Saturday, January 24, 2009

Kongsi Raya Kongsi Cuti


Syoknyer... minggu ni merupakan cuti hari minggu yang sangat panjang... Isnin dan Selasa ni berkongsi cuti ngan kaum Cina bersama2.. walaupun kita tak beraya ngan diorang, tapi yang pasti cutinyer sangatlah panjang.. dahlah tak balik kampung, tu yang terasa sangat panjangnyer cuti tu.. KL pun dah macam tak berapa jem ari ni.. ramai balik kampung.. Semalam je jem giler masa nak balik dari LRT Terminal Putra nak menghala ke Batu Caves ikut highway MRR2.. kereta tak bergerak2.. last2 kitaorang balik ikut jalan sebelah tol Karak tu.. ikut jalan nak pi UIA, pusing ke Greenwood baru masuk Batu Caves.. Sampai rumah dalam kul 7 jugaklah..
Seperti tahun2 lepas, kalau menjelangnya CNY ni yang paling mendapat sambutan ialah McD jual prosperity burger.. tahun ni ada Double Chicken Prosperity Burger dan Chicken Prosperity Burger..rasanya tahun ni sekali je makan.. sekali beli dahler.. tu pun dah cukup.. nak diet katakan.. tak leh ler melantak banyak2..
Yang keduanyer paling best bila CNY tentang jualan murah.. sales sana sini.. murah kat sana, murah kat sini.. janji ada duit semua menjadik.. nak tunggu malam CNY ni, kot2 ada sales kat mana2.. aku mesti pergi.. abis kopak duit aku malam raya tu.. diorang sibuk nak makan besar aku sibuk nak perabis duit.. dunia,dunia,dunia.. aku pun nak makan besar jugaklah malam tu..hihihi makan berdua jerlah..
Cuti ni nak kemana yer.. lom planning lagilah.. dok kat umah jer ker.. mesti boring giler.. mana taknyer 4 hari dok rumah.. mesti otak jem nyerlah.. nak pergi Genting ke Cameron Highlands? mesti ramai giler.. takut gak nak naik Genting ramai2 camni.. pi Cameron pun mesti jem giler kat Highway Utara Selatan tu.. spend cuti berdua jerlah.. buat ape2 yang patut erm,erm kemudian pi window shopping kat Giant sebelah rumah tu pun ok gak.. tengoklah nanti camner.. planning kena seimbang dengan fulus yang ada.. takut kang terbabas plak.. bulan Januari tak abis lagi ni.. kang bulan Febuari ni terpaksalah makan biskut kering jer lah...
K lah, untuk yang menyambut raya, diucapkan Happy Chinese New Year..

No comments: