ish, lama sungguh aku tak update blog ni.. bizi memanjang.. actually takde bende nak cite.. last weekend baru ni aku balik kampung sempena cuti Krismas. Ambik cuti 1 hari Jumaat tu.. nak amik lama2 cuti dah abis..so 1 hari pun 1 harilah.. janji aku hepi..
Actually famili aku (mak, ayah, adik, makdak sekeluarga) datang dari Penang pada hari Sabtu 20/12 lagi.. sibuk tul aku seharian kat rumah dengan nak masak lagi nak prepare tempat tidur lagi..malam tu plak pi pekena satay kajang kat rumah sedara mak aku kat Sungai Ramal. Rumah dia betul2 dekat dengan restoran satay kajang haji samuri tu.. kitaorang sampai dalam kul 9 malam, satay dah siap sedia terhidang sekali ngan bihun goreng perisa tomyam.. first time tu rasa bihun tu.. sedap beb.. walaupun dah kenyang, bihun bertambah tau.. ngan satay nyer lagi.. bercucuk2 aku makan malam tu.. nak makan banyak2 malu ngan tuan rumah.. Esoknya famili aku bertolak ke PD, Melaka dan tidur kat Batu Pahat. Seterusnya pi rumah bapak sedara aku kat Keratong 1o Pahang. Tidur kat sana semalaman. Hari Selasa baru datang rumah aku balik.. sebabnya aku nak ikut diorang balik kampung. Asalnya nak tumpang ayah je, nantinya balik ler naik bas.. pi carik tiket bas untuk balik KL, hampeh dah takde pun yang tinggal untuk aku ngan Ala. Terpaksalah balik naik kete sendiri.. takpelah duit masih banyak.. beli kete tak pakai rugi plak kan..
Disebabkan kereta aku kosong, apalagi semua orang ambik kesempatan nak shopping lagi kat Mydin plak esok tu.. Hari Rabu tu aku ambik keluar 2 jam awal.. ayah datang ambik aku kat opis.. Alkisahnya diorang baru je lepas jalan2 kat Mydin Masjid Jamek tu.. borong sakan.. klu encik Mydin tahu lah sapa paling banyak menyumbang kekayaan kat dia, mesti famili aku yang dapat anugerah hari tu.. lepas ambik aku kitaorang pi jalan2 kat chow kit. Lepas tu pi kedai yang jual frame ayat Quran tu.. mak ngan mak dak beli tikar buluh sorang 1. Aku plak pilih frame ayat Quran nak bagi hadiah kat sorang adik yang kawin pada 14.12.2008 (masa besday aku) .. sori lah lambat bagi.. klu dia terbaca blog ni, sori ek..anyway tahniah dan selamat berbahagia..
Tunggu Ala balik keje dulu sebab ari tu dia keje sampai kul 7 malam. So bertolaklah malam tu dalam kul 9.00 malam . Before tu pi pekena nasik goreng kat Tmn Batu Muda restoren betul2 depan kwsn kubur Karak. Adik aku naik sekali aku.. kereta Avanza ayah dah tak muat nak duduk sebab penuh ngan barang. Syok gak berkonvoi malam tu.. Ala lak dah lama tak bawak kete malam2, so berhati2 lah jugak malam tu.. dah lah dengan hujan renyai2. Kereta lak laju2 kat jalan.. Dalam kul 10.30 berhenti jap rehat kat hentian rehat Tapah. Lepas tu berhenti lak kat hentian rehat Bukit Gantang.. bershopping lak buah2 kat situ.. jambu besar2 lak tu.. sepeket RM10. Mak plak nampak je petai terus rembat.. boleh masak sambal petai ngan ikan bilis.. sedapnya...
Dalam kul 3.00 pagi sampai kat Sungai Dua.. berhenti dulu rumah pak ndak.. pekena mee udang Sungai Dua yang femes tu.. pukul 3 pun pukul 3 lah... di tambah lak dijamu ngan kopi Hang Tuah...fulamak...kita rembat dulu mee udang walaupun mata dah mengantuk giler. Sampai jer rumah tido tak hengat dunia.. sedapnya mee udang ni...dah lah sedap free plak tu.. siap bungkus lagi balik rumah
No comments:
Post a Comment