Sunday, March 11, 2012

Dinie Irsyad ada tonsil???

Salam,

Entry malam  ni berkisarkan Dinie Irsyad.. dah  2 hari asik muntah2 lepas makan, pahtu bagi ubat pun muntah.. dah batuk2 dan selsema.. ari ni pun masih lagi macam tu.. tapi aktif macam biasa... tu pun dah tido..dah 2 malam kul 8.30 dah tido.. Ala pulak dah 2 malam ada kecemasan.. tak balik rumah.. so tinggal berdua ngan Dinie Irsyad jer..tadi petang dia balik sekejap untuk bawak Dinie Irsyad ke klinik.. doktor cek kata ada bengkak kat bawah tekak dia..kiri dan kanan..pahtu siap citer akan ada operation untuk buang jika tonsil tu teruk.. apelagi aku pun dah mengelabah camner lah nak operate dengan keadaan Dinie Irsyad macam tu..tak dapat bayangkan kecuali doktor bagi ubat bius ker atau pengsankan dia ..tapi buat permulaan ini doktor bagi ubat.. ada ubat antibiotik, ubat batuk, ubat selsema dan ubat demam.. kita tengoklah camner keadaannya lepas ni..

Tanda-tanda yang doktor bagi tu sama sebijik apa yang dialami Dinie Irsyad sejak 2 ari ni.. susu pun kurang minum..makan nasik muntah2,,pahtu ada batuk2 dan selsema.. tapi klu sakit tekak tu entahlah.. mungkin dia batuk sebab dia sakit tekak..pahtu plak dah bengkak.. tapi takdelah teruk kot.. sebab aku tau ada lagi budak yang kena tonsil asik nangis2 dan mengadu sakit sampai kena bagi ubat tahan sakit..Pahtu ada jugak orang kata dgn mkn eskrem boleh membantu mengecutkan tonsil yg bengkak.. nanti nak kena cubalah.. hrp2 cepatlah susut bengkak tu.. nasib baik Dinie Irsyad suka minum air masak yelah takut karang jadi dehidrasi..kadang tonsil ni akan datang 3in1, batuk selsema demam + tonsil. tapi demam belum kena lagi..harap2 tak kenalah kan..

Info mengenai tonsil

TONSIL

Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.
Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.

Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi orang dewasa, tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya.Untuk kes tonsil yang teruk, tonsil membengkak dengan saiz besar sehingga pesakit sukar bernafas. Jika berdepan situasi sebegini, pembedahan dilakukan menggunakan kaedah ‘hot tonsilektomi.

Tonsilitis boleh berlaku akibat jangkitan:
  • bakteria (perlu rawatan antibiotik)
  • virus (tidak perlukan antibiotik)
  • parasit dan fungus (cendawan tumbuh kat tekak? Tidakkk!! :p) yang agak jarang berlaku.
Tanda-tanda awal jangkitan ini ialah
  • sakit tekak
  • kering dalam mulut dan bibir merekah.
  • demam
  • sakit-sakit badan.
Rawatan awal yang boleh dibuat ialah
  • berkumur dengan air garam
  • minum air kosong atau teh (chinese tea atau green tea, jangan minum teh tarik pulak, tak sesuai).




2 comments:

Liessa said...

kak effa sama la mcm afiq dulu..org pernah cita kan..dokter pun ckp hal yg sama gak..klu tak elok leh sampai kene operate..tapi InsyaAllah bg je ntbiotik yg dokter bg tu sampai habis..n cuba bg eskrem vanila..ilang nnt tu..afiq lak dulu smapai demam pun ada..

biasa la kan budak..kadang suka kutip mainan n terus masuk mulut..suka isap..tu yg kene tu..harap dinie cepat sembuh yek..

Zie said...

Ala siannya... mudahag tak ben cepat sembuh...
laki aku 2 tahun lepas baru operate coz tonsil... yelah mana taknya asyik demam, batuk yg tak berkesudahan