Tuesday, June 7, 2011

Balik kampung kenduri kawen.. part 1

Salam semua..

Hari ni aku cuti lagi .. Dinie Irsyad diserang asma lagi.. so kena pi klinik sedut gas.. sampai 2 kali.. pagi tadi dan pukul 5 ptg plak.. sekarang ni dia tido kat umah pengasuh.. aku hantar tadi sebab nak siapkan 1 kerja yang sepatutnya aku buat ari ni.. tapi terbantut sebab terpaksa cuti.. so aku ingat nak buat kat rumah..dah pick up semua data dan tengah tunggu save monthly epos tracking lak.. orang kat sambil menyelam minum air.. sekejap save sekejap update blog..

tido keletihan otw balik kg

Hari ni aku nak cite pasal balik kampung.. balik Kelantan sebab ada kenduri kawin adik ipar aku.. Ayah Wei ngan Ejah.. Nikahnya hari Rabu malam khamis, khamis kenduri kat rumah pengantin perempuan.. so sempatlah aku bertandang sama.. pagi hari khamis tu janjinya nak balik pukul 4 pagi tapi terlajak tido pukul 5.30 pagi baru bertolak dari Batu Caves.. Lebih kurang pukul11 pagi dah sampai kat kampung Ala.

Masa tu semua orang dah bizi2 siapkan barang hantaran, dok masak untuk tetamu yang nak turut sekali bertandang, kiranya keadaan amat lah bizi lah..so mai lah kita usher dulu gambar2 masa kenduri kat rumah pengantin perempuan tu..rasanya yang pi ari tu kat 10 bijik kereta jugaklah..kiranya 1 khemah tu penuh dengan keluarga pengantin lelaki je lah..kami dihidangkan dengan gulai daging, ayam masak pedas, ikan kering goreng, kerabu nangka, acar timun dan mcm2 ada..tak reti nak sebut nama makanan..eh bukan tak ingat nama makanan tu.. pelik sikit..

semua sekali ada 7 termasuk kek tiada dalam gambar

tok tua tengah agihkan duit kenal untuk bagi kat
pengantin perempuan..


bergambar anak ngan mak sementara menunggu time
nak menuju rumah pengantin..


anak merengek nak turun bapak tak kasik..


pengantin lelaki tunduk malu

ibarat raja sehari berpayung kuning..

keluarga pengantin lelaki termasuk aku ngan Dinie Irsyad..

Selamat pengantin baru..moga bahagia ke akhir hayat..


majlis tepung tawar.. tok tua sedang menyuap
garam dan gula ke dalam mulut menantu baru..


bagi duit kenal kat pengantin perempuan..

bergambar kenangan seisi keluarga pengantin lelaki..


pengantin lama..

majlis makan beradap..

bergambar kenangan sebelum balik..dengan sisa tn rumah,,

Semestinye lah kan..setiap kali kenduri mesti dapat sisa yang best2...kebiasaan nye coklat dan gula- gula..ore kelate kata sisa klu biasanya dipanggil cenderahati..entah betul ke idak alah sama je sebenarnya...

oklah stop dulu .. nak pi klinik plak lagi sekali.. bawak Dinie Irsyad sedut gas.. nanti aku update lagi..

1 comment:

Ilhamny.com said...

lama x update makcik...