Saturday, January 31, 2009

Betul, betul Sedap..

Bosan sungguh semalam.. dahlah baru 3 hari keje lepas tu nak bercuti plak.. pepagi tu memanglah sibuk ngan auditor sibuk ngan nak compile stock take..tak menang tangan dibuatnya..
Tapi menjelang je petang.. kebosanan semakin terasa.. dengan perut lapar.. macam2 lah ada.. dahlah tu penat yang semalam pun tak abis lagi.. balik dalam kul 9 malam jugak tu yang mengantuk gila tu.. Dalam kul 4 jer ada offer plak dari kakak baju biru dalam gambar tu ajak makan roti gardenia baru 'Butterscotch'.. betul,betul sedap.. memang sedap pun. Memang sedap dimakan begitu saja..hihihi..Kat lain tak jual cuma kat 7E jer.. abis sebungkus roti tu.. giler babas makan.. tak hengat dunia..
Sempat lagi ambik gambar.. boleh update blog..Hilang rasa mengantuk.. perut pun dah tak berkeroncong.. tapi semangat nak buat keje tu dah tak der sebab dok pikir nak balik jer..

Thursday, January 29, 2009

kebizian yang amat sangat


Penatnyer aku rasa ari ni.. bizi betul aku tau... ari ni sibuk dengan stock take TMPoint.. dari semalam lagi start bizi..curik masa jer update blog..

Saturday, January 24, 2009

Kongsi Raya Kongsi Cuti


Syoknyer... minggu ni merupakan cuti hari minggu yang sangat panjang... Isnin dan Selasa ni berkongsi cuti ngan kaum Cina bersama2.. walaupun kita tak beraya ngan diorang, tapi yang pasti cutinyer sangatlah panjang.. dahlah tak balik kampung, tu yang terasa sangat panjangnyer cuti tu.. KL pun dah macam tak berapa jem ari ni.. ramai balik kampung.. Semalam je jem giler masa nak balik dari LRT Terminal Putra nak menghala ke Batu Caves ikut highway MRR2.. kereta tak bergerak2.. last2 kitaorang balik ikut jalan sebelah tol Karak tu.. ikut jalan nak pi UIA, pusing ke Greenwood baru masuk Batu Caves.. Sampai rumah dalam kul 7 jugaklah..
Seperti tahun2 lepas, kalau menjelangnya CNY ni yang paling mendapat sambutan ialah McD jual prosperity burger.. tahun ni ada Double Chicken Prosperity Burger dan Chicken Prosperity Burger..rasanya tahun ni sekali je makan.. sekali beli dahler.. tu pun dah cukup.. nak diet katakan.. tak leh ler melantak banyak2..
Yang keduanyer paling best bila CNY tentang jualan murah.. sales sana sini.. murah kat sana, murah kat sini.. janji ada duit semua menjadik.. nak tunggu malam CNY ni, kot2 ada sales kat mana2.. aku mesti pergi.. abis kopak duit aku malam raya tu.. diorang sibuk nak makan besar aku sibuk nak perabis duit.. dunia,dunia,dunia.. aku pun nak makan besar jugaklah malam tu..hihihi makan berdua jerlah..
Cuti ni nak kemana yer.. lom planning lagilah.. dok kat umah jer ker.. mesti boring giler.. mana taknyer 4 hari dok rumah.. mesti otak jem nyerlah.. nak pergi Genting ke Cameron Highlands? mesti ramai giler.. takut gak nak naik Genting ramai2 camni.. pi Cameron pun mesti jem giler kat Highway Utara Selatan tu.. spend cuti berdua jerlah.. buat ape2 yang patut erm,erm kemudian pi window shopping kat Giant sebelah rumah tu pun ok gak.. tengoklah nanti camner.. planning kena seimbang dengan fulus yang ada.. takut kang terbabas plak.. bulan Januari tak abis lagi ni.. kang bulan Febuari ni terpaksalah makan biskut kering jer lah...
K lah, untuk yang menyambut raya, diucapkan Happy Chinese New Year..

Friday, January 23, 2009

Gerhana Matahari Malaysia pada 26 Jan 2009

Dalam masa 7 hari lagi, dunia akan menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin. Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Di dalam kes 26 Januari nanti, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan. Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.
Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit. Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

Thursday, January 22, 2009

Hari ini dalam Sejarah - 22 Januari

Francis Bacon Lahir

Tanggal 22 Januari 1561, Francis Bacon, filsuf dan ahli matematik asal Inggris lahir ke dunia. Ia awalnya adalah seorang politisi. Akan tetapi, setelah terkena tuduhan melakukan korupsi, Bacon dipenjara. Di dalam tahanan itulah ia menunjukkan kejeniusannya. Di penjara, Bacon menulis sejumlah buku. Lewat buku-bukunya, Bacon memberikan sumbangan tak terhingga kepada kemajuan ilmu matematika dan filsafat Eropa. Di antara buku-bukunya yang terkenal adalah "The Logic of Sensation". Ia juga pernah menulis buku berisikan utopianya tentang pembangunan kota dan peradaban di bawah laut bernama "The New Atlantis".
Ratu Victoria meninggal Dunia
Tanggal 22 Januari tahun 1901, Victoria, Ratu Inggris terkenal, meninggal dunia pada usia 82 tahun. Ia dilahirkan tahun 1819 di kota London. Pada usia yang masih sangat muda, iaitu 18 tahun, Victoria sudah menjadi penguasa kerajaan Inggris, menggantikan pamannya, Raja Wiliam IV, yang meninggal dunia. Ratu Victoria memerintah selama 63 tahun sehingga merupakan masa pemerintahan terlama dalam sejarah Inggris. Victoria berhasil mempertahankan keberadaan sistem monarkhi di Inggrsi dan menjadikannya sebagai institusi politik seremonial.
Panitia Peyambutan Kepulangan Imam Khomeini Dibentuk
Tanggal 22 Januari 1979, dalam rangka menyambut kepulangan Pemimpin Besar Revolusi Islam Iran Imam Khomeini dari Paris, sebuah panitia penyambutan dibentuk oleh para ulama dan tokoh-tokoh masyarakat Teheran. Pembentukan panitia ini ternyata bukan hanya didukung oleh warga Teheran. Rakyat Iran dari berbagai pelosok negeri juga berdatangan ke Teheran untuk menyatakan dukungannya kepada pembentukan panitia tersebut. Mereka juga datang ke Teheran sekaligus untuk langsung terlibat dalam upacara sambutan atas kedatangan pemimpin agung mereka.
Andrei Sakharov Ditangkap
Tanggal 22 Januari 1980, Andrei Sakharov, ilmuwan Soviet, ditangkap oleh pemerintah Kremlin karena protes kerasnya atas invasi tentara merah Uni Soviet ke Afghanistan. Sakharov dilahirkan tahun 1921. Pada tahun, 1948, setelah menyelesaikan masa belajarnya di jurusan Fisika Universitas Moskow, Sakharov direkrut oleh Badan Nuklir Uni Soviet untuk dilibatkan dalam projek pembuatan bom hidrogen. Sakharov adalah tokoh utama di balik kesuksesan tim Uni Soviet dalam merakit bom hidrogen pertama di dunia yang dibuat pada tanggal 22 November 1955. Pada tahun 1975, Sakharov mendapatkan hadiah Nobel di bidang perdamaian. Ia menjadi orang Soviet pertama yang memperoleh penghargaan tersebut. Akhirnya, menyusul kritikannya yang sangat keras atas aksi invasi Soviet ke Afghanistan, Sakharov ditangkap dan diasingkan ke Gorky. Di tempat pengasingannya itu, Sakharov menjalani hari-hari kehidupannya dengan sangat berat. Pada tahun 1986, saat pemimpin reformis Soviet Mikhail Gorbacfhev berkuasa, Sakharov dibebaskan dan diperbolehkan kembali ke Moskow.

Wednesday, January 21, 2009

Gembira ke tak ni?

Ape kena ni? gembira dalam duka lak...
Ish!Ish!Ish sadis tul lah..
Bos takde 2 hari mulai esok...tapi hari ni pun tak nampak lagi..
Tapi time tulah plak Auditor datang... Tu yang duka tu..
Camner lah ni... serba salah tul.. nak senyum ke klu camni?
Haru birulah perasaan camni...
Mesti bizi giler nanti..
Moga2 kegembiraan ini tidak diganggu minggu ni..
klu minggu depan tak kisahpun..


Monday, January 19, 2009

Tercapai jugak hajat aku..

Hari ahad semalam, famili aku datang dari kampung.. tujuan sebenar nak hantar adik aku Heri daftar politeknik kat Sabak Bernam.. Dia baru abis Latihan Industri kat Penang selama 6 bulan.. Bulan 6 tahun ni tamatlah pengajian kat PSIS tu.. Pagi2 lagi dah berangkat ke Sabak Bernam.. Penuh jugak bonet kereta dengan perkakas Heri tu..

Nak bercerita alkisahnya sampai je diorang dalam kul 3 tu, sesudah makan tengahari bermulalah upacara memasak bubur asyura manis versi penang lah.. yang bole potong2 macam bengkang tu.. mak dah bawak serai, lengkuas, jagung, daun pandan, kelapa sebijik, dan paling penting kuali saiz besor tu.. klu kat utara panggil belanga... Dari semalam tu lagi mak dah pesan rendam beras 4 tin.. kiranya semalaman lah beras tu aku rendam.. dia tak nak guna tepung beras sebab rasa tak berapa sedap.. so nanti kenalah blend beras tu sampai hancur..aku beli kacang hijau, ubi keledek ngan kelapa parut 3 bijik.. nak bagi rasa lemak sikit.. kacang pun aku dah rendam siap2..

Ish,ish,ish lambat benor nak masak...letih tul aku..

Inilah chef nya semalam... siap berkain batik lagi kat dapur..

Inilah hasilnyer... setelah berpenat lelah di dapur..

Resepi asyura versi mak aku..hihihi

4 tin beras- rendam semalaman
3 bijik kelapa-ambik santannya
3 cawan gula merah-masak dan tapis airnyer..
sedikit lengkuas
serai
daun pandan dalam 5 helai.. lengkuas, serai ngan daun pandan kena blender sampai hancur-ambik jus jer..
jagung
kacang hijau-rendam kemudian rebus sehingga empuk
keledek-potong dadu
gula
garam

cara2 nak masak--senang jer..
blender lengkuas, serai, daun pandan-tapis air kemudian air tu guna untuk blender beras.. letak dalam kuali.. then masukkan ubi keledek dulu sebab lambat empuk.. then masukkan air gula merah yang sudah dimasak-- letak gula ngan garam sikit.. kemudian letak jagung ngan kacang hijau yang dah empuk tu.. then kacaulah sampai masak..hihihi.. letih nak kacau je sebab lama.. kul 4 start mengacau, pukul 6 lebih baru siap.. Kiranya dari penuh kuali kacau sehinggalah tinggal setengah...
Bila dah nak masak tu, akulah yang dok calit ngan jari sikit2 kat dalam piring.. kiranya abis kat aku dululah.. boleh dalam 2 bekas besar letak setinggi 3-4 inci je, 2 bekas kecik, sedikit dalam piring.. Bila dah agak sejuk, aku potong-potong cam potong bengkang atau tepung talam tu letak dalam 3 piring besar.. ketuk rumah jiran terdekat hantar sikit bagi rasa.. bawak 1 bekas ke opis ari ni.. aku siap potong letak kat meja depan tu... nampak cam dah nak abis... ok ler tu... boleh pakat rasa sorang sikit.. aku pun puas hati dapat makan bubur asyura manis tu.. buat sendiri lak tu-- mak aku cuma bagi arahan jer.. dok tolong kacau sikit2 tapi terima kasihlah mak sebab sudi nak tolong penuhi hajat aku tu.... selebihnya akulah chef masak bubur asyura manis semalam...hihihi

Saturday, January 17, 2009

Sungai di Syurga

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batupermata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripadasusu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahanAllah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyukketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allahs.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalahtetapi dizalimi.

Friday, January 16, 2009

Kau Ratuku Ifa

Saje je nak post lagu ni.. sebabnya teringat ni lah lagu pertama aku dapat masa mula2 bercinta dulu dengan Ex-pakwe... Masa lunch tadi tak kemana pun.. dok kat opis jer.. member yang lain semua keluar shopping.. tinggal aku dan 3 orang je sesama auditor kat dalam bilik tu.. tengah2 dok update blog ni.. kedengaran lagu ni kat corong radio.. apelagi tersentaklah aku kejap.. teringat lak kat Ex-pakwe yang itu.. Aku taulah aku dah ada suami, tapi bila dengar atau ingat sesuatu yang pernah terjadi, mesti terkenang jugak sikit2.. almaklumlah first love katakan..Lagipun tengah free ni... bolehlah edit ape2 yang patut.. Ni lagu Awie tau.. sape yang ingat tu nyanyilah sikit.. lirik dah ada kat bawah ni..
Ratu Ku
Bisikan yang pertama
Membawa erti untuk selamanya
Aku bagai tak percaya
Apa yang telah pun kurasa
Engkau bagaikan ohhh... permataku
Engkau pun jua ratuku
Engkaulah segalanya
Engkau hanyalah untuk diriku
Aku hanya untukmu
Itulah janjiku padamu
Kita bagaikan ombak dan pantai
Tidakkan terpisah lagi
Walaupun pasangnya
Walaupun surutnya laut
Ratapan naluri
Memanggilkan namamu
Kerana pertemuan ini
Akanku abadikan
Segala memori
Kulewati waktu itu
Didalam pelukanku
Gugurnya pemisah
Di antara kita terbinanya
Satu mercu tanda
Cinta yang setia
Meredahi masa meniti usia
Hingga keakhirnya
Ku abadi cinta dihati ini

Wednesday, January 14, 2009

Menanti Kehadiran Ababil

Ya ALLAH Ya Tuhan Kami
Turunkanlah Bantuan Mu Kepada Umat Islam Di Palestin
Sebagaimana Engkau Pernah Menghantar Burung-Burung Ababil
Untuk Menghancurkan Tentera Bergajah Musyrikin
Dan Sebegitu Juga Engkau Menghancurkan
Rejim Zionis Yang Maha Zalim dan Mungkar
AMIN ..


Betapa pilunya hati ini bila menatap wajah duka kanak2 yang tidak berdosa menjadi yatim merasai sengsara di atas dunia.. semoga kesengsaraan mereka akan berakhir secepat mungkin.. Amin...

Thursday, January 8, 2009

Aduhai teringinnyer bila dah 10 Muharam ni...

Semalam dah 10 Muharam.. tiber2 jer tekak ni teringin nak makan sesuatu.. ape lagi bubur asyura lah.. so sekadar renungan:-

Pada 10 Muharam, misalnya masyarakat Islam sering membuat sejenis bubur yang dinamakan bubur Asyura. Asyura itu diambil dari perkataan ‘Asyarah' dalam bahasa Arab yang bermaksud sepuluh. Jadi hari Asyura itu ertinya hari yang ke sepuluh bulan Muharam. Hari itu mengikut keterangan hadis yang sahih ialah hari bersejarah pada umat Yahudi pada zaman Nabi Musa as, kerana pada hari itu Allah menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya serta menenggelamkan Firaun. Junjungan Rasulullah juga memerintahkan umat Islam berpuasa sunat dan meluaskan perbelanjaan kepada keluarga pada hari itu.


Bubur adalah merupakan makanan yang mendatangkan berkah menurut hadith Nabi SAW, namun hal itu tidak berkaitan langsung dengan hari 'Asyura'. Makanlah dengan niat untuk kenyang, dan hadiahkanlah kepada orang lain dengan niat sedekah.


So, untuk pengetahuan setiap negeri mempunyai pelbagai jenis hidangan bubur asyura ni.. aku dah pernah makan versi Timur dan setiap kali Muharam, aku akan makan versi utara punya.. bagi aku versi utara lah yang paling sedap sebab dah nak masuk 30 tahun aku makan bubur asyura versi utara.. orang kata tekak dah masak dengan bubur asyura versi utara tu.. Kat Penang sebut bubuq sora.. kat kampung makan yang masih panas2,di cedok dari kawah,masih mendidih lagi.letak atas daun pisang makan guna jari jer..sedap.....whaaooo....walaupun lidah dah kebas sebab masih panas..

Bubuq sora Utara

Resepi bubur asyura utara

1 cwn tpg beras
2 cwn santan/air
1/2 cwn gula merah
3 sdb gula pasir
segenggam kacang hijau - direbus empuk dulu
sebiji keledek oren - direbus empuk
1 tin jagung

Cara2nya

rebus dulu gula merah + skit air ngan pandan hingga gula cair kemudian tapis. pastu masuk tepung, gula, santan dalam piyok then kacau perlahan2 and make sure tak berketul. api jgn kuat sangat. dah agak pekat masuk je apa2 segala kacang, ubi dan jagung tu ke dlmnya dan kacau le hingga kental. sebenarnya lagi lama kita kacau lagi sedap. pas tu masuk loyang dan sejukkan dulu sebelum boleh dipotong.


bubur Asyura kelate

Kat kelate tak sebut bubur, diorang sebut sugho je.. Nak masak benda ni kalau satu kawah tu mula dari pukul 8pg, pukul 4 ptg baru bleh makan. Simpan 3 hari pun belum basi. Sugho kelate ni unik sangat termasuk rasa dan warnanya...tengok sugho warna itam cam itu…tapi makan sedap katanya rasa macam ada rempah…memang sugho berempahpun...

BUBUR ASYURA VERSI KELATE
Bahan-bahannya:
1 kg beras1 kg bawang merah(500 gm dimesin ,500 gm dijadikan bawang goreng)
1 kg gula
1 kg daging
1 kg santan
250 gm kacang hijau
500 gm ubi keledek
250 gm kerisek
2 btg serai
2 cm halia
5 ulas bawang putih
3 s/b rempah ashura
garam

cara2

:-1. Masukkan beras, kacang, keledek dan daging sehingga lembut dan hancur.2. Mesinkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.4. Masukkan rempah, kerisek, bawang goreng dan santan.5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.6. Tuangkan dlam loyang atau bekas kecil.7. Sejukkan dan boleh dihidangkan..

Ada hati gak nak buat bubur asyura hari cuti ni... tunggu....

Wednesday, January 7, 2009

Dr.Fadhilah Kamsah menulis ……...


Dr.Fadhilah Kamsah menulis ……...
Assalammualaikum. ..... Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ... Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ... Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ....arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Bila baca kisah ni baru terfikir tul gak kata Dr Fadhilah tu, zaman sekarang mak atau bapa yang selalu perabihkan lebihan makanan anak2 sebab tu mak atau bapa yang lembut hati ngan anak2 tapi anak2 perangai macam hantu.. kena ambik dan amalkan petua Dr Fadhilah ni..

Tuesday, January 6, 2009

Kelahiran yang dinanti

Pada 2.1.2009 baru-baru ni rakan opis aku Zita telah selamat melahirkan seorang baby perempuan di HKL... Kena bedah plak.. cian dia.. so tengahari tadi kitorang berkonvoi 2 buah kereta berarak ke HKL. Dapatlah menatap wajah Darwisha Balqis yang comel itu.. sedap tul namenya.. Moga2 besar nanti menjadi anak yang solehah kepada mama dan papa ye..

Lepas baca blog Intan alih2 dengar sorang lagi member sekolah teknik Mariah plak dah bersalin baby boy pada 1.1.2009 baru. Sedap gak nama baby tu.. Amir Harith.. nama pilihanku ni..baby ni anak kedua Mariah.. Yang sulung tu perempuan.. So dah sepasanglah anak Mariah..Tahniah ye kawan..

Hari Ahad lepas member rapat aku Yuzi lak ajak pi tengok member masa kat UM iaitu Leha.. Bersalin anak perempuan.. Anak kedua jugak.. So dua2 lah perempuan anak Leha ni.. Tahniah ye Leha.. Ada masa aku jengok nanti.. tak sabar rasanya nak tengok wajah comel Nur Aqlima nanti..


Anyway tahniah ye Zita, Mariah dan juga Leha.. semoga anda semua menjadi ibu mithali kepada Darwisha, Amir dan Aqlima..


Monday, January 5, 2009

Two in One Celebrations..

Yoohooo.... Hepi Birthday to my hero yang ke-30... Moga-moga hidup diberkati Allah dan sentiasa dimurahkan rezeki... Semoga panjang umur dan jadi suami yang baik. Jangan marah2 nanti cepat tua dan yang paling penting sayangi isteri anda sepenuhnya.. Jangan main mata ngan anakdara kat opis.. ingat isteri selalu..

1 lagi hari ni merupakan ulangtahun perkahwinan aku ngan Ala yang ke-5.. ( 5.1.2004-5.1.2009). Moga-moga Allah sentiasa memberkati perhubungan ini dan dilimpahi rahmat selalu sehingga akhir hayat.. Ingatlah susah senang kita bersama dari usia sehari perkahwinan sehinggalah ke hari ni.. Betapa bahagianya kita apabila dapat membina mahligai kita sendiri..Semoga kebahagian kekal ke akhirnya. Amin....