Monday, March 30, 2009

Malam Gelap Sedonia..

Salam,
Mari kita sahut seruan... kita akan menyertai lebih kurang 1 billion penduduk dunia dan lebih dari 35 negara. Usaha ini dilakukan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dunia untuk sama-sama menentang perubahan suhu dunia yag semakin meningkat. Caranya ialah dengan bersama2 memadamkan lampu selama 1 jam pada hari Sabtu 28 Mac 2009.. jam 8.30 malam hingga 9.30 malam..

Wajah ceria menunggu detik untuk bergelap... sempat lagi berposing.. sebenarnya ada tujuan.. lepas je detik 8.30 mlm aku akan keluar lepak kat pasaraya sebab pasaraya takkan tutup nyer.. takkan diorang nak rugi kot..

dah golap... blok aku F04 memang tutup lampu.. tengok blok lain masih bercahaya dengan gemilangnya.. rumah jiran aku siap tutup tv ngan kipas lagi..hahaha almaklumlah jiranku warganegara asing.. so diorang takut kena tangkap polis kalau tak tutup lampu...

Aku ambik kesempatan soping kat NSK Selayang... beli barang dapur.. asalnya pergi TESCO Selayang.. dah boring baru pi NSK.. beli ape yang patut lepas tu balik.. lam kul 1 pagi gak lah kitaorang balik.. pasaraya 24 jam.. tak heran orang masih ramai lagi masa nak balik tu..

Friday, March 27, 2009

bizi lagi di hujung bulan

salam...

minggu yang amat bizi...dah dua ari terlibat ngan stock take .. dah dua hari balik lambat.. dah dua hari asyik makan kat luar jer.. dah dua ari asyik nak marah2 orang jer.. nasib, nasib.. tapi dah keje..so kenalah tekun bekerja.. harap2 dapat jadik pekerja cemerlang tahun ni..hehehe.. untuk hari ni sibuklah jugak tapi masih ada masa nak update blog dan jelajah blog kengkawan.. lagipun rehat hari jumaat kan panjang.. dah kul 3 lebih pun masih tak de orang dalam opis.. semua keluar bershopping.. gajikan dah dapat... tengoklah nantilah aku update blog lagi..bila senang sikit dan yang penting kalau ada cite menarik...

Wednesday, March 25, 2009

ape ye...

salam kengkawan,

Tak tau nak update ape... semalam balik awal... sampai rumah dalam kul 6.30 ptg.. sampai je rumah tengok cite Spa Q.. walaupun asyik miss je tengok tapi semalam layan gak.. semalam tengok rasa kesian lak kat Qistina tu... dah masuk hospital lak.. tapi takpe pakwe mudanya ada kat sebelah.. lepas tu masak magi sebab ada permintaan orang tu nak makan magi.. senang cite rebus air masuk perencah letak cili letaklah magi.. siap dimakan.. aku tumpang je sebab aku dah makan roti coklat kismis Gardenia tu..minum susu IGC satu cawan.. cukuplah tu buat perutku semalam.. Lam kul 8.30 mlm tunggu cite Julia Juli.. takdelah plak.. dalam kul 10 mlm baru ada.. melayan cite Julia Julia berselang cite Desperate Housewife.. last last tak faham jalan cite sebab asyik tukar siaran jer.. lam kul 12 baru tidur.. esok mau kije..

Monday, March 23, 2009

Aktiviti sepanjang Sabtu dan Ahad



Nilah aktiviti yang aku buat sepanjang Sabtu dan Ahad baru ni... tidur,tidur,tidur..hahaha
Hari Sabtu petang baru keluar pi Setiawangsa.. hajat di hati nak carik buah durian.. teringin nak makan... sebab ape teringin????? mana ku tahu... Pasar Malam tu betul2 depan Jusco baru tu.. lepas pusing satu pasar malam, beli kuih bingka ubi 3 ketul dengan buah mangga 4 kilo.. alah yang 2 kilo RM5 tu.. ingat 2 kilo tu nak bagi kat Kak Zura..tak jadi beli durian sebab takut panas.... lepas tu terus balik.. malam dalam kul 9 lebih keluar pi kuaters guru kat SMK Seri Gombak.. asyik dok melayan baby Naim tu.. sambil tu tengok cite Derhaka Neraka.. Lam kul 12 malam baru balik.. lepas tu balik tengok cite ape ntah sampailah kul 2 lebih baru tidur...
Hari Ahad, aktiviti tidur lagi.. kul 6 ptg baru keluar pi Giant.. window shopping kat Giant.. tapi beli jugak tepung beras, santan, gula merah... last beli roti.. untuk sarapan pagi ni.. aku beli tepung beras, santan ngan gula merah tu nak buat per??? dah bancuh tapi belum goreng... nanti kalau menjadikkk aku update gambar ngan resepi sekali...hahahaha

Friday, March 20, 2009

Renungan Pagi Jumaat

Dosa Umpat Kekal Jika Tidak Diampun oleh Mangsa..

MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, “mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” (Hadis Riwayat Muslim). Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah, “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud).
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah bermaksud : “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Thursday, March 19, 2009

hepi besday dan hepi belated besday


Hepi besday... bulan Mac ni paling ramai kenalan aku sambut besday... so di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari lahir buat adik aku Ilham, Dilla, Kak Sherry, Kak Ros, Afne dan juga kawan aku yang sudah jadik cikgu iaitu cikgu Yuzira.. hari ni besday dia.. yang lain semua dah belated besday... anyway... semoga hidup kalian diberkati Allah dan berbahagia selalu.. Semoga ceria-ceria selalu, panjang umur, murah rezeki :) Walaupun aku tak bagi hadiah.. tapi korang dah dapat hadiah daripada suami masing2 kan.. so aku just harap korang bahagia untuk tahun ni....

Wednesday, March 18, 2009

alooooo.... lamonya tak update blog... aku tak de idealah nak update... memanglah dari Sabtu hingga semalam banyak peristiwa berlaku dan ada jugak aku ambik gambar tapi sayangnyer gambar2 dalam handphone aku abis kena delete ngan orang rumah aku... sape lagi kalau bukan Ala.. gambar aku beli tudung ekin baruRM5 kat pasar malam pun kena padam, gambar aku makan nasik kukus ayam dara pun kena padam.. merah padam muka aku bila tengok gambar2 tu kena delete.. time aku nak update blog alih2 tengok gambar dah takde..sape lagi ada kat rumah kalau bukan dia.. aku tanya dia buat2 tak tahu jer.. hangin satu badan aku rasa.. tapi sabar,sabar,sabar...

nampak tak dia tengah pegang tudung ekin tu.. nak pakailah tu... lepas tu aku ambik gambar dia pakai tudung.. pnyalah cantik... tapi sayang dah tak de gambar tu...

Ala yang poyo.. gambar curik...

nasib baik tinggal gambar ni jer... aku yang bulat bila pakai tudung ni lagilah bulat

Masa pi pasar malam tu.. aku pnyalah nak tergelak bila dia plak yang pakai tudung kat kedai akak jual tudung tu.. siap telek cermin lagi... tu yang aku ambik jugak tu.. takperlah RM5 jer.. hari tu ambik warna coklat gelap nanti nak beli lagi warna hitam..tapi bila nak pakai pun aku tak tahu... beli jeeee.. tak mahal pun...

Thursday, March 12, 2009

John Tucker Must Die

Semalam dok melayan filem ni... kat TV 2.. ok gak lagi pun aku suka tengok Sophia Bush pelakon The Tree Hill yang jadik Brooke Davis.. bila nampak je tahi lalat dia aku pun teruja nak tengok sampai abis..

Si hensem John Tucker..

Dalam cite ni ada 3 watak yang kena tipu dgn John Tucker (lakonan Jesse Metcalfe -yang berlakon dalam Desperate Housewife, budak yg bersihkan laman kat rumah Gabriella, dan seterusnya ada affair dgn Gaby tu)). John Tucker memang hensem dan sporty yg menjadi kegilaan perempuan2 disekolahnya. John ada pasang 3 org makwe iaitu Heather, Beth dan Carrie. Ketiga2 makwe ni dpt tau yg John telah men’tiga’kan mereka, setelah insiden pergaduhan di court tempat mereka berlatih netball. Bermacam2lah taktik mereka utk membalas dendam terhadap John ni tapi it ends up John masih disukai ramai dan makin popular.


Nilah 4 watak utama... tergedik2 tapi aku suka..

Kate adalah watak utama dlm filem ni. Dia seorg yg low profile dan tak lah se’vogue’ ketiga2 perempuan tu. Mereka menggunakan Kate ni sbg umpan, supaya John jatuh cinta dgn Kate. Seblm tu Kate needs some kind of transformation of her appearance, dan hasil usaha ketiga2 perempuan ni, Kate jadi hot blonde babes. Dlm waktu yg sama Kate ada lab partner, Scott, dan perlahan2 mereka rasa ada ‘chemistry’ antara mereka. Tetapi, John betul2 jatuh cinta dengan Kate dan Kate sendiri hampir2 jatuh cinta dgn John. Tapi yang bestnyer cerita ni last sekali diorang memang tak bercouple sebab masing2 dah berjaya di'kena'kan.. John masih lagi dengan perangai romeonyer tapi jenis berterus terang.. manakala Kate lak suka plak dengan adik John si Scott yang merupakan rakan makmal kat kolej diorang tu..


Nilah Sophia Bush.. dengan Chad Murray bintang The Tree Hill..Walaupun Sophia Bush tak jadik watak utama.. tapi aku suka tengok..ikut suka aku ler...

Salah aku ker?

menu semalam...makan depan tivi lagi... nak tengok Julia Juli..

Salah aku ker???????? masak nasik putih, goreng telur dadar, buah genuak atau kerdas lepas tu picit cili dalam budu... bukan aku malas masak tau semalam... tapi tu lah yang Ala request untuk makan semalam.. ok ler tu.. bukan aku malas tapi dia teringin nak makan macam tu.. so sape yang salah kalau tengok laki aku makan macam tu... bukannyer dalam peti takde ikan ker ayam ker tapi dia taknak .. aku pun tak paksa... tak penat aku nak fikir nak masak ape semalam.. kalaulah malam ni mintak benda yang sama.. syukur....abis tu aku makan aper?? aku kan diet.. so tak yah makan2 ni... just minum milo ngan roti gardenia sekeping pun dah kenyang.. yer ker?????

Aku sebenarnya ada projek lain lepas Ala makan tu... nak tahu per...tengok kat bawah...

keledek yang baru direbus...

-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



jeng...jeng...jeng... semalam aku buat cucur keria ngan kuih che mek molek.....aku masak 3 ketul che mek ngan 2 ketul cucur keria.. cucur keria tu aku saje nak test jer... sepetang aku belajar nak buat air gula nak bagi nampak warna putih tu... dah ni lah hasilnyer... aku terlebih gula plak tapi takpelah ni permulaan jer..dan kesemuanya sudah abis di makan semalam oleh aku dan laki aku..hehehehe sori kengkawan tak dapat bawak...sebab semua dah abis..

Tuesday, March 10, 2009

cuti lagi.. Hari Maulidur Rasul..


Salam Maulidur Rasul 1430H... Selawat & salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w..

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 . Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul..Seperti biasa setiap negeri akan mengadakan perarakan bagi mengenang kembali sumbangan baginda sebagai nabi terakhir yang diutus ALlah.
Semoga kita dapat menghayati perjuangan baginda dalam menegakkan syiar Islam di mukabumi. Sambil itu marilah kita bersalawat bagi memperingati hari keputeraan baginda..
---------------------------------
Walaupun cuti panjang selama 3 hari.. aku ngan Ala tak balik kampung pun.. lepak kat KL jer.. Dari hari Sabtu aku tak kemana2.. paginyer aku datang opis buat OT.. sampai kul 12.30 aku balik.. lepas makan tu tidur sampailah petang.. Ala pulak pagi tu keje.. tapi balik rumah bawak 3 ekor ikan talapia.. pelik gak.. rupanya sambil pi keje, sambil memancing kat kolam kat Selayang tu.. kiranya rezeki aku buat talapia masak pedas lah ari tu.. malam tu barulah keluar pi Giant.. nak carik selipar baru.. bukan aku nyer tau.. laki aku nyer.. seliparnyer tapak dah tertanggal..

Lauk ikan talapia masak pedas.. ditemani telur dadar letak kicap..letak atas paper jer sebab makan depan tv..nak tengok citer hindustan ..

-----------------------------

Hari Ahad

Hidup berjiran... hari Ahad tu penuh dengan aktiviti bergotong royong memasak untuk menyambut Maulidur Rasul.. makan malam tapi memasak sebelah siang.. lepas masak untuk tengahari.. aku bergegas turun untuk membantu buat persiapan.. malam ni makan menu utama makan bihun sup ngan ayam goreng.. tapi bila dah masing2 menyumbang so, ada jugak pengat pisang, kek, buah epal, dadih dan macam2.. tapi memang best.. kat tempat aku ni ada 4 blok tapi yang ada sambutan tu kat blok aku je F04.. so tak buat kat surau sebab surau dekat dengan blok F03.. yang sumbangkan duit pun dari blok F04.. karang kalau buat kat surau yang tak berkaitan pun nak join makan sama.. tu yang malas..


Kalau ikutkan hati aku malas nak join.. tapi karang Ala cakap aku ni anti sosial... tapi ari tu berlaku sebaliknyer.. aku turun menolong dia plak sibuk dengan aktiviti memancing.. nak marah pun ada.. dekat2 kul 8 baru balik.. tak ke aku hangin malam tu.. balik lak bawak ikan talapia jer 3 ekor lagi.. kalau sepuluh ekor ok gak..

aku sempat lagi masak pedal goreng kunyit, singgang ikan tongkol dan goreng ikan talapia sebelum turun tolong masak untuk jamuan tu..

Malam tu sambutan Maulidur Rasul start dalam kul 9 lebih.. kitaorang hampar tikar kat tempat parking kete jer.. so duduk lah beramai-ramai kat situ.. lepas selawat ke atas Nabi Muhammad.. barulah ada makan2... tak sempat nak ambik gambar sebab aku takut nanti tengah orang berdoa terkejut ada flash lampu hpon.. karang ada orang terkejut ingatkan petir.. tapi nasib baik sepanjang hari tak hujan... dalam kul 12.30 pagi baru settle majlis... penat beb kena basuh pinggan, basuh cawan dengan orang2 veteran kat blok ni.. sambil bual sambil melatah..tu yang best.. ada jer yang terkeluar....perkataan2 yang tak sepatutnya disebut...tapi aku suker tau ngan diorang ni.. aku ingatkan aktiviti tapau-menapau ada kat opis aku jer.. rupanya kat blok aku lagi ramai minah tapau... makanan tak abis semua nak ditapaunyer.. termasuklah aku yang telah menapau satu bekas pengat pisang...jange marah..

gigihnyer kitaorang potong memotong..aktiviti berlangsung kat laluan depan pintu rumah jer..

Kuah sup sedang dimasak.. semua kat dalam blok.. tingkat 1 lagi.. cuba bayangkan

Ni lak kat tepi blok.. tengah rendam bihun ngan celur sayur..

Gambar curik sebab tu tak clear.. aku takut diorang terkejut ...actually nak ambik gambar Ala tapi tak jelas lah plak..

-----------------------
Hari Isnin (cuti Maulidur Rasul)

Aku datang keje gak.. buat OT.. dapat double tau.. ramai gak yang datang.. masing2 ingin mengaut kekayaan pada hari tu.... Ala still cuti..lagipun hujan lebat kat area rumah aku.. so sleeping je lah dia seharian.. bila balik rumah mengadu lapor.. aku pun apelagi masaklah yang mudah.. ikan talapia masak stim ngan goreng telur dadar... goreng ikan kering 2 ekor.. so jadiklah juadah tengahari tu.. lepas tu aktiviti membasuh baju... lam kul 3 lebih lepas Zohor aku tidur.. malas nak keluar sebab hujan semakin lebat... Ala plak boring jer dok kat umah... tapi lantaklah aku pun malas nak keluar..karang keluar ada plak fulus melayang lagi.. baik aku duduk diam2 je kat umah.. selamat masa depan.. hihihihi

Friday, March 6, 2009

Citer Hindustan faveberet aku..

Takde ape nak update so hari ni kita bincangkan filem hindustan yang paling aku ingat...hehehe.. Aku ada CD yang boleh aku tengok berulang kali.. kalu ditayangkan kat TV pun aku akan tengok dari mula sampai abis.. jangan ganggu aku masa aku dok tengah menghayati cite ni.. kalau nak ke tandas pun aku akan pause or tunggu iklan.. biarpun ape nak jadik aku tetap setia menunggu sampai abis cite ni.. betapa setia nya aku kat cite Hindustan.. tapi tu dululah.. sekarang aku dah tak berapa minat cite Hindustan tambah plak pelakon2 baru ni..hari Sabtu pun aku rela tidur petang tu daripada tengok citer yang ntah ape2..

Hum Dil De Chuke Sanam

Citer ni paling menitis air mata.. sedih cite ni.. asalnya Aishawariya bercinta ngan Salman Khan.. tapi famili Aishu ni tak suka Salman sebab Aishu dah dijodohkan dengan Ajay Devgan.. tergagap2 Ajay masa nak test suara depan bakal mentua.. Aishu berlakon jadi Nandini.. Salman jadi Samil.. Bila Nandini ni dah kawin ngan Ajay bila part nak buat hubungan intim suami isteri, Nandini menolak.. Ajay pun syak yang Nandini ni tak cintakan dia.. bila dia tanya, barulah Nandini cakap dia cintakan Samil dan nak carik Samil yang dah ada kat Itali.. Ajay pun bawaklah Nandini carik Samil.. Last2 bila tengok Ajay bersusah payah nak tolong Nandini sehingga kena tembak, barulah Nandini sedar yang suami dia saja yang dia cinta... aku x minat Aishu nie..the only filem yg aku leh accept lakonan dia..filem hum dil de chuke sanam..tuu pun part2 dia ngan ajay devgan jer..especially part dia mkn cili tuu..citer2 lain aku x minat langsung..


Kuch-Kuch Hota Hai

Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) this is the best filem ever yang aku penah tgk!! antara cinta dan persahabatan. Filem ni masa sekolah rendah lg. Tiap2 hari aku pasang video.. masa tu video besar..dok dalam kotak..sampai dah calar balar haha.. lagu2 dalam KKHH mmg semua best2. jarang kan kita tgk semua lagu dalam sesebuah filem tu best? slalunya ada 1 or 2 lagu ja yang best. tp filem ni semua best pastu Kajol dalam ni tersangatlah lawa. Aku paling suke watak budak lelaki yang pendiam and hanya keje dia asyik kire bintang je.. lepas tu time Shahrukh nak ucapkan I Love U kat Rani tapi guna Kajol.. Kajol lak tersalah faham.. adush sedih gila part tu.. lagi satu masa Anjali anak Shahrukh tu hilang, time Shahrukh nak cakap Anjali kembalilah .. kat depan tv Kajol plak berlakon watak Anjali tertengok tv tu tersentak dia.. sedih gak part tu.. lepas tu bila time Shahrukh jumpa Kajol dah pakai baju perempuan.. angin serta merta tiup bagi nampak badan Kajol..ingat lagi.. sampai last tak jadik nak kawin tup tup bila pi majlis kawin Kajol ngan Salman Khan, Shahrukh pulak yang dapat Kajol.. best...

Mujhse Dosti Karoge

Berpuluh-puluh kali aku tengok cerita ni. Setiap kali tengok mesti nangis. Citenya touching habis. Lagu-lagu dalam filem pun best-best belaka. Lagu yang aku paling suka tu 'Mujhse Dosti Karoge' dan nada masa kat gereja tu... Aku siap cari lagi lirik lagu tu. Hehehe ..... filem ni kalo x salah aku time aku kat UM. Abis kelas balik bilik cite ni lah aku carik.. sampai CD lagu pun aku ada sampai sekarang... sampai member bilik pun boring ngan aku tapi diorang tak kisah sebab aku sorang je ada komputer dalam bilik tu.. kalau diorang boring ngan aku silakan keluar dari bilik ini ada faham.. filem ini sangat best. aku suka melodi and songs2 dalam ni especially lagu last skali. diorg gabungkan berbelas2 lagu industan yang pernah hit dulu .. Aku suka Hritik Roshan , Kareena Kapor ngan Rani Mukherjee belakon.. tu yang feeling abis.. lagipun dari awal filem lagi aku memang nak sangat Hritik tu pilih Rani.. Ending yang aku suka ler aku minat...

Wednesday, March 4, 2009

Bergotong royong sambil makan...erm

odit lagi.. lagi lagi odit.. kali ni TM plak Auditor nyer... check ISO jer.. tapi seperti biasa akan ada gotong royong kat opis membersihkan opis, buat filing sikit2.. dan diakhiri dengan jamuan makan2... tu yang paling lama sekali.. asalnya 2 hari.. hari pertama takder jamuan so, takde siapa pun buat keje.. bila hari kedua bila buat jamuan baru semua bergerak bekerja.. itu sudah tentu.. letih buat keje kenalah dijamu..hehe.. dan seperti biasa ni ler orang yang bekerja keras kat pantry menyiapkan juadah petang.. bukan nak larik dari buat keje tau.. sambil prepare sambil ngap.. itu sudah tentu...

Tengok tu aku buat air.. air teh o panas ngan air sirap.. tapi tak abis pun... tak sedap kot..hehehe.. kalau nak sedap order kat kedai misai kat tingkat 2 yer kawan2.. tak pun ajak yogesh datang buat air kat atas..hehehe


Hari ni menu petang.. makan sandwich FO special dan cucur udang...


Ni cucur udang yang aku masak... percaya tak? tak percaya sudah.. jamuan start kul 5 lebih so tiada sape nak join sebab berpusu2 nak balik walaupun waktu keje abis kul 5.30 .. so aku ler paling banyak melantak.. sebab letih buat keje...

KL menjerit dan aku pun menjerit..

KL menjerit.. banjir lagi.. dan akibatnyer semalam beribu-ribu warga kota terperangkap sama ada dalam bangunan, di jalan raya atau di stesen bas dan LRT berikutan hujan lebat sejak jam 3 petang yang menyebabkan banyak jalan ditenggelami air antara satu hingga dua meter. Sistem pengangkutan awam juga tergendala di mana sehingga sehingga jam 8 malam, orang ramai masih berpusu-pusu di perhentian bas dan stesen LRT untuk pulang ke rumah masing-masing. Rangkaian Pengangkutan Integriti Deras Sdn Bhd (RapidKL) pula menghentikan perkhidmatan di semua rangkaian perkhidmatan Kelana Jaya Line pada 6.09 petang berikutan terputus bekalan elektrik. RapidKL berkata perkhidmatan LRT akan terus tergendala sehingga bekalan elektrik pulih sepenuhnya.


Dan mangsanya seorang ialah AKU... masa aku sampai kat LRT Abdullah Hukum.. tengok ramai orang dok lepak kat bawah.. sorang kakak tu cakap dik, takyah naiklah LRT tak gerak dari tadi lagi.. aku pun gelabah jugak dah ler Ala ari ni tak bawak telefon.. nak tak nak aku pusing balik ke opis...lagipun dah nak Maghrib.. dalam nak balik ke opis teringat member sorang naik LRT dan dah balik sejak 5.30 lagi.. aku call dia kebetulan lak dia memang lalu kat Ala parking kete.. Last2 Ala yang datang ambik kat opis dalam kul 9 malam.. letih giler dok tunggu dia dahler letih berjalan ulang alik kul 7.30 tu ke opis balik.. tapi takperlah bukan selalu pun.. Dalam kul 10 baru sampai rumah.. lagipun tersangkut dalam jem kat jalan Mahameru..

Monday, March 2, 2009

Majlis kenduri kawin kat Rembau

Hari Ahad semalam aku pergi kenduri kawin Dilla kat Kampung Mungkal, Rembau.. Nilah majlis perkahwinan member paling jauh aku pergi.. tu pun sebab ada masa ..takde nak buat ape2 Ahad tu.. lagi pun pelan nak pi dah lama..kalau tak takdelah nak pergi jauh2 tu.. tapi ok gak dapat pergi rumah dilla ni.. tak rugi tau.. masuk je daerah Rembau.. rasa cam best jer.. Aku sebenarnya malas nak berayat-ayat ni .. tengok jerlah gambar kat bawah ni..

Gambar ni masa tengah tunggu Nissa kat depan D. Donut kat tol Sg. Besi.. asalnya dah ada 3 kereta kat situ..alih2 tinggal 2 je yang masih setia tunggu Nissa.. kete dia buat hal lak masa ni.. dugaan,dugaan..sempatlah snap gambar masa dok tunggu2 tu..

Tengoklah daripada kete depan tu sampai ke belakang kete aku ada lagi 2 kete yang nak pi umah Dilla.. kitaorang berkonvoi.. semua pakat tunggu lepas tol Pedas.. syok gak pi ramai2 sebab tak akan sesat nyer sebab abang Zenol tahu jalan nak pi sana.. so follow jerlah..


Sampai jer terus naik ke atas rumahnye pengantin perempuan ni.. nilah Dilla.. dah berubah menjadi permaisuri yang ayu... aku curik peluang bergambar ngan permaisuri Tengku Puan Dilla..cantiknyer ko Dil, bulat mata ko tak macam selalu..hehehe

Nilah gambar Tengku Puan Dilla ngan Tengku Ezally..sehari je tau gelaran ni kak ifa bagi.. tak tahan aku tengok Dilla cover muka nak senyum... tema pink..hari pink sedunia.. orang dah cantik pakai warna ape pun cantik gak..

Lepas makan2, tengok Dilla bersanding sesi bergambar ngan kawan2 bawah pokok manggis...

Tak ketinggalan nak juga letak gambar Ala dalam blog ni..karang kata laki aku tak pi lak.. tapi biasalah lepas makan takde nyer nak tunggu lama2.. tengok tu dah kat luar pagar.. gelisah nak balik...


--------------------------------
Window shoping kat Nilai 3


Balik jer dari rumah Dilla, aku ngan Ala singgah kat Nilai... saje je nak pergi Nilai 3.. dah lama tak pergi.. saje pusing2..singgah solat Zohor kat Surau tu..kitaorang masuk kedai keluar kedai sampai jemu.. survey harga.. konon nak beli, pegang2 je..last2 aku rembat kain pasang sehelai.. ingat nak buat pakai raya nanti..tengoklah camner.. nak beli tudung ekin tak jadi sebab tak tau nak pilih kaler ape.. boleh ke gitu? last2 dalam kul 4.30 petang kitaorang pun balik.. sampai kat rumah dalam kul 6 lebih.. lepas solat Asar, aku tertidor dalam kesejukan hujan petang..