Jelous tengok kengkawan lain update blog citer pasal raya.. akhirnya aku pun nak jugak download gambar raya tahun ni.. ambik kat penang je banyak.. kat kelantan kureng ado.. tu pun ambik ngan handset jer.. jadikler.. janji adakan.. tahun ni malam raya aku boleh tido kul 9 lagi.. Dinie Irsyad nak tido so aku pun join sekali.. dah terlepas pesta bunga api ngan mercun kat rumah makjang aku.. orang pakat riuh rendah kat luar rumah aku boleh plak tido terbongkang depan tivi.. penat sangat kot..
Pepagi raya, adik dok sibuk iron baju raya semua orang.. pahtu siap mandi sunat Aidilfitri diorang berangkat solat raya.. ada kan 3 orang tu bleh plak terlepas solat raya.. last2 pi solat kat surau kampung sebelah sebabnya bangun lambat.. kul 8. 30 pagi baru kelam kabut bangun nak mandi..isy, isy, isy..
Dinie Irsyad tak bangun lagi time tu.. leh ler aku boh kuih raya dalam bekas.. sepatutnya malam2 lagi dah masukkan.. tapi kan tido awal... kelam kabut lah sikit.. kemas2 ape yang patut..bila dah mandikan Dinie Irsyad pakaikan baju melayu.. bersongkok lagi.. dahtu tak buang2 atas kepala.. sejuk kot bila bersongkok.. balik jer diorang dari solat, bermaafan lah di hari raya.. konsep kitaorang beraya ni takdelah duduk pahtu bersalaman.. jumpa jer salam.. klu ayah dok tengah makan ker, berentilah kejap beraya.. camtulah.. teringin gak tengok famili orang lain kan ... cam mak ngan ayah duduk, yang lain beratur bersalam.. nantilah tengok tahun depan or raya haji ni..kita try buat..
pahtu kitaorang makan2 dan bergambar sekejap.. pahtu layan orang datang beraya.. kat tengahari baru bertandang ke rumah mak sedara, jiran2 last sekali pi beraya kat kampung mak di seberang Kedah.. kat malam baru balik.. raya tahun ni walaupun tangan mak tak ok lagi.. tapi tetap buat ketupat palas untuk anak kesayangan dia ni.. terharu rasanya.. nampak susah payahnya bila dia nak bungkus ketupat tu.. ye lah tangan kanan lak tu yang kena mesin ari tu.. dia bungkus aku tolong ikatkan.. tapi masa nak ketatkan tu.. tengok lah dia bersungguh2 nak buat.. terima kasih mak..
Esoknya , pagi2 dah berangkat ke Kelantan.. sampai jer dalam kul 12.30 tengahari.. tengok ipar duai dok tengah cucuk sate.. dalam 7 ekor ayam gak lah kena sembelih dan sedikit daging.. sedap woo.. smpai ke malam membakar.. yang datang petang tu famili biras yang baru kawin bulan 6 tu.. kak ipar aku buat nasik himpit lagi.. kuah kacang yang memang marvelous.. sedap gilek tak boleh nak cakap...hahaha..
Dinie Irsyad tersenyum riang tengok banyak mercun..
dia ingat mercun ape yang buang kat lantai meletup tu.. hah mercun bawang kan..
mercun yang banyak tu mercun kena cucuh api baru meletup
dia ingat mercun ape yang buang kat lantai meletup tu.. hah mercun bawang kan..
mercun yang banyak tu mercun kena cucuh api baru meletup
Pagi raya ketiga ingat nak berkelah kat Lata ape ntah.. tapi hujan plak turun.. so aktiviti hanya menziarah rumah2 sedara Ala.. sampai ke malam gak.. hari sabtu ingatkan dah nak balik KL tapi Ala plak nak tabur baja ngan meracun kat ladang getah dia.. tak siap pun.. tapi kitaorang dah upah orang untuk meracun nanti.. hari Ahad pagi baru balik ke KL.. tu pun jalan clear sampailah ke Bentong, jem giler.. dari 12.30 sampai 3 petang.. tu pun ikut jalan Gombak lama.. takpe lah janji sampai.. kang esoknya nak keje lak kan..
No comments:
Post a Comment