Aku suka cerita ni.. Romantik jer Rosyam Nor ngan Fauziah Latif.
Kisahnya begini ....Gelora Di Hati Sara bermula dengan kepulangan Asrul dan Sara yang baru menamatkan pengajian dari luar negara ke Malaysia. Di luar pengetahuan keluarga masing-masing, mereka sebenarnya sudah bernikah namun perkara itu terpaksa disembunyikan kerana bimbang sikap keluarga Asrul terutama ibunya, Datin Maria yang tidak suka anak berkahwin dengan pilihan sendiri. Apatah lagi ibunya menghidap penyakit jantung.Asrul meminta Sara bersabar dengan situasi mereka itu yang terpaksa menjalani kehidupan suami isteri secara sembunyi. Namun kesabaran Sara ada hadnya apatah lagi apabila membayangkan tempat isteri adalah di sisi suami. Sara mula mencari jalan bagaimana mahu mendampingi Asrul. Kebetulan syarikat keluarga Asrul berdepan dengan kes saman daripada sebuah syarikat pelanggan.Hinggalah Sara dilantik syarikat bapa Asrul, Datuk Taufik untuk mengendalikan kes itu. Kehadiran Sara itu mengejutkan Asrul yang begitu bimbang Sara akan membongkar rahsia perkahwinan mereka. Sebaliknya Sara bersikap selamba dan hanya menjalankan tugas yang diamanahkan. Dalam diam, Diana adik perempuan Asrul turut menyembunyikan rahsia konflik yang berlaku dalam rumah tangganya bersama Zaidi. Zaidi pula ialah menantu pilihan Datin Maria. Namun malang bagi Diana, apabila Zaidi suka menderanya tetapi Diana takut untuk mengadu kepada keluarganya. Tambahan pula di depan keluarganya, Zaidi mempamerkan sikap sopan santun dan menyayangi isterinya itu.Hakikatnya Zaidi yang diberikan kepercayaan menjawat jawatan penting dalam syarikat Datuk Taufik menggunakan kesempatan untuk mengaut keuntungan di belakang ayah mentuanya itu. Kehadiran Asrul dalam syarikat pula menimbulkan rasa kurang Zaidi kerana kegiatan jahat secara senyapnya terganggu. Begitu juga dengan kehadiran Sara yang ditugaskan Datuk Taufik menyelesaikan masalah syarikat.Kejayaan Sara mengetepikan kes saman tersebut menggembirakan Datuk Taufik yang kemudiannya melantik Sara menjadi peguam syarikatnya. Dalam diam Sara menyimpan dua misi iaitu untuk mendampingi suaminya dan menyiasat sesuatu yang dirasakan tidak kena pada Zaidi.Sementara itu, Datin Maria begitu beriya-iya mahu menjodohkan Asrul dengan Tengku Marina, anak Tengku Malik kenalannya. Perkara ini menimbulkan perasaan kurang senang di hati Asrul yang menempatkan dirinya dalam dilema kerana dia menyintai Sara sepenuh hati tetapi pada masa sama perlu memenuhi hasrat ibunya yang tidak sihat itu.Datuk Taufik pula dalam diam menyimpan hati terhadap Sara.
Tu je panjang lebar aku cerita... syok tak terkata... kira jiwang abis lah bila tengok cite ni.. Klu nak tahu lebih lanjut tengoklah RTM.. Dalam ASTRO tak der tau...hihihihi
No comments:
Post a Comment