Tuesday, February 10, 2009

Cuti Thaipusam

Cuti lagi... asyik cuti jer.. tapi dok kat rumah jer.. tak tau nak pi mana lagi.. lagipun adik aku Hairi cuti poli so dia datang lepak rumah aku.. Dari ari Khamis sehinggalah semalam baru balik poli..Nak dijadikan cerita dia je keluar ngan member dia pusing KL... aku je dok lepak kat rumah ngan Ala.. lepas tidur, tidur lagi.. sampai bengkak mata aku.. Ari ahad petang tu barulah keluar rumah pi kat Kuil Batu Caves tu nak tengok sambutan diorang camne.. nasib baik ler keluar naik motor, kalu tak tersangkutlah aku di dalam kesesakan jalan kat situ.. lagi pun rumah aku pun kat Batu Caves so tak ler jauh sangat aku nak pergi.. lepas Giant tu orang dah ramai.. jalan banyak tutup..
Tengoklah jalan nak menghala ke MRR2 bukak 1 jalan jer.. banyak kete parking kat tepi jalan tu.. Ada yang berhenti nak pi kuil ada jugak yang parking tengok orang.. Ramai tul orang kat situ..yang ramai tu tengah buat perarakan..
Tengok kat tangga tinggi tu.. ramai tul orang.. ingatkan pagi je ramai, petang pun lagi ramai.

Dari jauh aku snap gambar jalan yang ditutup untuk kenderaan tu.. jalan nak pi Selayang tu yang tutup jugak..

Pakcik polis ramai dok berkawal kat situ..alkisahnyer kitaorang pun berhenti lah tepi jalan tu.. parking motor kat ada ramai orang Melayu.. aku tengok orang pakai tudung jer aku berhenti.. nak berhenti kat lain tak berapa sedap rasa.. seram sejuk sebab betul2 dengan perarakan kavadi tu.. tengok orang punyalah ramai tambah lagi kat pintu masuk kuil tu.. yang dok panjat anak tangga tu pun ramai gak.. Mungkin ramai sebab orang KL pun datang jugak sebab dah dapat cuti sempena Thaipusam ni..


Tengok ni Ala pun nak ambik gambar juga kat sini.. bukti kata dia pun datang jugak tengok orang sambut Thaipusam..

Aku pun tak melepaskan peluang bergambar jugak..sapalah mamat kat belakang tu.. tak lari pun bila aku tengah berposing..

Dalam sejam kat situ aku pun terus berdesup balik rumah.. balik tak masak pun makan kat luar je malam tu.. belanja adik makan kat luar.. dia kan nak balik poli dah..

1 comment:

A.I said...

Kau duk kt bt kep ye? aku kt rawang, tp asal dulu dari kg nakhoda.. :)