Saturday, June 9, 2012

Jalan2 ke KLCC

Sempena famili ada kat KL ni, kiteorang satu family pergi jalan-jalan ke  KLCC. Bawak semua orang jalan-jalan, santai-santai. Naik lrt ramai2.. anak2 teringin nak naik lrt. riuh rendah suara kitaorang dalam Lrt tu. walaupun malam tu hari khamis malam jumaat,,, orang terlalu ramai kat KLCC. masing2 berpegangan tangan takut hilang kan tak pasal2. semua anak2 excited sangat nak pi KLCC so bila dah sampai bukan main seronok diorang. bukan setakat diorang, mak bapak diorang pun suka..








Masa on the way nak pergi ke arah Suria KLCC tu, tengok ramai orang ada dekat area air pancut. Jenguk-jenguklah apa yang ada.. rupanya kat situ ada air pancut berirama kat air kolam tu..patutlah ramai orang..

Rupanya semua tengok air pancut yang sedang menari-nari.so kitaorang pun joinlah tengok.. tengok kat depan pintu masuk tu tak berapa nampak sebab ramai sangat orang.. pergi ke arah nak ke Isetan tu baru nampak real..









bergambar beramai-ramai.. nampak tak3 orang kanak2 pakai baju angry bird tok mek belikan.. Aini pakai warna purple, Aina pakai warna oren, Dinie pakai warna biru..

No comments: