Yahoo balik kampung lagi.. kali ni 2 kampung terus balik..Kl-Kel-Pen-Kl.. ayah mentua datang ngan adik ipar hari ahad baru ni.. niatnya nak balik ngan kitaorang nanti.. lagi best dia ingat kitaorang balik ari rabu.. tapi takpelah aku apply cuti Khamis ngan Jumaat.. Ari rabu bergerak dalam 6.30 petang… sampai dalam 2 pagi.. paling best sampai jer dijamu makan durian pukul 2 pagi.. walaupun bau durian menyengat batang hidung.. sedap lagi klu dapat tido kan.. ayah mentua saja yang dok pulun makan durian.. Aku, Ala ngan Dinie Irsyad tengok jer..dah mengantuk sangat2 ni..esok je lah kita melantak ramai2..
Pagi2 bangun terus terkam durian..mek ngan anis dah pergi kebun getah.. nasik pun dah siap masak.. menantu bangun tak payah nak kejar masak nasik.. teruk betul menantu hantu ni..hehe.. pahtu Ala ajak pi kedai runcit beli botol susu Dinie Irsyad.. aku terlupa nak bawak balik. Kenalah beli baru. Pahtu singgah jap kat dusun ayah dia kat tepi jalan tu.. tapi tak de buah durian yang luruh.
Balik je rumah tengok mek ngan anis bawak balik 2 guni besar durian yang baru luruh. Pahtu tinggalkan Dinie Irsyad ngan ayah terus kitaorang berdua pergi tengok kat dusun kitaorang tu.. ada banyak buah tapi tak luruh lagi.. so melawat-lawatlah pokok getah yang semakin membesar tu..
dinie nak ikut.
buah durian ada tapi tak luruh lagi
penoreh getah berwawasan
inilah kami punya.
nak tukar profesion lah
dah besar kan..tahun depan dah boleh menoreh
buah cempedak diluar pagar
bilalah nak gugur ni
Petang selepas asar kitaorang berangkat pulang ke kampung aku dengan diiringi oleh buah2 durian yang berbau semerbak tapi berjaya dikurangkan atas petua Deela...letak roti, letak arang dan bubuh daun pandan.. memang tak bau pening sangat.. dalam lepas manghrib sampai Penang...mek letak isi durian dalam tuperware boleh dalam terus buat makan2 pulut durian..yang buah2 tu simpan dulu..nanti baru boleh sambung makan..kak ipar bekalkan mee goreng dan karipap yang sedap.. thanks..
No comments:
Post a Comment