Tuesday, January 6, 2009

Kelahiran yang dinanti

Pada 2.1.2009 baru-baru ni rakan opis aku Zita telah selamat melahirkan seorang baby perempuan di HKL... Kena bedah plak.. cian dia.. so tengahari tadi kitorang berkonvoi 2 buah kereta berarak ke HKL. Dapatlah menatap wajah Darwisha Balqis yang comel itu.. sedap tul namenya.. Moga2 besar nanti menjadi anak yang solehah kepada mama dan papa ye..

Lepas baca blog Intan alih2 dengar sorang lagi member sekolah teknik Mariah plak dah bersalin baby boy pada 1.1.2009 baru. Sedap gak nama baby tu.. Amir Harith.. nama pilihanku ni..baby ni anak kedua Mariah.. Yang sulung tu perempuan.. So dah sepasanglah anak Mariah..Tahniah ye kawan..

Hari Ahad lepas member rapat aku Yuzi lak ajak pi tengok member masa kat UM iaitu Leha.. Bersalin anak perempuan.. Anak kedua jugak.. So dua2 lah perempuan anak Leha ni.. Tahniah ye Leha.. Ada masa aku jengok nanti.. tak sabar rasanya nak tengok wajah comel Nur Aqlima nanti..


Anyway tahniah ye Zita, Mariah dan juga Leha.. semoga anda semua menjadi ibu mithali kepada Darwisha, Amir dan Aqlima..


No comments: