Friday, August 26, 2011

Bingkisan Salam Syawal..


Sempena Syawal yang menjelang.... Kami sekeluarga memohon ribuan ampun maaf buat semua yang mengenali.. sama ada secara sedar ataupun tidak..tidak kira di alam nyata ataupun alam maya..Semoga semuanya bergembira menanti kedatangan Syawal yang indah ini.. kepada yang bercuti diucapkan selamat bercuti panjang dan pandulah dengan selamat pulang ke kampung bersama keluarga..

Aku tahun ni bersama keluarga kecilku akan pulang berhari raya di Kepala Batas, Penang dahulu bersama ibu, ayah dan adik2.. ketupat lemang sentiasa dirindui.. agak2nya boleh ker makan ketupat mak buat tahun ni.. almaklumlah tangan tak berapa ok lagi kan.. nak buat sendiri tak pandai.. pepagi raya biasanya bersalam-salaman dengan keluarga, makan2, pergi solat raya kat surau kampung, melawat kubur.. dah 2 tahun tak pergi menjengah pusara adikku Fadli.. semoga rohnya tenang dan aman di sana.. pahtu barulah menziarah saudara mara..sehinggalah ke malam..

Pepagi raya kedua akan berangkat pulang ke kampung sebelah suami kat Kampung Sungai Satan, Ayer Lanas, Kelantan.. so 2 kampung macam biasa lah.. tak berebut2 ikut giliran.. tetap balik .. makan tapai banyak2, ketupat manis, laksam, nasi kerabu.. fuhhh... terangkat..nak makan tu kenalah menziarah rumah sedara banyak2.. Dinie Irsyad.. jangan lupa kutip duit raya berbanyak.. So sabtu nanti Insyaallah akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur..

1 comment:

Rozie said...

Salam Lebaran n Selamat hari raya.. maaf Zahir batin..