Thursday, January 8, 2009

Aduhai teringinnyer bila dah 10 Muharam ni...

Semalam dah 10 Muharam.. tiber2 jer tekak ni teringin nak makan sesuatu.. ape lagi bubur asyura lah.. so sekadar renungan:-

Pada 10 Muharam, misalnya masyarakat Islam sering membuat sejenis bubur yang dinamakan bubur Asyura. Asyura itu diambil dari perkataan ‘Asyarah' dalam bahasa Arab yang bermaksud sepuluh. Jadi hari Asyura itu ertinya hari yang ke sepuluh bulan Muharam. Hari itu mengikut keterangan hadis yang sahih ialah hari bersejarah pada umat Yahudi pada zaman Nabi Musa as, kerana pada hari itu Allah menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya serta menenggelamkan Firaun. Junjungan Rasulullah juga memerintahkan umat Islam berpuasa sunat dan meluaskan perbelanjaan kepada keluarga pada hari itu.


Bubur adalah merupakan makanan yang mendatangkan berkah menurut hadith Nabi SAW, namun hal itu tidak berkaitan langsung dengan hari 'Asyura'. Makanlah dengan niat untuk kenyang, dan hadiahkanlah kepada orang lain dengan niat sedekah.


So, untuk pengetahuan setiap negeri mempunyai pelbagai jenis hidangan bubur asyura ni.. aku dah pernah makan versi Timur dan setiap kali Muharam, aku akan makan versi utara punya.. bagi aku versi utara lah yang paling sedap sebab dah nak masuk 30 tahun aku makan bubur asyura versi utara.. orang kata tekak dah masak dengan bubur asyura versi utara tu.. Kat Penang sebut bubuq sora.. kat kampung makan yang masih panas2,di cedok dari kawah,masih mendidih lagi.letak atas daun pisang makan guna jari jer..sedap.....whaaooo....walaupun lidah dah kebas sebab masih panas..

Bubuq sora Utara

Resepi bubur asyura utara

1 cwn tpg beras
2 cwn santan/air
1/2 cwn gula merah
3 sdb gula pasir
segenggam kacang hijau - direbus empuk dulu
sebiji keledek oren - direbus empuk
1 tin jagung

Cara2nya

rebus dulu gula merah + skit air ngan pandan hingga gula cair kemudian tapis. pastu masuk tepung, gula, santan dalam piyok then kacau perlahan2 and make sure tak berketul. api jgn kuat sangat. dah agak pekat masuk je apa2 segala kacang, ubi dan jagung tu ke dlmnya dan kacau le hingga kental. sebenarnya lagi lama kita kacau lagi sedap. pas tu masuk loyang dan sejukkan dulu sebelum boleh dipotong.


bubur Asyura kelate

Kat kelate tak sebut bubur, diorang sebut sugho je.. Nak masak benda ni kalau satu kawah tu mula dari pukul 8pg, pukul 4 ptg baru bleh makan. Simpan 3 hari pun belum basi. Sugho kelate ni unik sangat termasuk rasa dan warnanya...tengok sugho warna itam cam itu…tapi makan sedap katanya rasa macam ada rempah…memang sugho berempahpun...

BUBUR ASYURA VERSI KELATE
Bahan-bahannya:
1 kg beras1 kg bawang merah(500 gm dimesin ,500 gm dijadikan bawang goreng)
1 kg gula
1 kg daging
1 kg santan
250 gm kacang hijau
500 gm ubi keledek
250 gm kerisek
2 btg serai
2 cm halia
5 ulas bawang putih
3 s/b rempah ashura
garam

cara2

:-1. Masukkan beras, kacang, keledek dan daging sehingga lembut dan hancur.2. Mesinkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.4. Masukkan rempah, kerisek, bawang goreng dan santan.5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.6. Tuangkan dlam loyang atau bekas kecil.7. Sejukkan dan boleh dihidangkan..

Ada hati gak nak buat bubur asyura hari cuti ni... tunggu....

No comments: