Salam..
alkisahnya 16 Mac baru ni aku bersama Ala dan DInie Irsyad pulang ke kampung..kali ni balik Kelantan.. sape yang tak suke balik kampung angkat tangan.. mesti takde kan.. mesti semua suke bila dapat balik kampung.. bulan 2 ari tu dah balik Penang.. kali ni balik Kelantan plak.. baru adil dan saksama kan..so tiada perancangan lagipun tengah bulan.. so balik sekadar nak jumpa mentua dan juga sanak saudara sebelah Ala plak..lagi pun awal bulan 6 ni akan ada kenduri kawin adik Ala yang no 6.. dia langkah bendul sebab ada sorang lagi atas dia tak kawin lagi.. mungkin yang no 5 tu tak sampai seru lagi kan..
Sekali lagi balik kali ni adalah jugak pergi jalan sana sini.. pergi Tanah Merah pergi pasar , singgah Zon Ria lah, Pasaraya Pantai Timur..belikan keropok segera member pesan, beli budu, beli kekacang dan makanan ringan... masa tu juga jumpa buah delima yang merah dan isinya yang begitu sedap sekali.. terus jer aku rembat..dah lama mengidam nak makan buah delima merah tu..selalu jumpa yang tak berapa nak merah..
buah delima
merahnya mak limah...
Hari Ahad tu plak kebetulan mak aku dengan rombongan cik kiahnya melawat Terengganu dan Kelantan..singgah kat Bukit Bunga lepas soping kat Rantau Panjang.. dalam sejam jugaklah melepas rindu dendam dan dapat jugalah berjumpa cucunya yang sorang tu..pahtu plak jumpa orang kampung dlm bas tu.. terkejut diorang bila tengok aku kat Bukit Bunga siap ajak balik Penang lagi..ada yang kenal dan ada jugak yang tak kenal...tapi banyak yang kenai lah....
biarpun sekejap dapat tengok muka dan
berbual pun dah cukup bermakna
dapat juga peluk cium cucu kan mak..
emak yang tersayang..semoga sihat sentiasa..
berbual dengan menantu
Hari Isnin plak baru kitaorang berangkat pulang.. tetapi singgah sebentar di Cameron Highlands... so good..biarpun sekejap tapi masih ku rindu kedamaiannya..haha
No comments:
Post a Comment