Thursday, December 11, 2008

Menyambut Aidiladha di Kelantan

Salam Aidiladha, giliran beraya di Kelantan.. bangun pepagi Sabtu tu punyalah awal. Nak balik kampung katakan.. kitaorang bertolak dalam kul 7.30 pagi.. masa tu tak banyak sangat kereta.. berjanji dengan member Ala kat Tol Karak.. berkonvoi lah konon. Jalan tak berapa jem tapi sampai kat rumah mentua dalam kul 4.00 petang. Hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan. Penat tau bila dok lama2 dalam kereta tambah lagi driver aku tu.. tapi takde plak merungut penat.. aku tau sebabnya balik kampung sendiri.. tu yang excited lebih tu.. Orang dok cite kat Kelantan banjir, tapi aku tak nampak plak banjir kat kampung Ala.. ok jer.. mungkin kat tempat lain kot yang banjir.


Malam Ahad tu aku tolong mak mentua aku buat tapai. Esoknya baru buat ketupat. Tak sempat tolong pun buat ketupat sebab petang tu aku keluar pi rumah kak ipar kat Tanah Merah.. Rindu kat anak sedara lah pulak.. tambah lagi dekat si kembar tu.. Sampai je dijamu ngan laksam.. kak ipar aku tu memang rajin masak.. cakap je nak makan ape semua dia pandai masak.. malam tu anak2 sedara plak nak ikut balik umah tok mek diorang.. riuh rendahlah rumah mentua aku dengan anak2 sedara.


Hari Raya esoknya selepas solat raya, sempatlah bersalam2 memohon maaf sesama sendiri. Pagi-pagi lagi aku terjaga sebab dengar suara budak2 tu.. Pukul 5 pagi dah bangun nak mandi dan pakai baju raya.. budak2 katakan.. macam aku kecik2 dulu gak.. Bangun je aku terus col mak aku.. syahdu rasa bila dengar sore mak aku.. Dahlah adik beradik tak ramai, aku plak raya kat kampung suami lagilah sunyi rumah mak aku.. Siap ucap selamat dan mintak maaf lagi kat mak ngan ayah..
Sepanjang raya tu hujan memang lebat. Nak pi ziarah rumah sedara pun tak boleh..orang pun tak datang ziarah.. kiranya kuih, tapai, ketupat tu makan sendirilah. Hari raya kedua barulah cuaca ok sikit.. barulah berpeluang pergi 2-3 rumah sedara Ala. Setiap rumah yang kitaorang pergi mesti makan nasi dengan lauk daging korban. Sampai rasa melekat lemak2 daging tu dalam perut.. bayangkan klu 2-3 rumah dok jamu lauk daging je.. daging singgang ngan daging goreng.. menu tu je yang diorang masak. Sedap tu memanglah sedap tapi bila banyak2 rasa muaklah plak..hihihi

Aku cuti 2 hari lepaih raya.. hari Rabu baru bertolak balik ke KL. Dalam pukul 10.30 pagi bertolak, pukul 4.30 petang dah sampai. Puas lah hati sebab dah balik kampung.. Tengoklah nanti Krismas aku balik Penang plak.. Yea,yea,yea balik kampung...

1 comment:

Mdm MimaAzlina said...

salam...
pah...
cam tak caya boleh jumpa blog kamu..
hehe..
mima tak tau plak pah ada blog..

anyway..
since today is your birthday i guess...
Happy Birthday ye