Tuesday, March 10, 2009

cuti lagi.. Hari Maulidur Rasul..


Salam Maulidur Rasul 1430H... Selawat & salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w..

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 . Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul..Seperti biasa setiap negeri akan mengadakan perarakan bagi mengenang kembali sumbangan baginda sebagai nabi terakhir yang diutus ALlah.
Semoga kita dapat menghayati perjuangan baginda dalam menegakkan syiar Islam di mukabumi. Sambil itu marilah kita bersalawat bagi memperingati hari keputeraan baginda..
---------------------------------
Walaupun cuti panjang selama 3 hari.. aku ngan Ala tak balik kampung pun.. lepak kat KL jer.. Dari hari Sabtu aku tak kemana2.. paginyer aku datang opis buat OT.. sampai kul 12.30 aku balik.. lepas makan tu tidur sampailah petang.. Ala pulak pagi tu keje.. tapi balik rumah bawak 3 ekor ikan talapia.. pelik gak.. rupanya sambil pi keje, sambil memancing kat kolam kat Selayang tu.. kiranya rezeki aku buat talapia masak pedas lah ari tu.. malam tu barulah keluar pi Giant.. nak carik selipar baru.. bukan aku nyer tau.. laki aku nyer.. seliparnyer tapak dah tertanggal..

Lauk ikan talapia masak pedas.. ditemani telur dadar letak kicap..letak atas paper jer sebab makan depan tv..nak tengok citer hindustan ..

-----------------------------

Hari Ahad

Hidup berjiran... hari Ahad tu penuh dengan aktiviti bergotong royong memasak untuk menyambut Maulidur Rasul.. makan malam tapi memasak sebelah siang.. lepas masak untuk tengahari.. aku bergegas turun untuk membantu buat persiapan.. malam ni makan menu utama makan bihun sup ngan ayam goreng.. tapi bila dah masing2 menyumbang so, ada jugak pengat pisang, kek, buah epal, dadih dan macam2.. tapi memang best.. kat tempat aku ni ada 4 blok tapi yang ada sambutan tu kat blok aku je F04.. so tak buat kat surau sebab surau dekat dengan blok F03.. yang sumbangkan duit pun dari blok F04.. karang kalau buat kat surau yang tak berkaitan pun nak join makan sama.. tu yang malas..


Kalau ikutkan hati aku malas nak join.. tapi karang Ala cakap aku ni anti sosial... tapi ari tu berlaku sebaliknyer.. aku turun menolong dia plak sibuk dengan aktiviti memancing.. nak marah pun ada.. dekat2 kul 8 baru balik.. tak ke aku hangin malam tu.. balik lak bawak ikan talapia jer 3 ekor lagi.. kalau sepuluh ekor ok gak..

aku sempat lagi masak pedal goreng kunyit, singgang ikan tongkol dan goreng ikan talapia sebelum turun tolong masak untuk jamuan tu..

Malam tu sambutan Maulidur Rasul start dalam kul 9 lebih.. kitaorang hampar tikar kat tempat parking kete jer.. so duduk lah beramai-ramai kat situ.. lepas selawat ke atas Nabi Muhammad.. barulah ada makan2... tak sempat nak ambik gambar sebab aku takut nanti tengah orang berdoa terkejut ada flash lampu hpon.. karang ada orang terkejut ingatkan petir.. tapi nasib baik sepanjang hari tak hujan... dalam kul 12.30 pagi baru settle majlis... penat beb kena basuh pinggan, basuh cawan dengan orang2 veteran kat blok ni.. sambil bual sambil melatah..tu yang best.. ada jer yang terkeluar....perkataan2 yang tak sepatutnya disebut...tapi aku suker tau ngan diorang ni.. aku ingatkan aktiviti tapau-menapau ada kat opis aku jer.. rupanya kat blok aku lagi ramai minah tapau... makanan tak abis semua nak ditapaunyer.. termasuklah aku yang telah menapau satu bekas pengat pisang...jange marah..

gigihnyer kitaorang potong memotong..aktiviti berlangsung kat laluan depan pintu rumah jer..

Kuah sup sedang dimasak.. semua kat dalam blok.. tingkat 1 lagi.. cuba bayangkan

Ni lak kat tepi blok.. tengah rendam bihun ngan celur sayur..

Gambar curik sebab tu tak clear.. aku takut diorang terkejut ...actually nak ambik gambar Ala tapi tak jelas lah plak..

-----------------------
Hari Isnin (cuti Maulidur Rasul)

Aku datang keje gak.. buat OT.. dapat double tau.. ramai gak yang datang.. masing2 ingin mengaut kekayaan pada hari tu.... Ala still cuti..lagipun hujan lebat kat area rumah aku.. so sleeping je lah dia seharian.. bila balik rumah mengadu lapor.. aku pun apelagi masaklah yang mudah.. ikan talapia masak stim ngan goreng telur dadar... goreng ikan kering 2 ekor.. so jadiklah juadah tengahari tu.. lepas tu aktiviti membasuh baju... lam kul 3 lebih lepas Zohor aku tidur.. malas nak keluar sebab hujan semakin lebat... Ala plak boring jer dok kat umah... tapi lantaklah aku pun malas nak keluar..karang keluar ada plak fulus melayang lagi.. baik aku duduk diam2 je kat umah.. selamat masa depan.. hihihihi

2 comments:

rossysweety said...

rezeki diberkati tak tu kengkawan??hehehe..telo dadar tak leh miss yek..

Alifaforever said...

telor dadar tak miss sebab ari tu beli 30 bijik.. tu yang ari2 makan telor tu...karang expired lak..