Friday, August 23, 2013

Hari raya kedua..

Raya kedua plak kisahnya... 
Pagi-pagi raya tok datang umah bawak cempedak.. 
Ala suruh goreng cempedak..
Time dok tengah syok goreng cempedak ada sedara plak datang..Mak ngah Nah.. sepupu mak aku..
Seb baik ada adik ipar.. dia plak sambung goreng..aku plak sambung sembang ngan sedara tu..

Tengahari tu siap makan nasik..mak masak lauk kari ikan.. pah makan lepas zohor siap2 pakai baju..
nak kena cepat2 sebelum rumah dikunjungi tetamu..kita tak sempat plak beraya..

Plan nya nak pusing rumah maklang, pak tih, pak ndak, singgah hospital seberang jaya tengok mak liza dan balik tu singgah Lunas, Kedah raya rumah mak ngah.. tu semua sebelah mak aku...rumah paklong sebelah mak pun tak sempat pi.. mak/pak sedara  sebelah ayah tak sempat raya lah tahun ni..raya pertama dah jumpa kat rumah aku..hehehe.. Plan semua jadik cuma tambah penumpang pergi beraya.. sebabnya masa dok sibuk bergambar tu maklang sampai ngan anak dia datang beraya.. dah alang2 berkonvoi 2 bijik kereta.. ajak mak lang sekali.. rumah pertama jadik rumah mak ndak Ani kat Sungai Dua..


Dinie dalam kereta masih lagi sempat amik air kotak dalam kedai Wan... boleh pulak dia yang aturkan sape leh naik kete ni, sape naik kete tu.. yang pastinya dalam salah sebuah kereta tu aku dan Darwisy kena ada ngan dia..klu tak meraung dlm kete lak..

Darwisy budak baik... diam jer dalam kereta..tak kisahpun nak naik kete saper.. dah kecik lagi, klu besar mesti nak buat kerje macam abang dia jugak..

Darwisy dan Acu bergambar di raya kedua...

tersengih acu dapat bergambar ngan anak2 sedara..

ni gambar berempat kitaorang... tema hijau... seperti biasa Dinie tak nak bergambar.. terpaksa je ni bergambar..
 
ni pulak selepas pergi beraya kat sungai dua, terus singgah hospital seberang jaya..tengok mertua adik aku yang sakit.. sakit buah pinggang tahap kritikal dah pun.. dan pada Raya kelapan beliau  telah pun kembali ke Rahmatullah..  Al-Fatihah.. Semoga rohnya tenang di sana dan dicucuri rahmatNya.

Selepas tu,,, keesokkan harinya kitaorang pun balik beraya kat kampung Ala pula sampailah hari Rabu baru balik KL.. agenda kat Kelantan memang banyak tapi 1 gambar pun tak snap.. ada ka patut...tak patut tak patut.. sibuk sungguh kan kitaorang..


No comments: