Saturday, January 31, 2009

Betul, betul Sedap..

Bosan sungguh semalam.. dahlah baru 3 hari keje lepas tu nak bercuti plak.. pepagi tu memanglah sibuk ngan auditor sibuk ngan nak compile stock take..tak menang tangan dibuatnya..
Tapi menjelang je petang.. kebosanan semakin terasa.. dengan perut lapar.. macam2 lah ada.. dahlah tu penat yang semalam pun tak abis lagi.. balik dalam kul 9 malam jugak tu yang mengantuk gila tu.. Dalam kul 4 jer ada offer plak dari kakak baju biru dalam gambar tu ajak makan roti gardenia baru 'Butterscotch'.. betul,betul sedap.. memang sedap pun. Memang sedap dimakan begitu saja..hihihi..Kat lain tak jual cuma kat 7E jer.. abis sebungkus roti tu.. giler babas makan.. tak hengat dunia..
Sempat lagi ambik gambar.. boleh update blog..Hilang rasa mengantuk.. perut pun dah tak berkeroncong.. tapi semangat nak buat keje tu dah tak der sebab dok pikir nak balik jer..

Thursday, January 29, 2009

kebizian yang amat sangat


Penatnyer aku rasa ari ni.. bizi betul aku tau... ari ni sibuk dengan stock take TMPoint.. dari semalam lagi start bizi..curik masa jer update blog..

Saturday, January 24, 2009

Kongsi Raya Kongsi Cuti


Syoknyer... minggu ni merupakan cuti hari minggu yang sangat panjang... Isnin dan Selasa ni berkongsi cuti ngan kaum Cina bersama2.. walaupun kita tak beraya ngan diorang, tapi yang pasti cutinyer sangatlah panjang.. dahlah tak balik kampung, tu yang terasa sangat panjangnyer cuti tu.. KL pun dah macam tak berapa jem ari ni.. ramai balik kampung.. Semalam je jem giler masa nak balik dari LRT Terminal Putra nak menghala ke Batu Caves ikut highway MRR2.. kereta tak bergerak2.. last2 kitaorang balik ikut jalan sebelah tol Karak tu.. ikut jalan nak pi UIA, pusing ke Greenwood baru masuk Batu Caves.. Sampai rumah dalam kul 7 jugaklah..
Seperti tahun2 lepas, kalau menjelangnya CNY ni yang paling mendapat sambutan ialah McD jual prosperity burger.. tahun ni ada Double Chicken Prosperity Burger dan Chicken Prosperity Burger..rasanya tahun ni sekali je makan.. sekali beli dahler.. tu pun dah cukup.. nak diet katakan.. tak leh ler melantak banyak2..
Yang keduanyer paling best bila CNY tentang jualan murah.. sales sana sini.. murah kat sana, murah kat sini.. janji ada duit semua menjadik.. nak tunggu malam CNY ni, kot2 ada sales kat mana2.. aku mesti pergi.. abis kopak duit aku malam raya tu.. diorang sibuk nak makan besar aku sibuk nak perabis duit.. dunia,dunia,dunia.. aku pun nak makan besar jugaklah malam tu..hihihi makan berdua jerlah..
Cuti ni nak kemana yer.. lom planning lagilah.. dok kat umah jer ker.. mesti boring giler.. mana taknyer 4 hari dok rumah.. mesti otak jem nyerlah.. nak pergi Genting ke Cameron Highlands? mesti ramai giler.. takut gak nak naik Genting ramai2 camni.. pi Cameron pun mesti jem giler kat Highway Utara Selatan tu.. spend cuti berdua jerlah.. buat ape2 yang patut erm,erm kemudian pi window shopping kat Giant sebelah rumah tu pun ok gak.. tengoklah nanti camner.. planning kena seimbang dengan fulus yang ada.. takut kang terbabas plak.. bulan Januari tak abis lagi ni.. kang bulan Febuari ni terpaksalah makan biskut kering jer lah...
K lah, untuk yang menyambut raya, diucapkan Happy Chinese New Year..

Friday, January 23, 2009

Gerhana Matahari Malaysia pada 26 Jan 2009

Dalam masa 7 hari lagi, dunia akan menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin. Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Di dalam kes 26 Januari nanti, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan. Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.
Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit. Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

Thursday, January 22, 2009

Hari ini dalam Sejarah - 22 Januari

Francis Bacon Lahir

Tanggal 22 Januari 1561, Francis Bacon, filsuf dan ahli matematik asal Inggris lahir ke dunia. Ia awalnya adalah seorang politisi. Akan tetapi, setelah terkena tuduhan melakukan korupsi, Bacon dipenjara. Di dalam tahanan itulah ia menunjukkan kejeniusannya. Di penjara, Bacon menulis sejumlah buku. Lewat buku-bukunya, Bacon memberikan sumbangan tak terhingga kepada kemajuan ilmu matematika dan filsafat Eropa. Di antara buku-bukunya yang terkenal adalah "The Logic of Sensation". Ia juga pernah menulis buku berisikan utopianya tentang pembangunan kota dan peradaban di bawah laut bernama "The New Atlantis".
Ratu Victoria meninggal Dunia
Tanggal 22 Januari tahun 1901, Victoria, Ratu Inggris terkenal, meninggal dunia pada usia 82 tahun. Ia dilahirkan tahun 1819 di kota London. Pada usia yang masih sangat muda, iaitu 18 tahun, Victoria sudah menjadi penguasa kerajaan Inggris, menggantikan pamannya, Raja Wiliam IV, yang meninggal dunia. Ratu Victoria memerintah selama 63 tahun sehingga merupakan masa pemerintahan terlama dalam sejarah Inggris. Victoria berhasil mempertahankan keberadaan sistem monarkhi di Inggrsi dan menjadikannya sebagai institusi politik seremonial.
Panitia Peyambutan Kepulangan Imam Khomeini Dibentuk
Tanggal 22 Januari 1979, dalam rangka menyambut kepulangan Pemimpin Besar Revolusi Islam Iran Imam Khomeini dari Paris, sebuah panitia penyambutan dibentuk oleh para ulama dan tokoh-tokoh masyarakat Teheran. Pembentukan panitia ini ternyata bukan hanya didukung oleh warga Teheran. Rakyat Iran dari berbagai pelosok negeri juga berdatangan ke Teheran untuk menyatakan dukungannya kepada pembentukan panitia tersebut. Mereka juga datang ke Teheran sekaligus untuk langsung terlibat dalam upacara sambutan atas kedatangan pemimpin agung mereka.
Andrei Sakharov Ditangkap
Tanggal 22 Januari 1980, Andrei Sakharov, ilmuwan Soviet, ditangkap oleh pemerintah Kremlin karena protes kerasnya atas invasi tentara merah Uni Soviet ke Afghanistan. Sakharov dilahirkan tahun 1921. Pada tahun, 1948, setelah menyelesaikan masa belajarnya di jurusan Fisika Universitas Moskow, Sakharov direkrut oleh Badan Nuklir Uni Soviet untuk dilibatkan dalam projek pembuatan bom hidrogen. Sakharov adalah tokoh utama di balik kesuksesan tim Uni Soviet dalam merakit bom hidrogen pertama di dunia yang dibuat pada tanggal 22 November 1955. Pada tahun 1975, Sakharov mendapatkan hadiah Nobel di bidang perdamaian. Ia menjadi orang Soviet pertama yang memperoleh penghargaan tersebut. Akhirnya, menyusul kritikannya yang sangat keras atas aksi invasi Soviet ke Afghanistan, Sakharov ditangkap dan diasingkan ke Gorky. Di tempat pengasingannya itu, Sakharov menjalani hari-hari kehidupannya dengan sangat berat. Pada tahun 1986, saat pemimpin reformis Soviet Mikhail Gorbacfhev berkuasa, Sakharov dibebaskan dan diperbolehkan kembali ke Moskow.

Wednesday, January 21, 2009

Gembira ke tak ni?

Ape kena ni? gembira dalam duka lak...
Ish!Ish!Ish sadis tul lah..
Bos takde 2 hari mulai esok...tapi hari ni pun tak nampak lagi..
Tapi time tulah plak Auditor datang... Tu yang duka tu..
Camner lah ni... serba salah tul.. nak senyum ke klu camni?
Haru birulah perasaan camni...
Mesti bizi giler nanti..
Moga2 kegembiraan ini tidak diganggu minggu ni..
klu minggu depan tak kisahpun..


Monday, January 19, 2009

Tercapai jugak hajat aku..

Hari ahad semalam, famili aku datang dari kampung.. tujuan sebenar nak hantar adik aku Heri daftar politeknik kat Sabak Bernam.. Dia baru abis Latihan Industri kat Penang selama 6 bulan.. Bulan 6 tahun ni tamatlah pengajian kat PSIS tu.. Pagi2 lagi dah berangkat ke Sabak Bernam.. Penuh jugak bonet kereta dengan perkakas Heri tu..

Nak bercerita alkisahnya sampai je diorang dalam kul 3 tu, sesudah makan tengahari bermulalah upacara memasak bubur asyura manis versi penang lah.. yang bole potong2 macam bengkang tu.. mak dah bawak serai, lengkuas, jagung, daun pandan, kelapa sebijik, dan paling penting kuali saiz besor tu.. klu kat utara panggil belanga... Dari semalam tu lagi mak dah pesan rendam beras 4 tin.. kiranya semalaman lah beras tu aku rendam.. dia tak nak guna tepung beras sebab rasa tak berapa sedap.. so nanti kenalah blend beras tu sampai hancur..aku beli kacang hijau, ubi keledek ngan kelapa parut 3 bijik.. nak bagi rasa lemak sikit.. kacang pun aku dah rendam siap2..

Ish,ish,ish lambat benor nak masak...letih tul aku..

Inilah chef nya semalam... siap berkain batik lagi kat dapur..

Inilah hasilnyer... setelah berpenat lelah di dapur..

Resepi asyura versi mak aku..hihihi

4 tin beras- rendam semalaman
3 bijik kelapa-ambik santannya
3 cawan gula merah-masak dan tapis airnyer..
sedikit lengkuas
serai
daun pandan dalam 5 helai.. lengkuas, serai ngan daun pandan kena blender sampai hancur-ambik jus jer..
jagung
kacang hijau-rendam kemudian rebus sehingga empuk
keledek-potong dadu
gula
garam

cara2 nak masak--senang jer..
blender lengkuas, serai, daun pandan-tapis air kemudian air tu guna untuk blender beras.. letak dalam kuali.. then masukkan ubi keledek dulu sebab lambat empuk.. then masukkan air gula merah yang sudah dimasak-- letak gula ngan garam sikit.. kemudian letak jagung ngan kacang hijau yang dah empuk tu.. then kacaulah sampai masak..hihihi.. letih nak kacau je sebab lama.. kul 4 start mengacau, pukul 6 lebih baru siap.. Kiranya dari penuh kuali kacau sehinggalah tinggal setengah...
Bila dah nak masak tu, akulah yang dok calit ngan jari sikit2 kat dalam piring.. kiranya abis kat aku dululah.. boleh dalam 2 bekas besar letak setinggi 3-4 inci je, 2 bekas kecik, sedikit dalam piring.. Bila dah agak sejuk, aku potong-potong cam potong bengkang atau tepung talam tu letak dalam 3 piring besar.. ketuk rumah jiran terdekat hantar sikit bagi rasa.. bawak 1 bekas ke opis ari ni.. aku siap potong letak kat meja depan tu... nampak cam dah nak abis... ok ler tu... boleh pakat rasa sorang sikit.. aku pun puas hati dapat makan bubur asyura manis tu.. buat sendiri lak tu-- mak aku cuma bagi arahan jer.. dok tolong kacau sikit2 tapi terima kasihlah mak sebab sudi nak tolong penuhi hajat aku tu.... selebihnya akulah chef masak bubur asyura manis semalam...hihihi