Ni kisah persinggahan 3...Cameron Highlands
Hari isnin aku cuti lagi.. sebenarnya nak balik ari ahad lagi sebab nak singgah kat Cameron Highlands.. tapi kesian lak bila mentua aku kata tak puas lagi jumpa Dinie Irsyad..so cancel balik ari Ahad.. lagipun dengar citer klu ikut Gua Musang, Kuala Betis tu dah tak jauh dah.. memang pun dalam 1 jam setengah kitaorang dah sampai kat Cameron Highlands.. bertolak kul 9 pagi..kul 10.40 camtu dah sampai Gua Musang.. dari Gua Musang dlm kul 12 lebih dah sampai.. memang best lah dapat pergi Cameron Highlands.. wlaupun berhenti sekejap kat Brinchang, just tengok suasana di situ..pahtu ontheway balik singgah kat ladang teh kejap..pahtu ikut jalan Tapah yang bengkok bengkok macam ular tu..sudahnya aku muntah2 pening dalam kereta..padan muka aku..hahaha
Ikutkan hati nak lagi dok kat Cameron Highlands tu.. tak puas lagi sebenarnya dan banyak lagi tempat tak pergi..just lalu jer tengok ladang strawberry, kebun sayur tapi tak singgah.. tengokklah.. Cameron aku akan datang lagi ..
Sekarang ni korang layan jer lah gambar2 yang sempat aku snap dan juga mat salleh tolong snap kan.. mcm ayam ngan itik bercakap bila nak minta tolong mat salleh ambikkan gambar..last ucap tq jer.. bukan nak tolong dia ambik gambar dia plak.. .
nak komen gambar ni..bukan gimik tau..
sorang lihat depan, sorang lihat bawah sorang lihat ke atas.
tengok Dinie Irsyad ni..klu nak ambik gambar punyalah susah..
ni masa berhenti kejap beli payung..
Dah abis singgah... last sekali singgah kat RnR Tapah berhenti makan tengahari.. pahtu terus balik ikut highway LATAR terus masuk Batu Caves dan sampailah rumah kiter..
No comments:
Post a Comment