Thursday, September 29, 2011

Sambutan Raya TSSSB...

Ni lak keesokkan harinya ada jamuan seluruh warga TSSSB... bertempat kat atas roof top .. paling tinggi kat menara ni... kitaorang paling awal sampai.. makanan baru nak hidang.. antara special nyer sate, kambing bakar, soto dan bermacam2 lagi... meja paling penuh adalah meja kitaorang..

gambar reramai dalam opis


 gambar reramai kat atas menara..

 bergambar dengan cfo

Seperti sebelum ni boleh gak jengok blog kawan2 opis aku...

tata..

Raya Finance 2011

Tengok tajuk dah tau seisi alam aku nak update cite pasal raya kat Finance baru ni.. aku dah malas nak tulis ape2 dan nak download ape2 sebabnya kalu nak tengok gambar lain boleh jengah blog member lain tiegadies, Afne, kak ros, Deela dan nisa..

Finance yang ceria..

birthday girls July until Dec..

ni lah mee kari yang ramai2 dok siapkan bahan2 tu....

Friday, September 23, 2011

Sehari sebelum Jamuan Raya FCD

Alkisahnya,,,,

Kitaorang kat Finance ni nak wat open house.. memasinglah unit ditugaskan untuk menyediakan potluck sendiri.. Untuk unit CDM diberi peluang untuk menyediakan laksam dan juga mee kari.. so laksam kitaorang order jer kat tingkat 2, yang mee karinyer Nissa cadangkan masak sendiri.. so kitaorang berpakat nak menolong sediakan bahan2nya.. untuk 100 orang makan.. banyak tul kitaorang soping ari tu..

ngan zaza..

nak pilih mee..10 kilo tu..

dalam dan luar NSK pun sempat bergambar..

kat rumah Nissa..

Afiq yang mesra... ngan sape pun nak..
masa ni jiwa, hati dah tak tenang.. teringat Dinie Irsyad kat rumah

Petang tu kitaorang bertiga berjumba jumbi kat NSK Selayang.. mencarik bahan untuk masak mee kari.. lepas ni boleh ler dah tahu agak nak masak untuk 100 orang.. sape nak order mee kari tempah jer kat kitaorang.. hahaha..dalam kul 6 petang baru siap membeli.. pahtu berangkat pulang ke rumah Nissa kat Sentul.. Dalam kul 9 mlm baru ada pembantu 2 orang datang.. Iqa dan Diela.. Dalam kul 11 lebih baru balik rumah.. letih giler beb.. esoknya tu baru masak bahan2 tadi..klu masak malam tu takut lak basi kan..

Thursday, September 22, 2011

Ketupat dari kampung...

Salam..

Cuti 3 hari baru ni member opis balik kampung.. so mak kirimkan ketupat untuk cucunya.. alah bagitau je cucu nak makan, cepat jer sampai.. kalu aku nak makan disuruhnya balik kampung..hahaha..sedap.. tapi kenalah kukus balik..semalam pun balik keje kukus balik pahtu makan ngan serunding.. terpikat beb.. kalau baru buat lagi best ..ini dah berhari2 tapi sedap jugaklah..nak makan fresh kenalah balik kampung..

Thank kepada Hafiz member opis sebab sudi pi ambik kat Lahar Yooi tu.. boleh ler kenal2 ngan Hafiz ngan sorang tu.. amboi dalam diam2 yer Hafiz..haha..

banyak tul.. tu pun dah bahagi dua makan kat rumah Nissa

mula2 bawak balik.. terus bukak peti tutup peti makan ketupat..

ni yang latest makan... tengok suka benar Dinie Irsyad
makan ketupat..

Semalam ada lagi 4 ketul dalam peti.. malam karang kita makan lagi yang penghabisan itu.. hehe.. nanti tok buat lagi kat Dinie yer..

Friday, September 9, 2011

Suasana riang di hari raya... Syawal 2011

Salam,

Jelous tengok kengkawan lain update blog citer pasal raya.. akhirnya aku pun nak jugak download gambar raya tahun ni.. ambik kat penang je banyak.. kat kelantan kureng ado.. tu pun ambik ngan handset jer.. jadikler.. janji adakan.. tahun ni malam raya aku boleh tido kul 9 lagi.. Dinie Irsyad nak tido so aku pun join sekali.. dah terlepas pesta bunga api ngan mercun kat rumah makjang aku.. orang pakat riuh rendah kat luar rumah aku boleh plak tido terbongkang depan tivi.. penat sangat kot..

Pepagi raya, adik dok sibuk iron baju raya semua orang.. pahtu siap mandi sunat Aidilfitri diorang berangkat solat raya.. ada kan 3 orang tu bleh plak terlepas solat raya.. last2 pi solat kat surau kampung sebelah sebabnya bangun lambat.. kul 8. 30 pagi baru kelam kabut bangun nak mandi..isy, isy, isy..

Dinie Irsyad tak bangun lagi time tu.. leh ler aku boh kuih raya dalam bekas.. sepatutnya malam2 lagi dah masukkan.. tapi kan tido awal... kelam kabut lah sikit.. kemas2 ape yang patut..bila dah mandikan Dinie Irsyad pakaikan baju melayu.. bersongkok lagi.. dahtu tak buang2 atas kepala.. sejuk kot bila bersongkok.. balik jer diorang dari solat, bermaafan lah di hari raya.. konsep kitaorang beraya ni takdelah duduk pahtu bersalaman.. jumpa jer salam.. klu ayah dok tengah makan ker, berentilah kejap beraya.. camtulah.. teringin gak tengok famili orang lain kan ... cam mak ngan ayah duduk, yang lain beratur bersalam.. nantilah tengok tahun depan or raya haji ni..kita try buat..

pahtu kitaorang makan2 dan bergambar sekejap.. pahtu layan orang datang beraya.. kat tengahari baru bertandang ke rumah mak sedara, jiran2 last sekali pi beraya kat kampung mak di seberang Kedah.. kat malam baru balik.. raya tahun ni walaupun tangan mak tak ok lagi.. tapi tetap buat ketupat palas untuk anak kesayangan dia ni.. terharu rasanya.. nampak susah payahnya bila dia nak bungkus ketupat tu.. ye lah tangan kanan lak tu yang kena mesin ari tu.. dia bungkus aku tolong ikatkan.. tapi masa nak ketatkan tu.. tengok lah dia bersungguh2 nak buat.. terima kasih mak..

adik dan Dinie Irsyad..

beramai2 dalam rumah

beramai2 depan rumah..

my famili

aku ngan mak

my famili

mak ngan adik2 Ilham ngan Hairi

Dinie Irsyad asik kutip kacang jer..

tok sebelah ayah..

mak ngan ayah.. dah nampak kurus kan..

Esoknya , pagi2 dah berangkat ke Kelantan.. sampai jer dalam kul 12.30 tengahari.. tengok ipar duai dok tengah cucuk sate.. dalam 7 ekor ayam gak lah kena sembelih dan sedikit daging.. sedap woo.. smpai ke malam membakar.. yang datang petang tu famili biras yang baru kawin bulan 6 tu.. kak ipar aku buat nasik himpit lagi.. kuah kacang yang memang marvelous.. sedap gilek tak boleh nak cakap...hahaha..

ni plak gambar masa pagi raya kedua..

sama jugak..saja nak berposing

Dinie Irsyad tersenyum riang tengok banyak mercun..
dia ingat mercun ape yang buang kat lantai meletup tu.. hah mercun bawang kan..
mercun yang banyak tu mercun kena cucuh api baru meletup

muncung jer.. orang soh senyum dia buat muka gitu..
aku lom ajar buat muka senyum camner kot..

korang pernah tengok buah ni.. nama dia buah khiyat..
rasa cam masam2 skit;

Pagi raya ketiga ingat nak berkelah kat Lata ape ntah.. tapi hujan plak turun.. so aktiviti hanya menziarah rumah2 sedara Ala.. sampai ke malam gak.. hari sabtu ingatkan dah nak balik KL tapi Ala plak nak tabur baja ngan meracun kat ladang getah dia.. tak siap pun.. tapi kitaorang dah upah orang untuk meracun nanti.. hari Ahad pagi baru balik ke KL.. tu pun jalan clear sampailah ke Bentong, jem giler.. dari 12.30 sampai 3 petang.. tu pun ikut jalan Gombak lama.. takpe lah janji sampai.. kang esoknya nak keje lak kan..

Monday, September 5, 2011

Korang percaya tak???

Salam,,,

Korang percaya tak..

Sebelum raya aku berjaya siapkan 4 jenis biskut walaupun ada gangguan daripada Dinie Irsyad..bukannya per.. saje je nak try bikin biskut sendirik.. tanpa beli2.. dapat juga dalam 2 bekas setiap biskut.. boleh makan masa raya dan juga bawak balik kat mentua.. feel gembira abis.. bila mentua makan tak henti2..

Biskut 1: Tart Blueberry..

Biskut 2: Snow Almond

Biskut 3: Cornflake Aiskrim

Biskut 4: Biskut Red Pearl

Resepinya.. semua ikut internet.. menjadik jugak.. siap 1 jenis ambik gambar.. nak tunjuk bukti aku yang buat..hahaha..tahun depan boleh try lagi..