Wednesday, February 18, 2009

Luahan hati

Teringat luahan yg pernah dibaca di dalam blog VP..

""Setiap pasangan yang berkahwin secara sah pastinya inginkan kehidupan berumahtangga mereka disulami dengan hiruk-pikuk kelakuan anak-anak. Tidak semua dari pasangan yang berkahwin itu menikmati kehidupan tersebut. Ramai yang berusaha untuk memperolehi anak, namun ramai juga yang gagal. Mereka ini tidak henti-hentinya untuk terus berusaha bagi memperolehi zuriat mereka sendiri. Bagi aku… anak itu merupakan satu kurniaan Illahi dan bukannya satu keistimewaan yang boleh diperolehi sebaik berkahwin!. Aku terpanggil untuk merakamkan detik-detik Allah menyempurnakan kurniaanNya itu kepada aku dan isteri.
Kami tergolong dalam kumpulan pasangan yang telah dirahmati Allah dengan kurniaan berupa amanah itu… Aku mengakhiri zaman bujangku agak lewat, memasuki alam 30an, dan isteriku baru sahaja tamat konvokesyennya tika itu. Lama kami berusaha untuk mencari kurniaan Allah itu. Berusaha hampir 2 tahun! Pelbagai kutukan dan kata-kata sinis telah kami telan selama itu. Alhamdulillah, akhirnya Allah menyempurnakan rahmatNya dengan mengurniakan kepada kami Alesha Abriza sebagai amanah pertama untuk dipelihara.


Namun perancangan Allah, Dia ingin menguji kemampuan kami memelihara kurniaanNya itu hanya selama 5 bulan. Alhamdulillah, kepercayaan Allah kepada kami rupanya tidak berakhir setakat itu. Sekali lagi Allah menyempurnakan keyakinanNya kepada kami dengan mengurniakan An-nisa Abriza. Detik-detik kelahiran kedua kurniaan Allah itu adalah amat bererti bagi ku. Merekalah ubat lelah, menghibur rindu aku selama ini. Aku kira, rugilah bagi sesorang lelaki, seorang suami, seorang ayah sekiranya tidak bersatu didalam menyambut kelahiran kurniaan Allah ini. Alesha Abriza adalah anak yang paling mudah dilahirkan. Pada petang Rabu sebelum Lesha dilahirkan, kami masih lagi boleh berjalan-jalan di sekitar Taman Perdana Putra sekitar bukit Istana Melawati, Putrajaya. Berjalan turun naik bukit tanpa ada sebarang tanda-tanda isteriku sakit untuk melahirkan. Malam khamis itu, kami masih boleh ke pasaraya membeli-belah dan pulang dengan merebus beberapa tongkol jagung yang kemudiannya dinikmati di hadapan TV.

Sekitar 3 pagi, isteri ku terjaga dan menyatakan yang dia terasa ingin ke tandas untuk buang air besar. Namun tiada apa bahan buangan dikeluarkan… kami tidak mahu mengambil sebarang risiko, terus ke Hospital Putrajaya. Kami tidak Hospital Putrajaya sekitar jam 5 pagi.. Nah!!! Rupanya pintu rahim sudah terbuka 2 cm. Tetapi kata jururawat, masih awal lagi untuk melahirkan kerana belum ada tanda-tanda sakit melahirkan dan kemungkinannya isteriku bakal melahirkan sekitar lewat petang atau malam nanti. Beliau mengarahkan aku pulang terlebih dahulu kerana nanti sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda untuk melahirkan, mereka akan menghubungi aku. Tika aku berjalan ke kereta, dek kerana azan subuh telah berkumandang, aku terus ke surau Hospital untuk bersolat subuh terlebih dahulu. Sebelum ku mulakan solat subuh, aku bersolat sunat terlebih dahulu memohon untuk dimudahkan isteriku bersalin serta menyatakan kepada Allah yang aku mengampunkan segala dosa-dosanya kepadaku. Aku kuatir nanti isteriku susah pula untuk bersalin.

Belumpun sempat aku menyarungkan kasut, pihak Hospital telah menghubungiku dan memohon aku segera ke hospital semula. Mujur aku masih di surau Hospital tika itu. Sesampainya aku di wad bersalin, mereka menyatakan bahawa isteriku telah dibawa ke labor room. Aku diminta untuk menandatangani dokumen untuk bersama isteri ketika melahirkan serta diberikan penerangan berkaitan dengannya. Sesampainya aku di labor room, ku lihat isteriku berseorangan dan dia berada didalam kesakitan. Baru seminit dua di situ, ku lihat ubun-ubun kepala baby sudah mulai tertolak keluar!! Allah!! Isteriku sedang melahirkan… apa nak buat ni!! Mana semua doctor dan jururawat!!...panik benar aku saat itu. Alhamdulillah, disaat-saat aku panik itu, seorang jururawat yang secara kebetulan masuk ke bilik kami itu untuk mengambil sesuatu dari almari terlihat situasi isteriku yang hampir melahirkan itu. Keadaan terus menjadi kelam kabut dan didalam suasana itu Alesha selamat dilahirkan… begitu pantas! Tidak sampai sejam iseriku di dalam labor room. Disaat aku meng'iqamahkan ke telinga kiri Lesha itu, serentak dengan itu air mataku berjuraian jatuh. Buat pertama kalinya, air mataku berjatuhan!!.. Menangis bukan kerana sedih, tetapi menangis kerana terlalu gembira. Dan ketentuan Allah jua terjadi. Sekali lagi aku iringi kepergian Alesha dengan iringan juraian air mata pada tanggal 13 Mei 2006 ke alam barzakh.

Sekali lagi Alah menyempurnakan rahmatNya pada 25 Mac 2007 dan sekali lagi juga juraian air mata ini mengalir disaat aku meng'iqamahkan An-nisa Abriza. Nisa lahir dengan penuh perjuangan. Isteriku telah mulai ditahan di wad semenjak 6 Mac lagi akibat pelbagai masalah ketika mengandung. Beliau telah ditambah dengan 2 beg darah, terpaksa menerima suntikan insulin 3 kali sehari dan bertarung di dalam labor room selama 6 jam setengah. Proses kelahiran bermula dengan pemeriksaan bagi membolehkan prosedur induce dijalankan pada 22 Mac. Walaupun telah diberikan ubat untuk mematangkan pintu rahim (apa nama ubatnya ntah!) pada pagi 23 Mac, namun masih tiada sebarang tanda atau sakit bersalin kelihatan. Pada 24 Mac, sakit mulai datang sekejap-sekejap tetapi pintu rahim baru terbuka 2 cm. Sehinggalah pada pagi 25 Mac, kata doktor pintu rahim telah terbuka 3 cm dan isteriku di bawa ke labor room jam 10.30 pagi. Di sana, ubat cecair bagi proses induce dimasukan. Aku telah bersedia di luar labor room mulai jam 11 pagi setelah dimaklumkan oleh pihak hospital. Setia menanti signal dari jururawat untuk menerjah masuk ke dalam labor room. Benar kata pujangga… penantian itu satu penyiksaan. Aku mundar-mandir dalam kegelisahan di luar labor room dari 11 pagi hingga 4 petang! Hanya menanti dan tertanya-tanya keadaan isteriku dan apa yang berlaku di dalam sana. Akhirnya, jururawat memanggil aku masuk tepat jam 4.10 petang. Setelah siap diterangkan prosedur dan menandatangai borang, aku terus bergegas ke bilik no. 4.

Sepanjang perjalanan masuk ke bilik no. 4 itu, aku jelas mendengar suami seseorang di bilik berhampiran sedang muntah-muntah, mungkin kerana tidak tertahan bau hanyir darah dan air ketuban dan lantas kedengaran jururawat mengarahkan beliau keluar. Di bilik yang lain, aku mendengar jururawat menanyakan sang isteri yang sedang sakit… "mana suami kau dik? mana suami kau dik?... entah lah, mungkin sang suami keluar dek kerana tidak sanggup melihat penderitaan si isteri…. Situasi itu menyebabkan aku berharap untuk dikuatkan semangat bagi membantu isteriku di saat-saat beliau bertarung di medan kesakitan yang telah digambarkan sebagai kesakitan yang kedua paling sakit selepas kematian!! Tidak sanggup aku melihat isteriku kesakitan. Tiap kali contraction berlaku, setiap kali itu juga isteriku mengengam lenganku, mencakar-cakar tangan yang satu lagi. Adakalanya ditarik-tariknya kolar bajuku sehingga aku pula hamper menjadi sesak nafas! Malahan hamper saja ingin digigitnya lenganku itu… Ingin saja aku mohon diputarkan kesakitan itu kepadaku. "Allah… ringankan kesakitan melahirkan yang ditanggung isteriku, dan aku mengampunkan segala dosa-dosanya…" berulang-ulang kali aku ucapkan kalimah itu. Setelah hamper sejam aku di dalam bilik no. 4 itu, dek kerana sudah tidak tertanggung aku melihat kesakitan isteriku itu, sedangkan pintu rahimnya masih baru terbuka 4 cm kata jururawat yang memeriksa sekali-sekala! Dikala itu juga kedengaran isteriku mengomel-gomel mohon aku nyatakan pada doktor hasratnya untuk di operate sahaja dek kerana beliau sudah tidak tertahan lagi sakitnya.

Timbul suatu kesedaran untuk aku melakukan sesuatu. Entah dari mana datangnya ilham itu, disaat-saat kesakitan yang ditanggungnya itu, aku letakan tangandi perutnya dan… ku bacakan ummul kitab, al-Fatihah 3x, ayatul Qursi 3x dan lantas aku azankan pada perutnya!!! Allah Maha Sempurna, Maha Besar… di tika itu juga, tidak semena-mena, isteriku menyatakan yang dia terasa ingin membuang air besar! Beliau mohon untuk dimaklumkan kepada jururawat dengan segera! Mungkinkah saat-saat kelahiran itu telah tiba. Aku beranikan diri untuk mengintai… Nah!! Kepala budak sudah keluar… biar betul!! Kepala baby sudah keluar… dan kebetulan pulak saat itu seorang doktor berbangsa cina masuk untuk memeriksa keadaan isteriku… beliau terus berbicara kepada kami didalam bahasa mandarin kerana pada anggapannya kami ini dari keluarga berbangsa cina! Ah!!! Sudah… apa dicakapnya nie… "I'm malay.. I'm malay… my wife also malay…" ku nyatakan pada doctor itu. Terus doktor tersebut menjerit! "baby coming out… baby coming out… mungkin tujuannya untuk memanggil jururawat dating bergegas. Sekali lagi aku minta isteriku untuk meneran… dengan sekali teran sahaja… Annisa Abriza terperosok ke luar dan jatuh di atas katil didalam keadaan kelam kabut tanpa disambut! Disaat itu, kedengaran pulak doktor cina wanita tadi memeriksa baby dan menjerit.. "it's pink… it's pink…" mungkin menyatakan yang baby itu adalah baby girl dan beliau menyatakan pada isteriku "sabar… baby dah keluar… baby dah keluar…" seterusnya beliau mengepit pusat Nisa dan memotong sebahagian darinya. Kemudian dating 2 orang jururawat membantu.

Seorang dari mereka mengelap Nisa dan bertanya pada ku… sama ada ingin di 'iqamahkan di labor room ini juga atau tunggu dibersihkan dan di 'iqamahkan di wad nanti. Aku terus bagi tahu yang aku ingin meng'iqamahkan Nisa disaat itu juga. Annisa ku 'iqamahkan dengan juraian air mata untuk kesekian kalinya. Cuma pada kali ini, ku panjangkan dengan bisikan 2 kalimah syahadah, dan ayatul Qursi sebelum ku serahkan semula kepada jururawat untuk dibersihkan. Syukur pada Mu Allah, kerana masih menaruh keyakinan kepada aku untuk kau berikan amanah bagi menjaga kurniaan Mu ini… sesungguhnya anak itu adalah satu kurniaan Allah dan bukannya satu keistimewaan""

Sebenarnya, sedihnya....hati cam tersentuh...teringin nak melihat Ala merasai pengalaman seperti ini..memang aku tak pernah dengar dia sebut pasal baby.. tapi takkan lah tak terdetik di hati dia nak anak seperti orang lain.. bukan aku tak pernah tengok reaksi wajah dia bila kawan2 dia yang dah ada anak datang bawak anak, nampak raut wajah dia dah lain.. yelah orang lain baru kawin dah dapat baby, kitaorang ni dah lama masih belum ada..

Ya Allah...mungkin ni dugaan yang Engkau berikan kepada kami.. Ampunilah dosa kami..Kurniakan lah zuriat kepada kami secepat mungkin.. Aku ingin sekali menjadi seorang ibu...suamiku sudah tentu ingin mengetahui mcm mana rasanya menjadi seorang ayah...Ya Allah...aku memohon padaMu...Kau selamatkan lah segala2nya..Kau kurniakanlah keajaiban kepada kehidupan kami...Kau sihatkan la tubuh badan kami...Amin...Ya Rabbal Alamin..

2 comments:

A.I said...

Kau jgn putus asa tau. kau kira beruntung dapat laki camtu. x penah merungut. mungkin dia tak penah sebut psl baby sbb nk jaga hati kau. Saba le dek, Insyaallah. rezeki kau laki bini mesti ada. Banyakkan doa.

..dan yg paling penting, tingkatkan projek mega kowang! ;P

Alifaforever said...

insyallah.. berkat doa kawan2 moga2 ada berita gembira 2 3 minggu lagi.. dan yang penting projek mega kitaorang memang tetap berterusan.hehehe