Tuesday, April 28, 2009

Mc Chicken plak hari ni..

Hari ni aku lunch makan Mc Chicken yang set RM5.95 tu.. sebabnya tak tau nak makan ape.. secara kebetulan ada lak sorang tu nak juga order so ramai2lah order McD ari ni..disebabkan aku dah tak minum air bergas ni.. so aku tukar dengan ice lemon tea..total perbelanjaan ari ni RM7.50 plus delivery..tak berapa puas hati sebab aku tak berapa suka makan Mc Chicken ni tapi disebabkan double cheese burger takde plak sekarang ni, aku terpaksalah makan yang lain.. mentang2 mendalah ni laku, dah tak nak jual plak burger kesukaan aku ni..hampeh tul..dan seperti biasa bila dah makan ni mesti nak ada sesi bergambar.. rasanya aku makan McD ni hari khamis minggu lepas.. ish,ish,ish

nampak menarik kan..

dan seperti biasa model McD untuk ari ni aku dan juga kak Ros..makan jangan tak makan..

Selamat Hari Lahir Ayah..

Lirik lagu AE-MAN

Ayah

ketika kejauhan masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka

tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....


27 April 2009 [Isnin]
Selamat Hari Lahir Ayah.....
yang ke 52 tahun... muda lagi kan Ayah.. semoga Ayah panjang umur....
dimurahkan rezeki....diberi kesihatan yg baik....
dan diberikan seramai mungkin cucu.. tunggu ye Ayah.. dah tak sabar nak jadik Tok Wan ker..


Ayah Aku;;;


-Di lahir & dibesarkan di Pulau Pinang....(bukan anak mamak tau.. tapi campuran Tokwan aku ngan Tok aku keturunan Arab Yaman-cuma dia gelap sikit berbanding saudara dia)

-Keje kat TM Butterworth dari tahun 1983 lagi...lagi beberapa tahun nak pencen..

- Garang tapi PENYAYANG...tapi aku cool jer bila kena marah sebab dia cuma tinggikan suara tapi tak pernah naik tangan kat anak2..

-Ada anak 5 orang [aku, Ilham, Fadli (dah meninggalkan kami masa umur 15 tahun-excident 2001), Hairi dan juga adik Zuliana)

-Dah kawin dengan mak aku selama 31 tahun...

-Belum lagi ada cucu.. sabar ye Ayah..

-Suka memancing.. sanggup ke laut tau untuk memancing.. tak jumpa laut, sungai kat tepi rumah pun jadiklah..

Semalam makan bubur Mek Dah..

Aduhai.. syoknyer malam tadi dapat makan bubur nasik favorite.. order petang malam baru dapat..bila si Nissa citer pasal dia makan bubur McD, aku pun terliur gak.. tapi bukan bubur McD tapi bubur Mek Dah..alkisahnya bubur ni last aku makan bulan puasa.. setiap kali bulan posa nilah menu sampingan kitaorang.. siap ada ikan bilis tambah, ngan sotong kering goreng.. tapi semalam nyer ambik yang ayam jer.. ikan bilis aku goreng sendiri kat rumah tambah bawang besar potong dadu dan letak cili potong.. sedap mak aih tak hengat dunia..semalam pun beli sebungkus jer tapi makan berdua sebab banyak sangat.. tambah itu tambah ini jadi 2 mangkuk sorang.. kenyang giler.. Ala beli kat Sri Gombak.. balik keje terus pi beli..

ni rupanya.. walaupun tak secantik bubur McD tapi wanginya tak boleh tahan.. sampai jiran sebelah rumah tegur makan bubur ker.. bau sedapnya.. nak bagi pun beli sebungkus jer..

ni mangkuk aku.. letak ikan bilis punyalah banyak..


tengoklah.. licin semuanya.. dari mangkuk bubur, mangkuk berisi ikan bilis, mangkuk makan bubur semua abis licin.. sedap sehingga menjilat jari..

Thursday, April 23, 2009

:.Rezeki jangan ditolak..

Ada orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik... jadik bile orang belanja jom ler join sekali.. syok tau dok opis ni.. asyik ada orang belanja jer.. tak kisahlah dia belanja ape janji kenyang. Dalam kul 4 lebih tu berpusu2 lah semua orang ke pantry.. nak prepared ape yang patut.. ari ni makan sandwich.. menu special Finance ni.. aku memang tak berapa sihat semalam tetapi turut serta dalam menyediakan sandwich ni.. setakat tolong kacau2 sardin, masukkan mayonis, tu keje aku.. yang potong2 orang lain..kita kena bahagikan keje baru adil dan saksama..
Terima kasih ye pada sesiapa yang belanja ni..lain kali belanja lagi..hihihi

nilah budak2 yang selalu rajin dok kat pantry... actually ada lagi yang menolong tapi gambor tak de kat sini.. sorry..ari ni giliran orang lain buat teh O.. sedap jugak ye air Zila buat tu.. anak dara yang buat katakan..

tersengih2 kat pantry time ni.. suka sebab boleh makan dan mengelat dari buat keje..

ni aku dan kak ros.. tapi gambar ni bukan masa jamuan tu.. takpelah.. tengok aku ni asyik makan jer tak mengira waktu..

ni masa makan2 .. aku, nissa, kak pah ngan zack jer makan sandwich yang dibakar, orang lain makan sandwich biasa.. jangan marah.. special lah ni..tu pun bakar sendiri.. tak suruh orang tau..

Monday, April 20, 2009

Ahad...

Hari ahad tu.. bangun punyalah awal... dengar cite member Ala nak datang.. so kitaorang pun nak ler pergi pasar beli barang untuk masak... aku siap kemas rumah ngan basuh baju lagi.. Ala masih membongkang lagi atas katil lepas Subuh tu.. bila aku kejut dalam kul 9 lebih ajak keluar pi pasar dia cakap member tak jadik datang.. aku pun terus membongkang balik.. bangun dalam kul 11 pagi.. ajak Ala pi Selayang Murni makan roti canai..dah lama terliur nak makan roti canai tu tapi selalu tak dapat pergi.. roti kat situ cam kedai mamak lain tapi kuahnya tersangatlah sedap.. aku order roti telur, kuah dal ngan sambal bilis.. camtu gak dengan Ala.. lepas makan rasa tak cukup.. order lagi roti kosong bawak balik.. buruk lantak betul lah aku ni..hehehe

Balik tu singgah NSK.. ingat nak beli barang dapur.. tapi tak tahu nak beli ape sebab perut dah kenyang... beli beras jer sebab beras dah hampir habis.. ambik aiskrim coklat Nestle satu bekas..Sebenarnya Ala demam tu yang aku tanya nak makan ape, semua jawapan tak tahu.. so aku pun buat2 tak tahu jerlah tengahari tu.. balik rumah, dia sambung tidur lagi..kesian.. dah dua hari demam.. pagi ni pun masih lagi panas2 badan dan batuk2.. malam tu keluar ke klinik kat Samudra tu.. malam just masak maggi jer untuk alas perut..

Sabtu...

Pagi Sabtu baru ni dalam pukul 3 pagi , mak ngan ayah serta dua orang penduduk kampung datang rumah.. diorang singgah sebab baru lepas hantar Paksu ngan 6 penduduk kampung pergi Mekah buat Umrah.. Semuanya ditaja.. bertuah sungguh badan.. naik KL pun dapat habuan.. tu yang mak ngan ayah boleh sampai KL.. lagipun boleh singgah tengok anak ngan menantu mereka ni yang tak berapa sihat.. siap bawak cucur badak18 bijik.. tu yang paling syok.. kueh kegemaran aku..

Siap kemas tempat tidur diorang.. aku tidur bawah ketiak mak... dah lama tak tidor ngan mak.. tu pun malam tu siap mintak kebenaran Ala untuk tidur ngan mak.. dia kasik... so aku pun tidorlah dalam kul 4 pagi tu.. Dalam 8.30 pagi diorang dah bersiap2 nak balik kampung.. aku malas nak duduk rumah datang opis gak dengan pening2 kepala.. tak nak lah duduk rumah sesorang.. Ala pun keje pagi tu.. balik opis lam kul 3 petang.. aku terus tidor.. cover balik tidor tak cukup tu.. malam tu makan nasik goreng jer.. sebab aku malas masak lauk... mak ngan ayah sampai rumah dalam kul 11.30 malam.. rupanya diorang pergi Temerloh sebelum pusing Penang semula... rajin berjalan sungguh..

Monday, April 13, 2009

Exam MEdSI.. nak jadik cikgu..

Malaysian Educators Selection Inventory
(MEdSI) @ DPLI
*****************
18 April 2009 @ 9.00 am
SMK Gombak Setia, Gombak
First time ambik MEdSI.. dulu ambik KPLI tapi asyik tak dapat2.. so kali ni try lak MEdSI..
wish me luck!!
Nasib baik tempat exam kali ni dekat..
tapi nak pergi ke tak nak ni... kalau pergi pun.. kalau dapat.. nanti kena reject juga.. tapi kalau pergi boleh timba pengalaman..
Akan Ku fikirkan..

Thursday, April 9, 2009

Lelaki Ini...saje jer...

Kasih
Kenanganku ingatan saat-saat dulu
Kasih
Apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke manapun hendakku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan ke manapun arah
Angin ku berlari
Hati ini masih kau miliki
Lelaki ini


Yang selalu mencintamu
Selalu tanpa ragu ..Lelaki ini



Yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertahta dalam sanubariku
Sanubariku ooo...
Aku yang mencinta kamu


Hanya dirimuOh...
Kerana cintaku
Tak berbatas waktuku
Kerana cintaku
Tak mengenal jemu hatimu
Hatimu oo...
Yang bertahta dalam sanubariku
Lagu dinyanyikan oleh Nuar Jen... Romantik tak aku... aku takde benda nak update blog... ni gambar terbaru masa nak pi kenduri ahad baru ini.. nak ambik gambar pengantin, pengantinnya tak keluar2... dok berkepit jer dalam bilik pengantin..hahahaha

Monday, April 6, 2009

Sekadar renungan...


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya. Aminn..