Friday, October 7, 2011

Lambaian Haji..

Salam,
2 hari lepas aku cuti.. nak hantar mek ngan ayah pi Mekah.. Mek baru pertama kali.. Ayah dah kali kedua.. kali ni pergi berlima, sekali ngan tok ngan mak dan bapa sedara Ala.. Ketika ni mereka dah kat tanah suci di Arab Saudi.. menjadi tetamu Allah SWT untuk menunaikan fardu haji pada tahun ini.. Semoga mereka sihat sentiasa di sana..

Mereka naik flight kat Lapangan Terbang Kuala Terengganu.. Malam Khamis dalam kul 12 malam berangkat ke KT.. jauh tu dari Jeli dalam 3 jam lebih baru sampai.. Sebelum keluar rumah tu ada takbir.. sedih rasa bila tengok mereka.. moga mereka selamat pergi dan selamat kembali..

Sampai kat sana  perasaan bercampur-baur. Masa sampai kat Kuala Terengganu masih tak ramai orang.. tapi lepas tu baru kelibat ramai jemaah -jemaah haji bersama keluarga tiba dan menunggu untuk giliran dalam proses pendaftaran dan kemasukan. Ada juga tempat rehat disediakan sementara menunggu..Ramai gak sedara yang dok kat area situ datang melawat.. Dengan panas dan sesak menunggu, dah dengar bunyik suara teresak2 bersalam-salaman.. aku pun sama.. pas salam siap berpelok ngan bapak mertua lagi.. tak pernah pun selama ini pelok2, kali ni berpeluang.. pahtu pelok ngan mak mertua.. rasa sedih sangat.. bisik ngan mek ngan Ayah, doakan kebaikan untuk aku kat sini.. dalam sebak diorang angguk-angguk.. harap ada keberkatan dan dapat berkat pelok diorang dapat jugak aku jejak kaki ke sana.. Insyaallah..

Pahtu tiba pengumuman jemaah untuk check-in, suasana jadik kelam kabut dengan orang nak ucap selamat tinggal dan orang nak balik.. apepun.. semoga dapat menunaikan haji dengan tenang dan kusyuk. mudah-mudahan mendapat haji mabrour. Insya-Allah.

masa kat kampung lagi..sibuk kutip bunga raya
 bergambar depan pintu masuk..
 gambar dengan mama plak..
hero ku..

 ketika menuggu dalam kul 4 pagi  ni...
 jamu makan dulu kiranya sarapan pagi untuk diorang berlima

 masa ni tak ramai lagi..
 gambar curik.. tak aci..

 anak ayah ngan mek... 
 Dinie Irsyad ngan mama tak ketingalan..
 sesak sangat... dok kat tepi dinding dulu.

 balik singgah dulu pantai..menjamu selera..

 makan..

 makan petai jugak..

 makan di tepi pantai..
                rebut...
 kereta sepupu ala terbabas.. akibatnya dalam 4 jam gak lah duduk kat Dungun..
dia mengantuk sangat..

  
bosan menunggu towing..

 bergambar kat depan kedai kereta..

Kitaorang berangkat pulang ke KL dalam kul 12.30 tengahari.. dalam kul 2 camtu sepupu Ala terbabas lak.. so menunggu towing punyalah lama.. dalam kul 6 lebih baru bertolak balik kl.. melalui Dungun, Paka, Cukai lah Kemaman lah..Kertih lah.. kat pukul 1.30 pagi tadi baru sampai kl..

No comments: