Monday, April 2, 2012

Al-Fatihah Pak Long Marzuki..

Salam,

Baru-baru ni jiran sebelah rumah mak kat kampung,, merangkap jugak bapa sedara sepupu meninggal dunia dihempap pokok kekabu.. terkejut aku bila ayah call bagitau citer tu.. Alfatihah untuk Allahyarham Mohd Jalil Abd. Hamid atau paklong Marzuki.. bulan 2 masa aku balik kampung baru je jumpa dia masa dia datang kenduri akikah Dinie Irsyad.. tak sangka masanya telah tiba dijemput kembali ke Rahmatullah dengan cara begitu.. Baru je aku makan roti canai mak beli kat kedai dia.. tu lah kan ajal maut, jodoh semua ditangan Tuhan..

Esoknya masuk paper Harian Metro.. kat bawah aku pastekan dalam blog ni..

‘Tak sangka mimpi anak jadi nyata’

SUNGAI PETANI: “Saya tidak sangka mimpi anak perempuan tiga hari lalu melihat ayahnya meninggal dunia benar-benar menjadi kenyataan,” kata Che Jam Hashim, 52, isteri kepada Mohd Jalil Abd Hamid, 53, yang mati dihempap pokok kekabu di tebangnya, kelmarin.

Che Jam dari Kampung Permatang Tiga, Penaga berkata, dia terkejut apabila anak tunggalnya, Mastura, 32, memberitahu, bermimpi bapanya meninggal dunia tetapi menganggap ia mainan tidur.

“Malah, saya juga memberitahu mungkin rezeki akan datang tetapi tidak menyangka sama sekali mimpi Mastura sebagai petanda suami akan pergi meninggalkan kami dan agak terkilan kerana tidak sempat memberitahu arwah.

“Sebelum kejadian, saya ada menelefon suami jam 10 pagi semalam (kelmarin) untuk bertanya di mana dia berada selepas menerima SMS daripadanya.

“Suami memberitahu dia berniaga roti canai di hadapan rumah mentuanya di Kampung Ekor Kucing, Kepala Batas dan sempat memberitahu, paha kanan dia terluka terkena gergaji ketika memotong pokok dua hari lalu,” katanya.

Arwah meminta isterinya itu tidak bimbang kerana luka berkenaan hanya sedikit.

“Itu perbualan terakhir dengan suami sebelum saya menerima panggilan telefon daripada saudara kira-kira jam 6.20 petang memaklumkan dia meninggal dunia dihempap pokok kekabu.

“Saya pernah menasihatinya agar berhenti mengambil upah menebang pokok kerana kerja itu bahaya. Saya bimbang keselamatannya, namun arwah hanya mendiamkan diri,” katanya di Jabatan Forensik (HSAH), di sini, malam kelmarin.
Jenazah Mohd Jalil dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ekor Kucing, Kepala Batas, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa mengalami kecederaan dalaman yang teruk akibat dihempap pokok kekabu yang ditebang bersama tiga rakannya, petang kelmarin.

Berdasarkan laporan bedah siasat, kematian mangsa disebabkan tulang rusuknya yang patah menikam jantungnya.

myMetro
30 Mac 2012


Terkejut lihat rakan tersepit pokok

SUNGAI PETANI: “Sebaik tiba saya terkejut melihat Mohd Jalil berada di bawah batang pokok kekabu dengan kepala terbenam ke dalam tanah manakala tiga rakannya terduduk lemah di depan mayat arwah yang tersepit itu,” kata Mohd Amron Mat Tahar, 22, antara penduduk terawal membantu mengeluarkan mayat Mohd Jalil Abd Hamid, 53, yang ditimpa pokok kekabu ditebang bersama rakannya, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di Kampung Pantai Prai, Sidam Kiri di sini, ketika Mohd Jalil, peniaga roti canai, mengambil upah menebang dua pokok durian dan sebatang pokok kekabu bersama tiga rakan.

Bagaimanapun, ketika cuba menarik pokok kekabu sebesar dua pemeluk itu, ia tiba-tiba tumbang ke arah mangsa yang tidak sempat melarikan diri lalu menghempapnya menyebabkan dia mati di tempat kejadian.

myMetro
30 Mac 2012

2 comments:

Park Jang Mierun said...

Nama saya yang betul ialah Muhamamd Amrun bin Mat Taha harap maklum.Terima kasih

Park Jang Mierun said...

saya tak cakap pun kawan si mati terduduk lemah di hadapan si mati diceritanya lain,lain yang ditulisnya.