Monday, April 22, 2013

Awat malas sangat ni..

Salam,,

Awat ni rasa camni ni..malas tul nak update ..walaupun semua orang takdak kat rumah tinggal aku ngan baby je ni tapi nak mengarang dalam blog ni rasa malas sangat. Mood takde..baby tido pun aku tak leh nak update blog..tengah tunggu bakar tungku.. pahni nak bertungku.. sambil tungku sambil lelap jap mata sat gi..almaklumlah semalam baby kecik tak mau tidoo..kena cirit birit lak.. gara2 aku makan nasik letak kuah kari sikit dalam nasik berlaukkan ikan haruan bakar... Alih2 baby jadik mangsa..

Nantilah aku update  blog ..ari ni dah 32 hri pantang.. harap2 dapat mengharungi waktu berpantang yang tinggal tak berapa lama lagi ni.. tak sabar rasanya nak tengok dunia luar sana..dah terkurung dalam rumah lama sudah..orang kata bendera dah banyak gantung kat jalan sana.. tak dapat nak merasai meriahnya bendera bergantungan. Tapi apa2 hal 5 hb Mei ni dah abis pantang dan dah boleh pi mengundi... Syyy undi sape?? Undi adalah rahsia..

bye.. noideatoday

Thursday, April 18, 2013

hero no 2 dah kuarlah...

Salam,

Alhamdulillah aku dah selamat bersalin..




 

fuhhhh bersawang blog aku...dah lama tak update blog..cam dekat setahun dah..malam ni baru berpeluang nak update sedikit dulu blog ni.. so kisahnya pasal aku punya hero no 2 lah..  untuk intro ni kita bg cket dululah..just nak inform aku dah selamat bersalinkan hero baru ni kat Hospital Selayang tanggal 22 hb Mac 2013 baru ni..baby ni berat 3.62kg kecik sikit dari abangnya Dinie Irsyad

Hari ni genap 28 hari dah aku dalam berpantang..walaupun tak nampak berapa susut lagi berat ni tapi Alhamdulillah aku semakin sihat..lagipula dalam pantang ni ada mak nak jga baby dan jaga aku..tu yang syoknya berpantang kat kampung ni..dalam hati, rindu kat suami kita pendamkan dulu yer..hehe

Hero no 2 ni kitaorang namakan Muhammad Darwisy Adli.. maksudnya Muhammad tu terpuji, Darwisy maksud yang warak dan Adli semestinya yang adil. Darwisy tu Dinie Irsyad selalu dok usap perut masa mengandung..sikit2 baby Darwisy.. Adli lak aku amik sempena nama aruah adik aku Zulfadli yang meninggal tu. aku amik Adli shj. Bila sebut nak letak Adli, mak ngan ayah aku setuju jer..lagipun boleh ingatkan kat aruah adik aku tu..aku pun dah lama niat nak letak Adli kat salah sorang anak aku..so dah terlaksana niat tu..Alhamdulillah..semoga Muhammad Darwisy Adli menjadi seorang anak yang soleh kepada mama dan abah nanti..Insyaallah..

Klah..next time ada masa aku cite plak time aku nak bersalinkan si kecik ni..