Bagiku…... kasih sayang dan cinta ianya satu perasaan yang begitu sempurna yang dimiliki secara semulajadi.. Anugerah Ilahi yang tidak ternilai…Dan apabila kita merasa kasih terhadap seseorang,biar dibebani pelbagai rintangan, disebabkan rasa sayang kepadanya, kita sanggup mengharungi..bak kata "lautan api sanggup ku renangi,gunung yang tinggi mampu aku daki "...
Thursday, April 19, 2012
Pergi Lagi Cameron Highlands..Part 1
Entry 2-3 minggu lepas kan pasal persinggahan 3.. balik kampong singgah CameronHighlands.. pemandangan yang cantik dan sejuk menarik kembali kami ke sana..so kali ni 7 April baru ni aku sefamily, Lokman sefamily dan Lynn suami isteri berangkat ke CameronHighlands.. kali ni kitaorang bermalam kat Carnation Park Apartment Tanah Rata.. milik kawan ayah so dia sewakan murah sangat2.. dalam kul 7 pagi sabtu tu bertolak, jumpa kat RnR Rawang dengan semua orang.. pahtu bertolak.. dalam kul 12 dah sampai..kitaorang ikut jalan Simpang Pulai---Cameron.. takdelah macam ular jalannya.. Sampai2 je terus melawat ladang strawberry.. bergambar bagai terus bertolak ke Brinchang..
Singgah kejap kat Pasar Kea Farm..parking kete pun kat tepi jalan jer.. sempatlah soping sikit.. pahtu Ala kata polis dok saman kete yang ganggu lalu lintas..terus lah batalkan niat nak masuk lagi kat kedai2 lain.. kul 2 lebih tunggu kawan tuan rumah nak ambik kunci dan bawak kitaorang ke Tanah Rata.. menapak pulak apartment tingkat 4..masuk je pijak lantai amboi sejuk giler..masa tu tak sentuh lagi bilik air.. masuk je bilik air sejuk macam air batu.. tapi sedap gak mandi sejuk2 macam tu..biarlah ada air panas pun,, aku ngn Dinie Irsyad mandi air sejuk camtu jer..
Dalam kul 6 kitaorang kuar pi Brinchang balik.. kan ada pasar malam.. meriah betul pasar malamnya.. soping sakanlah malam tu.. payung beli sampai 5.. bantal lagi,,buah2 lagi,, sayur2nya yang segar..semua nak beli.. tapi payung tu kiriman kawan2 tau..beli banyak makan malam dengan brokoli gorengnya, udang goreng celup tepung, nasik kukus ayam berempah,, sosej lah,, dan yang paling sedap jagung bakar tu.. fuhh nikmat.. tapi semua yang dibeli tak abis.. sebab orang lain pun beli jugak.. ingat nak makan ramai2.. tapi semua beli masing2 so jadik banyak.. sampai buang dalam tong jer..
kesimpulannya memang seronok pergi Cameron kali ni..
No comments:
Post a Comment