Wednesday, July 25, 2012

Naik Feri ke Seberang Pulau..

Hari  Sabtu 14 Julai Penang cuti umum..Hari jadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang..


Kalau dah namanya balik Penang,,, kenalah naik feri kan.. tapi disebabkan famili + kampong aku kat darat seberang sini jer ..so kenalah jugak naik feri kalu nak menyeberang.. dah biasa naik jambatan..kali ni nak bawak Dinie Irsyad berjalan2 naik feri.. tambang pun dah naik RM0.70..dulu RM7.00 jer bagi sebuah kereta.. tapi dah jadi RM7.70 pun sekarang..tapi masih ok lah kan.. tak de lah mahal sangat..

Kali ni  pergi ngan kete ayah menyeberang pulau.. semua ikut kecuali adik2 lelaki aku.. tak muat kete.. takkan nak ikut jugak.. diorang boleh pi sendiri lah kat sana.. Sian boleh bawak awek lagi kan.. sampai je kat jeti sebelah pulau,,ayah tanya nak pi jalan mana.. nak pi banyak tempat tak sempat.. nanti dah malam tak best dah.. ingat nak naik Bukit Bendera tapi cam tak sempat.. alih2 aku cakap kita pi Batu Feringhi nak bagi Dinie mandi.. best jugak kat situ..





 Kitaorang singgah kat Pantai Miami.. macam dalam citer mat Salleh.. tapi memang lah nama dia Pantai Miami Batu Feringhi..ramai jugak orang dok mandi.. pantainya sangat cantik..air pun sangat bersih..selesai je Dinie mandi,, letak dia atas batu.. mandikan dia dengan air mineral.. syok2 dia dok nyanyi sambil lap2 badan dia tetiba dia terjatuh..licin.. badan tak luka tapi kat dagu dah berdarah.. macam luka pecah2.. abis baju putih Ala pakai.. pujuk2 last2 dia diam..









Pahtu balik singgah kat Padang Kota Lama.. kat situ ada Kota Cornwallis.. terkenal ngan benteng pertahanan dulu2 lah.. tapi klu dah malam takkan nak naik jenguk lagi kat atas tu kan..so lepak je lah kat tepi tu..ramai orang ari tu kat situ.. 






Ingat nak makan rojak meletop kat situ..tapi dah malam.. rojak pun entah ada lagi ke idok.. malas nak mencari.. Sian bergambar terus blah pi jeti balik.. naik feri lagi..malam lagi best naik feri sebab nampak jambatan dengan lampu yang menarik dari jauh..lagipun ada temujanji lain malam tu.. lain kalilah melawat lagi Pulau Pinang.. siap cadang klu cuti lama2 nak berkelah kat sana.. macam aku kecik2 dulu.. tak sabar nak menanti bila hari bertuah tu..

No comments: