.. doakan semoga aku selamat melahirkan bayiku ini.. . halalkan makan minum.. sori ye semua... sehingga jumpa lagi..

2 comments:

Wati said...

Epa, penantian selama bertahun2 dah bakal berakhir..alhamdulillah! K.ti tumpang gembira bila dgr berita Epa pregnant (masa awal2 dulu la)..walaupun dgr dari mulut org lain je..huhu..okla...all the best! good luck! Jgn lupa khabarkan berita gembira nnt ek! semoga semuanya selamat..

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

ipah..hg dah nak bersalin ek..tahniah dan aku doakan hg selamat semuanya..moga mendapat penuh lindungan dari Allah SWT..amin..