Wednesday, April 25, 2012

Port Dickson, Here We Come!!

Akhirnya plan yang dirancang menjadi.. kita reramai adakan aktiviti perkelahan kat PD..dari ramai orang tinggal sikit orang tapi rancangan tetap berjalan lancar.. seronok bila ramai2 kuar dari kawasan opis… tambah2 berehat2 menghirup angin pantai.. rasa bebas sangat..dan rasa lapang sangat.. xtvt kami ni saje suka-suka jer.. daripada collection, beli barang, carik penginapan prepared makanan ,, suka2 kat pantai semua sama2.. takde beza jawatan kecik, jawatan besar semua bekerjasama.. tu yang paling best..muafakat membawa berkat… lagi cepat dapat makan..

  Hari sabtu 21 April,, hari yang kitaorang plan.. so pagi2 lagi dah bergerak ke rumah kak Ros kat Ampang.. aku ngan Dinie Irsyad saja yang join.. so aku tumpanglah kak ros yang naik berdua je ngan Adam.. wlaupun di dalam perjalanan berlaku  xcident kecik , ternyata ramai yang ingin membantu.. kereta kak ros dengan viva bergesel.. viva tak teruk tapi keta kak ros abis lah jugak kos nak membaikinya.. daripada nak sampai awal ke pantai purnama, kitaorang 2 bijik kereta berkumpul kat balai polis senawang…pahtu pergi plak balai polis Seremban 2.. baru settle semua.. 




Yang lain semua dah sampai kat pantai dan bila kitaorang sampai dah siap semua dengan bakar ayam, ada yang dah mandi pantai,, yang sedang makan pun ramai gaklah masa tu.. kan tengahari.. semua kelaparan.. pah pekena nasik ngan ayam panggang serta sosej,, terus tarik Dinie Irsyad pergi pantai.. Masa tu angin amatlah kuat,,hujan lak renyai2..tapi xtvt tetap jugak kitaorang buat..




Banyak lah jugak makanan disediakan,, dengan nasik lemak, air kotak, air gas, nasik putih lauk sardin, telor dadar , ayam rendang, cekodok pisang, kek pisang yang sedap, nasik himpit kuah kacang, apam dot-dot, roti lah, dan yang paling best bila ada BBQ ayam, ikan dan sosej.. tambah2 plak ada orang buatkan sambal cili padi yang sedap





kedamaian menarik untuk cepat2 mandi...









Pah mandi,, ada aktiviti lain.. ada games,, cam2 games buat.. tiup belon sampai pecah lah, lari bawak bola pingpong dalam sudu, bola beracun, guna span penuhkan cawanlah.. walaupun tak menang,, semua orang sporting bagi kerjasama join games ni.. tak dapat hadiah pun tapi niat nak enjoy jer..









lastly bergambar beramai2..


anak bujang aku ni plak asik buat hal sendiri jer.. kadang2 aku nampak kadang2 aku tak nampak.. lari sana lari sini..sungguh menakutkan bila tak nampak dia..



Petangnya kitaorang berangkat ke homestay masing2 yang sudah dibooking sebelum tu lagi.. 3 rumah semuanya..tunggu depan pintu pagar politeknik PD.. pahtu semua orang dah penat giler.. aku kongsi rumah ngan Afne, kak ros, ngan hajar..kat bawah ni master bedroom.. sangat cantik..


balik rumah rest2 dan malam baru kuar jalan2 pi pasar malam.. dapatlah souvenier kenangan PD.. aku beli t-shirt kat Dinie Irsyad jer..





No comments: