"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".
Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa.. buat baik dibalas baik buat jahat di balas jahat.. so kesimpulannya.. di waktu tengahari sabtu baru ni time aku tengah memikir apelah nak masak untuk suamiku tetiba je terdengar ketukan pintu.. ai sapelah datang umah plak time ni.. fikir aku.. jeng-jeng-jeng.. rezekiku dan Ala ari ni.. ikan keli masak lemak cili padi..
Rupanya Kak Ani, jiran sebelah rumah aku ni masak lebih kot ari ni.. lagipun dia nak pulangkan semula bekas yang aku bagi ari tu.. aku hantar bubur asyura dah lama tapi mungkin dia malu nak antar bekas kosong.. so ari tu dia bagilah lauk ni kat aku.. Kak Ani ni orang Kelantan so masakannya begitu menambat ati Ala.. Ari tu aku just tambah ikan masin iaitu "ikan sebelah nabi" yang dibuat jeruk dan juga sambal terung macam nissa buat tu..masak nasik seperiuk abis tau.. ni penangan ikan keli masak lemak cili padi tu ler..
Nasib baik kak Ani tak bagi ikan keli yang hidup kat aku.. mahunyer aku letak je ikan keli tu dalam baldi.. Ala balik baru dia tolong siangkan.. Suami kak Ani ni penjual ikan.. Oklah kat sini aku letakkan resepi untuk masak ikan keli ni.. bukan saja buat masak lemak sedap, goreng berlada pun sedap.. goreng ngan kunyit tu pun lagi sedap..
Ikan Keli Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahan :
1 kilo ikan keli
1 kilo ikan keli
3 ulas bawang putih
9 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
1 mangkuk santan pekat
Sedikit santan cair
Sedikit daun kunyit
belacan
Sedikit garam
Sedikit perasa
Cara-Cara :
1. Tumbuk cili padi, bawang putih, belacan sehingga lumat.
1. Tumbuk cili padi, bawang putih, belacan sehingga lumat.
2. Masukkan ikan keli dalam periuk. Campurkan dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk.
3. Masukan santan cair. Kemudian didihkan pada api yang sederhana.
4. Apabila sudah mendidih masukkan pula santan pekat, garam dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih.
5. Akhir sekali taburkan dengan daun kunyit yang dipotong halus tadi.
No comments:
Post a Comment