Ni kisah 4 hari selepas balik Kelantan... masuk keja sekejap balik pulak Penang.. Sepupu aku Azlan kawin dengan Nazira.. orang dekat sahaja.. sepupu yang paling rapat.. dialah orangnya yang datang KL tolong renovatekan rumah aku... Lagipun sekarang kan musim cuti sekolah telah bermula dan aktiviti utama semasa cuti sekolah ialah Majlis Perkahwinan!!! nilah peluang nak jumpa sedara.. tolong mak sedara dan boleh gosip2..
bersama mak sedara yang paling aku sayang..
mak ndak Ila
bergambar dalam bilik pengantin.. bersama tok, mak ndak, ngn sepupu2
tema hijau pucuk pisang..sangat cantik
ramai-ramai ngan sepupu ngan tok
hari kenduri ngan Dinie Irsyad
beramai-ramai di hari kenduri
selamat pengantin baru Lan ngan Ira
rumah pengantin perempuan
sedara dari Rawang turut datang meraikan
Siap ada karaoke lagi..bergegar 1 kampung lah malam kenduri tu.. rasanya kat subuh hari baru stop nyanyi.. dengarlah suara sumbang lah, suara yang sedap lah.. ada jugak yang sanggup tinggalkan anak nak ambik peluang nyanyi..hehe..
Lan kawin ngan orang dekat shj.. kenduri buat sama sehari.. kitaorang dlm 5 bijik kereta jugaklah pergi bertandang rumah pengantin perempuan.. bawak lari pengantin balik kampung kitaorang.. orangnya sweet sungguh.. kat sana ada juga duduk bersanding.. tapi sekejap jer..pah makan beradap kitaorang pun balik..kat kampung kitaorang aku tak sempat tengok orang bersanding.. sebab balik rest kejap kat umah mak.. pah Dinie Irsyad bangun tido baru pergi balik rumah pengantin.. alah.. rumah sebelah jer..hehehe
Apa pun Lan... selamat pengantin baru.. semoga bahagia ke akhir hayat.. dan selamat cepat menimang cahaya mata..Tahniah yer..
No comments:
Post a Comment