Monday, July 23, 2012

Berjalan2 ke Pantai Merdeka

Pernah tak dengar lagu ni??


Cinta Pantai Merdeka

Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa

Terkadang aku sama

Mengancur bunga cinta
Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua

Andainya aku berdaya

Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan

( korus )

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! indahnya... peristiwa...

Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

( 1 )

Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka

Ni kisah hari jumaat petang.. saja jer ajak ayah bawak jalan2 ke Pantai Merdeka.. tujuannya nak bagi Dinie Irsyad mandi pantai.. mak tak ikut sebab ada kenduri kat rumah jiran. Yang ikut pi cuma adik ngan ayah jer lah.. dalam setengah jam jer dah sampai pantai merdeka.. ramai jugak orang ari tu.. mungkin Kedah kan cuti.. Pantai Merdeka ni area sungai petani.. takde lah jauh sangat pun dengan rumah..

Sampai dalam 6 lebih orang dah ramai.. ada yang datang dok rehat2 kat benteng tepi laut tu.. ada pasangan cintan cintun dok lepak2.. siap pasang ‘doi’ @ buaian lagi..ada yang dok tengah pasang khemah nak bermalam kat tepi laut kot.. ada yang dok wat bbq.. motor berkonvoi pun banyak.. memang terkenal lah pantai merdeka ni.. orang kampong dekat2 situ pun mesti ada yang datang lepak2 gak..





cantik tak pemandangan kat benteng ni..

gambar kenangan.

dia pun nak menyelit gak.

Dinie pantang jumpa taman permainan.

mengejar tokwan..

teringin nak mandilah tu..



buat per tu Dinie..

No comments: