Wednesday, March 4, 2009

KL menjerit dan aku pun menjerit..

KL menjerit.. banjir lagi.. dan akibatnyer semalam beribu-ribu warga kota terperangkap sama ada dalam bangunan, di jalan raya atau di stesen bas dan LRT berikutan hujan lebat sejak jam 3 petang yang menyebabkan banyak jalan ditenggelami air antara satu hingga dua meter. Sistem pengangkutan awam juga tergendala di mana sehingga sehingga jam 8 malam, orang ramai masih berpusu-pusu di perhentian bas dan stesen LRT untuk pulang ke rumah masing-masing. Rangkaian Pengangkutan Integriti Deras Sdn Bhd (RapidKL) pula menghentikan perkhidmatan di semua rangkaian perkhidmatan Kelana Jaya Line pada 6.09 petang berikutan terputus bekalan elektrik. RapidKL berkata perkhidmatan LRT akan terus tergendala sehingga bekalan elektrik pulih sepenuhnya.


Dan mangsanya seorang ialah AKU... masa aku sampai kat LRT Abdullah Hukum.. tengok ramai orang dok lepak kat bawah.. sorang kakak tu cakap dik, takyah naiklah LRT tak gerak dari tadi lagi.. aku pun gelabah jugak dah ler Ala ari ni tak bawak telefon.. nak tak nak aku pusing balik ke opis...lagipun dah nak Maghrib.. dalam nak balik ke opis teringat member sorang naik LRT dan dah balik sejak 5.30 lagi.. aku call dia kebetulan lak dia memang lalu kat Ala parking kete.. Last2 Ala yang datang ambik kat opis dalam kul 9 malam.. letih giler dok tunggu dia dahler letih berjalan ulang alik kul 7.30 tu ke opis balik.. tapi takperlah bukan selalu pun.. Dalam kul 10 baru sampai rumah.. lagipun tersangkut dalam jem kat jalan Mahameru..

No comments: