Oklah,, pah jer balik dari gathering kat Lake Garden, aku tumpang Afne follow kete kak Ros menuju destinasi kedua iaitu KLCC.. tujuan utamanya nak bawak anak2 masing2 bermandi manda kat sana... almaklumlah asyik dok dengar kak Ros bawak Adam kat sana, nak ler merasa sekali pi mandi kat KLCC.. sampai jer KLCC menapak lah ke kolam mandi tu.. tapi Dinie Irsyad ngan Haziq dah tido.. so kitaorang pun tunggulah lepak kat tepi tu.. kak Ros jadi penjaga Hana sekali ngan Adam pi mandi.. seronok tul tengok budak2 tu..
mak-mak orang ni dah siap nak balik..
Masa kat KLCC ni kitaorang kan bawak bekalan dari Gathering Finance tadi.. so start berpicnic kat sini lak.. sorang bukak bihun, nasik kuih-muih alih2 masing2 kenyang.. nasib baik ada air orang tu menang teka bisu..hehehe.. bila dah siap makan, mandi, berkemas2 untuk menujuk ke destinasi masing2.. aku menuju ke arah LRT.. thanks kak Ros ngan Afne sebab sudi bawakan kitaorang berdua ni mandi kat KLCC.. ni first time bawak Dinie Irsyad naik LRT.. tu pun sebab ada orang tu cakap, ko kena biasakan dia dengan benda2 baru... tul..tul..tul...mula2 naik dia tak perasan pun naik ape...bila LRT bergerak mulalah takut.. pahtu ok... nak duk kat depan gerabak lak tu.. nampak jer lrt lain lalu kat sebelah, mulalah mama... bas,bas,bas... ade ker patut dia panggil bas kat LRT tu...tapi oklah tu daripada takut nak naik kan...
No comments:
Post a Comment