Monday, June 25, 2012

selamat hari bapa..

Selamat Hari Bapa kepada sesiapa yang bergelar bapa di dunia ini tidak kiralah bapa kandung, bapa tiri atau bapa angkat. Selagi dia bergelar bapa/ ayah/ abah/ daddy kepada kita semua anak-anaknya. Hargailah bapa kita.. kepada suami ku  selamat jugaklah..sebab dah jadik abah untuk Dinie Irsyad.. untuk ayahku dan ayah mertuaku.. selamat hari bapa.. terima kasih kerana menjadi bapa yang terbaik untuk aku dan suamiku..

ni aku dapat dari 1 blog...


 P/s : Imam Muda Asyraf pernah menceritakan suatu cerita dimana ada seorang sahabat datang berjumpa dengan Nabi SAW, beliau menyampaikan hajat dihatinya iaitu mahu berhijrah keluar kota, sesudah sahabat itu menyampaikan hajatnya Nabi SAW bertanya kemana kedua orang tuamu sekarang? Sahabat itu pun menjawab mereka ada dirumahku. Setelah mendengar jawapan sahabat itu, Nabi SAW menyuruh sahabat itu pulang ke rumah dan tidak perlu berhijrah kata Nabi, Pulanglah kerumahmu wahai saudara, janganlah kamu berhijrah selagi kedua orang tuamu masih ada, berbaktilah pada keduanya, hiburkanlah hati mereka nescaya Allah SWT melimpahkan barakah dan syurga buatmu jika kamu berkorban pada kedua orang tuamu itu seperti mereka telah mengkorbankan nyawa dan harta buatmu.


 insyaallah tak lama lagi aku akan pulang ke kampung berjumpa orang tuaku.. sabar yer..sob sob sob




malam ahad tu plak kak ani ngan kak ina berpakat nak belikan kek sempena hari bapa.. so aku ngan yang lain just bagi duit untuk buat bihun sup je lah.. aku buat jugak apam gula hangus dan goreng keropok.. even air teh o pun aku buat tau.. so orang lain buat aper. yer.hehehe..takdelah diorang pun banyak gak membantu buat bihun sup.. beli ayam, buat sup sediakan cawan..hehe

kek blueberry special dari King's

anak2 jer tiup lilin sebab bapa2 semua pemalu

abang nazri je yang nak potong kek..siap suruh letak depan dia lagi..

Dinie Irsyad dok nyanyi hepi beday tuyu

peace

bila abang nazri tiup lilin dia pun nak tiup jugak.. 
siap nak pegang pisau jugak nak potong


Majlis malam tu tamat jam 11 malam..esoknya kan ramai nak keje.. tapi memang bestlah bihun sup malam tu.. yang paling best bila time nak cedok sup..mesti semua jap jap tanya mana kaki ayam ni.. diorang rupanya nak makan bihup sup kaki ayam.. takpelah next time kita wat lagi makan2..


No comments: