Friday, September 20, 2013

serombongan ke rumah pengantin

Salam,
 sori ek dah lama peram citer pasal kenduri ni.. masih no mood nak update..
Baru ni balik kampung..
ada kenduri kawin sepupu aku Syamsul ngan Murni. Disebabkan mak jang tu dok pujuk2 sejak raya lagi soh balik kenduri Con ni so Ala awai awai lagi dah booking PLUS jadik balik..
Malam Jumaat 30 Aug tu kami dah bertolak balik lepas..
sampai dalam kul 2 pagi jugaklah..
 Sampai jer terus mak jamu dengan ketupat pulut cicah kuah daging.
anak menantu nak makan terus buat.. mata mengantuk pun sumbat jugak mulut ngan ketupat ni.

Esoknya ada kenduri rumah pengantin perempuan..
Aku pun dah kenal lama ngan Murni so kitaorang sebagai wakil lelaki kenalah pergi kenduri diorang.
Murni buat kenduri kat Dewan Taman Lagenda Padang Serai.
Rombongan kami dalam 5 bijik keta jugak..
Masuk dalam dewan tu macam semua aku kenai..almaklumlah aku kan membesar dan bersekolah area tu jugak.. tengah bergambar tetiba "eh hang ni kena mengena macam mana dengan pengantin ni".. Pakcik Murni rupanya kawin dengan sedara mak aku..hehe dunia kecik kan..

Sambil aku makan mak jagakan Darwisy.. Dinie dah melilau atas pentas dah pun..
mata ni tak lepas pandang pun kat Dinie.. takut jugak tetiba dia hilang plak.. nasib baik jer kan dia tak merayau kat luar dewan..

 kat rumah... bagi susu dulu kat Darwisy 
supaya dia tak meragam nanti..

 bergambar dulu dan lagi sekali 
susukan budak tecit tu


 aksi dinie


 depan dewan ngan atok..


 pas makan bergambar dulu..

 pengantin cantik atas pelamin.. ghupanya si Abee ni
 jadi pengapit Syamsul..pahni hang plak no

masa ni rombongan baru sampai


 tunggu di serve makanan

bergambar beramai2 sebelum balik..

Abis jer bersanding rombongan kitaorang pun berangkat balik rumah.. karang nak sibuk2 kan diri jugak kat rumah Mak Jang plak..

p/s Mak Jang ni adik ayah saya..hehe

No comments: