Saturday, February 23, 2013

sambut besday


Tengok tajuk sambut besday.. besday bff Dinie Irsyad iaitu Firdaus.. Aus ni baru cukup 3 tahun bulan ni.. mama dia buat makan2 sempena besday dia.. kitaorang pun tak ingat sebenarnya tarikh besday Aus ni.. bila dah jemput baru lah teringat.. klu dah pergi rumah orang Padang mestilah ada bakso.. so petang tu kitaorang makan bakso.. siap ada aiskrim lagi..makanlah banyak mana ko nak makan sebab pakcik Aus ni jual aiskrim.. ada juga jiran buatkan karipap, puding dan macam2.. aku... takde plak nak masak2..kat rumah sendiri pun dah jarang masak..jarang ke tak masak langsung???hehe

Dua budak ni memang BFF sejati..klu sorang dari bawah laung nama,,orang kat atas dah tak senang duduk..tetiba jer dah dengar suara kat bawah... sama juga klu orang atas laung nama,, orang bawah dah ada kat atas..tapi sekarang ni diorang  main time cuti hr ahad jer..dulu ye lah..Aus ni jiran sebelah rumah pengasuh Dinie yang jaga..sekarang mama dia hantar kat nenek dia kat Padang Balang..Malam pun dah tak boleh nak naik turun sebab gelap..almaklumlah kan...lampu blok telah diblockedkan.. sebab ada orang tak hingin bayar maintenance RM10 sebulan tu..menyusahkan jer..

Nilah gambar masa majlis tu.

 besday orang lain, orang lain sibuk jer..

 pandai jugak Dinie nyanyi lagu besday to you..hehe

 dah kalut time ni..


balik rumah carik lagi makanan lain..sebabnya budak ni tak suka makan bakso..
ayam goreng jer..

Friday, February 22, 2013

Dinie ajak mandi sungai

salam,

Tengok tajuk pun tau kan.. kisah mandi sungai.. kali ni berkunjung lagi kat FRIM... nak masuk kat air terjun tu pun kena bayar RM6.. sebelum ni RM5 jer.. tahun baru bayaran pun baru..Hari sabtu baru ni bangun-bangun tidur Dinie ajak mandi sungai.. dia kata nak mandi kat tasik ada layang2... seingat aku tasik ada layang2 kat tasik metropolitan tu jer.. mana boleh mandi kat situ.. last2 Ala bawak pi FRIM..Kitaorang  beli breakfast kat luar dan makan kat pondok kat tepi sungai tu..orang ramai tapi pondok takde orang..mula2 pelik gak pondok tu kotor ker..ghupa2nya orang dok sibuk mandi2 kat situ dan duduk kat batu batu besar tu jer..kitaorang yang makan kat pondok tu.

Kebetulan masa tu ada amazing race anjuran majalah Mangga.. aku memang perasan minah sorang ni.. semua orang dok tegur dan dok bergambar ngan dia.. sape dia ni.. rupanya Emma maembong tu.. cakap ngan Ala..dia kata tak kenal pun nama tu.. tulah gosip artis tak ambik tau.. artis femes pun tak kenal.. rupanya ramai jugak artis yang join amazing race tu.. tapi banyak artis baru.. siap ada karaoke lagi dalam hutan tu..nasib baik takde yang lain  turut join..hehehe
 

 tengah tunggu abah beli breakfast
 
 mama buyong tengah kelaparan hehehe

 breakfast merangkap lunch

 tengah merajuk sebab tak sabar nak mandi. time ni baru je nak makan

 akhirnya dapat masuk dalam air


 bukannya nak mandi..asik dok tolak lori dalam air jer.

 mama...peace

dah puas main air terus ajak balik rumah..sejuk katanya

Dalam kul 1 lebih kitaorang layankan si Dinie mandi sungai tu.. tak naik atas..dok kat bawah jer.. renjis2 air tu.. letak pasir atas lori dia bawak..tu jer..pahtu mandikan sekejap.. baru balik. Balik tu singgah opis Ala jap..amik buah salak yang dia tanam tu. Berhasil jugaklah tanaman dia.. banyak jugak buah yang dah boleh makan..manis tak kelat pun. pahni boleh jadik petani berjaya..

Tuesday, February 12, 2013

Makan angin kat Bukit Tinggi


Salam di pagi selasa,

Alkisahnya lama tak berbloging sebabnya saya terlupa password...Almaklumlah kan ari tu email lama tak boleh upload gambar kena tukar yang baru. Bila tukar tak ingat plak password..godek2 baru terjumpa password aku tulis ari tu.. so barulah dapat berblogging.
Entry pertama ni kisah pasal makan angin kat Bukit Tinggi. Dah lama dok tengok blog kawan2 bercuti kat Bukit Tinggi so baru ni masa cuti Thaipusam barulah berpeluang menjejakkan kaki ke sana.. bayar tol RM5  kat Tol Gombak tu terus carik sign board Berjaya Hill. Pi pun dah tengahari... suasana takdelah sejuk sangat.. nak masuk situ kena bayar dewasa RM12. Dinie masih free.. tu pun ingat kena bayar tapi orang kat kaunter tu kira 2 dewasa jer.. so jimatlah kan..pahtu kitaorang carik Colmar Tropicale. Simpang satu lagi ke japanese Village.

kami ke Colmar Tropical dulu.. kat situ dapat lah tengok suasana  Perancis.. kami parking kat basement hotel kat situ.. Kat Colmar Tropical ni semuanya berkonsepkan perancis. yang paling best si Dinie nilah... sempat main games lah.. ada games tembak2, games buang duit semua tu.. tapi abis lah jugak sebab anak dok mengamuk nak main..

Cantik gak pemandangan kat sini siap ada angsa dalam tasik.. jambatan cantik, bangunan cantik.. tak rugi lah klu sekali sekala datang sini. tapi dengan syarat bawak makanan dan minuman sendiri tau..kat sini harganya adalah tersangatlah mahal..
















Dinie menang dapat hadiah bear kecik tu...dapat kait itik ada nombor 3..


pemandangan dari atas bangunan tinggi..
Pahtu bila dah abis bergambar kitaorang ingat nak baliklah.. sebab tak tau apa tempat lagi menarik kat sini.. sampai kat tempat tunggu bas tengok orang ramai2 beratur.. kita orang pun tanpa rasa segan tanyalah korang ni nak kemana..diorang cakap japanese Village..

so bila lori angkut tu smpai kitaorang pun naiklah. dah tak kena bayarkan.. sampai je kat atas tu..mak ai tingginya bukit.. aku dah tak mampu nak naik..tapi bila tengok Dinie dah laju panjat tangga terpaksalah ikut..termengah2 jugaklah mak buyong ni nak brtapak..sampai jer atas tu dah tak tau nak pi mana,,, so takdelah jumpa air terjun buatan yang cantik,japanese tea house , tatami spa dan adalah lagi tempat pemandangan yang cantik.. aku sekeluarga sempat sampai kat papan tanda selamat datang japanese village tu jer.. pahtu terus turun balik.. 


rasanya mcm amik gambar banyak kat japanese village tapi carik2 tak jumpa.. adakah terdelete?? nilah
bukti aku panjat sampai atas..hehe


kat sini kita boleh naik terus ngan kereta.. banyak jugak kereta parking kat sini..masa pusing balik tu dengar makcik tu cakap larat jugak orang mengandung panjat bukit yer.. hehe... 

OTW balik ke colmar Tropicale tu nampak orang hutan.. macam melawat zoo plak..dalam kul 2 lebih kitaorang dah balik rumah... saja je pusing2 nk abiskan cuti panjang..