Thursday, January 21, 2010

Tak berhati perut langsung..

Pagi tadi aku dikejutkan dengan 1 berita mengenai seorang kanak2 bernama Muhammad Faiz.. Budak ni adalah daripada Rumah Kebajikan Masyarakat di Kuala Lumpur.. Faiz diambil dan dijadikan anak angkat oleh adik kepada biras aku.. alkisahnya masa dia diambil dulu, badannya abis berkudis.. tengok orang pun takut2.. tak biasa. Masa tu dia baru 8 bulan.. abang ipar ngan biras aku lah yang jaga sebab mak angkat dia tak nak bela lagi.. sampai usia setahun lebih baru diambil oleh mak ngn bapak angkat dia.. sekarang ni usia dia dah 2 tahun setengah.. lebih kuranglah..
Abang ipar ngan biras aku punyalah sayang teramat kat Faiz ni.. bapa mertua ngan mak mertua aku pun sama.. diorang dah anggap Faiz ni macam cucu sendirik.. nak dijadikan cerita, mak angkat ngan bapa angkat dia ambik lagi sorang anak angkat perempuan.. baru lahir.. anak yang tak berbapak.. diorang ni amatlah sayang sangat dengan yang pompuan ni.. sampai lupakan si Faiz.. Faiz dipulangkan semula ke rumah kebajikan .. disebabkan Faiz dah lama bersama diorang, so Faiz buat perangai.. asyik nangis jer.. budak 2 tahun mana tahu ape-ape.. melentinglah biras aku ngan adik dia ni.. dah lah dulu ambik bagi dia jaga.. nak pi hantar semula kat rumah kebajikan tak bagitahu.. sekurang2nya biras ngan abang ipar aku boleh jadik penjaga Faiz semula.. tak pun boleh ambik Faiz jadik anak angkat diorang.. diorang pun cuma ada anak sorang jer..

Nasib baik diorang dapat tahu.. tu pun dari orang lain.. dah pi pejabat kebajikan.. nak pohon Faiz jadi anak angkat diorang.. hari ni orang pejabat kebajikan datang ke rumah.. harap2 dapat semula Faiz..

Geram betul kat keluarga angkat Faiz tu.. tak berhati perut langsung.. dah lah pi hantar ke sana letak beg ngan letak Faiz jer kat rumah tu.. tak bagitahu ape2 langsung kat famili.. nak kata bodoh belajar sampai luar negara.. laki bini orang kaya.. takkan tak boleh nak jaga 2 orang anak angkat tu.. takkan nak membezakan anak angkat kot.. masa ambik tak ingat, sekarang dah jadik macam tu plak.. gilak punya orang.. Harap2 Faiz dapat jadik anak sedara angkat aku ngan ala plak lepas ni.. terjaga sikit nasib dia.. anugerah Allah yang tak ternilai.. tu pun diorang tak hargai..


4 comments:

Afne said...

bila dh ada anak sendiri, lg sensitif kan kita dlm menilai erti ksh syg anak & ibu. meskipun faiz tu cuma anak angkat, tak sepatutnya mak bapak angkat dia buat mcm tu. moga faiz dpt kehidupan yg lbh baik, insyaallah.

blaja tinggi2 tak semestinya pandai. setiap org ada bhgian masing2.

Liessa said...

eeee...geram nye kak efa...nape la wujud org mcm tu kat dunia nie...klu ikut hati...baik humban je org cam tu dlm mulut rimau...
haiwan pun tau sayang anak...ish ish ish...

Ilhamny.com said...

sedihnya..tringat pulak anak aku yg dua tahun dkt rumah..kecik sgt xmengerti apa2 pun..moga faiz dpt org yg terbaik utk menjaga dia..semoga dia mendapat perlindungan penuh dr allah..

rossysweety said...

nak menangis bila epa story kisah budak faiz tu ...apa BODOH sgt mak angkat (1st ) tu???kalau tak nak jaga , jgn buat budak tu cam bola....BODOH punya org...geram betul la...

mmg patut pun tak ada anak sendiri...