Tuesday, June 7, 2011

Balik kampung .. part 2

Salam...

Hari sabtu berlangsung plak majlis perkahwinan sebelah pengantin lelaki.. kami sekeluarga tersangatlah sibuk dengan tugas masing2.. sampaikan tugas orang lain pun kami nak buat.. tak kisahlah janji cepat siap..

Ari khamis lepas je balik dari majlis rumah pengantin perempuan, aku dan famili kecik aku serta adik Ala iaitu Anis meronda pekan Tanah Merah.. naik turun pasaraya Aneka yang famous kat situ... round punya round beli lagi 2 helai seluar kat Dinie Irsyad.. pahtu tu waktu balik singgah kat Bukit Bunga - tmpat orang soping barang murah.. macam kat Rantau Panjang lah tapi kat situ mahal .. klu orang luar diorang charge harga lebih tinggi.. tak speaking klate terus harga naik.. tapi tak pelah kitaorang just nak beli kuda plastik mainan tu.. tawar punya tawar dapat RM13. Beli baju Kelantan kat Dinie Irsyad dengan harga RM15..

walaupun lahir kat Penang, Kelate juga aku sokong..
actually abah yang belikan.
.

Pahtu masa balik teringat plak yang Emi pesan kuali hitam.. nasib baik berhenti kat 1 tmpat tu nama Wazaria kot.. tak ingat plak.. lebih kuranglah.. barang lagi murah.. Ala beli kapalterbang, lori besar, motor besar.. murah sesangat.. tak sampai RM50 pun.. jatuh 1 jenis lebih kurang RM10-15 jer.. beli kuali kat Emi pun kat situ lah..

Oklah berbalik pada majlis perkahwinan adik ALa ni.. famili aku pun datang gak ari kenduri tu..yang datang 2 bijik kereta..

Penang mari..

famili dari Penang join kenduri..

Dinie Irsyad yang asik buat perangai jer..

bersama mama..

gambar family lagi..

dah tiba pengantin perempuan..

ayah wei ngan mok ja

famili pengantin perempuan..

makan beradap..kak ipar ngan biras dia masak..

pengantin tak abis makan, orang lain tulong perabih..

ni paling aku terkejut.. sape lak bergambar dengan Ala ni..rasanya bukan aku nih..

Famili aku datang tapi tanpa mak.. aku dah tau kenapa mak tak datang..huhuhu

Walaupun aku terkejut dengan 1 berita berkenaan mak aku yang masuk hospital ari khamis lagi.. tapi disebabkan tak nak bagi aku terkejut, diorang rahsiakan perkara ni sehinggalah aku telefon pagi Jumaat tu.. tu pun ayah tersasul tersebut mak masuk hospital.. 2 jari mak tangan sebelah kanan terkena mesin kelapa.. memang terkejut giler aku.. rasa macam jantung nak tercabut jer..lepas dengar cite tu mood nak kenduri dah memang hilang langsung.. tapi kena buat macam takde pape sebab tak nak kenduri jadi tak best plak.. takpe niat hati ari Ahad pepagi tu nak terus balik Penang tengok mak..so kitaorang dahpun sampai penang petang Ahad tu terus ke Hospital Seberang Jaya tmpt Dinie Irsyad dilahirkan tu lah untuk tengok mak..

cian kan.. tu pun tanya lagi kat ayah..
cuti sebulan boleh kan..cuti dari buat kelapa parut ler tu..
ada hati lagi tuh..

aku ngan mak..

Dinie Irsyad kat rumah wan ngan tok..
naik kuda yang beli kat Bukit Bunga ari tuh..

Aku balik KL ari Isnin.. sebelum tu pi lagi HSJ tengok mak.. dah buat operation sambung urat jari tu.. alhamdulillah.. tunggu masa nak balik jer.. harap mak sihat dan dapat buat santan balik.. orang kampung dok tunggu bila lah boleh dapat santan segar nih..hehe

No comments: